Bertindak tegas ke atas golongan tidak hormati perintah Istana
APAKAH gelaran yang patut diberi kepada pemimpin dan individu yang mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin?
Apa pula gelaran untuk mereka yang tidak menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang perhimpunan haram pada 9 Julai lalu?
Salahkah jika mereka digelar penderhaka dan penipu atau perosak institusi raja-raja?
Ketika mereka di hadapan Sultan dan Raja-raja Melayu berani berkata akan patuh titah, tetapi di belakang melakukan perkara yang bertentangan apa yang diucapkan, maka mereka golongan hipokrit - suka bermuka-muka dan berpura-pura.
Tergamak golongan ini membohongi Yang di-Pertuan Agong apabila tetap membawa penyokong ke jalanan. Sungguh berani mereka meletakkan penghormatan dan ketaatan kepada Raja-raja di tempat yang tidak sewajarnya. Mereka buang janji dan kata-kata taat setia di jalanan sebaliknya hendak mendewa-dewakan seorang yang terpalit dengan isu moral paling teruk di negara ini.
Golongan yang memimpin dan menyertai perhimpunan haram Sabtu lalu memang wajar dikecam. Budaya biadap kepada Raja-raja yang mempunyai kedaulatannya harus diikuti dengan tindakan tegas dari sudut undang-undang.
Dalam konteks ini, sudah berapa kali juga amaran keras diberikan oleh Sultan Selangor. Tetapi Exco kerajaan negeri, Azmin Ali, Elizabeth Wong dan Teresa Kok di samping beberapa ADUN iaitu Dr. Abdul Rani Osman masih tidak pandai untuk menghormati titah Sultan mereka.
Kalau demikian, bagaimana mereka hendak memberi contoh terbaik kepada rakyat dalam soal menghormati undang-undang. Sebagai wakil rakyat di Selangor, mereka seharusnya mematuhi titah baginda dan bertanggungjawab kepada rakyat negeri itu. Kerajaan Selangor pimpinan PKR nampaknya terus gagal memelihara masjid, surau dan madrasah daripada menjadi gelanggang politik yang boleh memecah belahkan ummah. Bukan sekali tetapi sudah berkali-kali Sultan Selangor menitahkan jangan jadikan masjid sebagai medan politik, tetapi banyak juga masjid di negeri itu tidak mengindahkan titah baginda.
Dalam ruangan Forum akhbar ini semalam, seorang pembaca mengadu bosan dengan ceramah politik dalam Forum Perdana di Masjid As-Sharif, Simpang Tiga, Gombak yang diluluskan oleh nazir masjid dan tanpa persetujuan semua barisan ahli jawatankuasa masjid tersebut.
Trend tidak menghormati titah Yang di-Pertuan Agong dan Sultan jika dibiarkan akan berleluasa dan sukar untuk dikawal. Apabila orang Melayu dan Islam sendiri tidak mahu lagi menghormati ketua agama Islam di negara ini, maka jangan kita mengharapkan bukan Melayu/Islam untuk mendaulatkan institusi Raja-raja ini.
Apakah kita perlu mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang telah terang-terang mengkhianati dan melanggar titah perintah Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor?
Kita ada peruntukan hukuman untuk kesalahan begini. Kenapa tidak digunakan? Sudah tentu ini satu lagi tugas berat kepada badan perundangan untuk mengambil tindakan. Tetapi ia perlu dilakukan supaya ia tidak berulang pada masa depan.

KOMEN : PUAK PEMBANGKANG MERUPAKAN PUAK YANG TIDAK PERNAH MENGHORMATI UNDANG-UNDANG NEGARA... MEREKA BERUSAHA MENGGANGGU GUGAT PERPADUAN DAN KEHARMONIAN KAUM DENGAN MENAFSIR PERLEMBAGAAN NEGARA MENGIKUT CITA RASA MEREKA TANPA MENGHORMATI HAK RAKYAT MAJORITI... SELAGI SEGALANYA BERPAKSIKAN ANWAR, SELAGI ITULAH PENGKHIANATAN AKAN TERUS BERLAKU... TINDAKAN TEGAS PERLU DIKENAKAN KEPADA MEREKA INI...
No comments:
Post a Comment