Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 18 July 2011

PENDERHAKA MESTI DIHUKUM..?


Perkasa desak lucut kerakyatan
Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
utusanperak@utusan.com.my




PARA hadirin mengangkat tangan sebagai menyokong ucapan Ibrahim Ali pada Mesyuarat Agung Tahunan Perkasa Perak 2011-2012, di Beruas semalam.

BERUAS 17 Julai - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali kesal kerana sehingga hari ini tiada tindakan diambil oleh kerajaan ke atas Datuk S. Ambiga.

Katanya, kelewatan mengambil tindakan ke atas penganjur perhimpunan haram pada 9 Julai itu, boleh menghakis sokongan rakyat kerana kerajaan akan dilihat tidak berupaya melaksanakan undang- undang.

"Jika kerajaan tidak ambil tindakan, lebih ramai lagi akan menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong dan negara serta lebih banyak demonstrasi berlaku," katanya kepada pemberita selepas memberi ucaptama pada Mesyuarat Agung Tahunan Perkasa Perak 2011-2012 di Dewan Indrawati di sini hari ini.

Pada mesyuarat tersebut, para perwakilan sebulat suara meluluskan usul mengutuk dan mendesak Ambiga dilucutkan kerakyatan kerana menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong, menyusahkan pasukan keselamatan, memecah belahkan orang Melayu, merugikan ekonomi negara dan menerima dana asing.

Menurut Ibrahim, tindakan mendakwa Ambiga atas kesalahan menganjurkan perhimpunan haram tidak mencukupi tetapi beliau perlu dilucutkan kerakyatan iaitu tindakan sama yang diambil oleh negara-negara beraja lain seperti Thailand, Arab Saudi, Jepun dan Kuwait.

Dalam pada itu, Ibrahim menafikan cakap-cakap yang mengatakan bahawa beliau merupakan alat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Sebagai orang Islam, saya berani bersumpah bahawa saya bukan alat kepada sesiapa dan tiada sesiapa di belakang Perkasa. Kami juga bukan milik UMNO walaupun kami mesra UMNO.

"Kami bukan seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pembangkang yang 100 peratus menyokong pembangkang dan tidak langsung menegur," jelasnya.

Beliau juga memberitahu, Perkasa menyasarkan keahlian seramai 500,000 orang menjelang hujung tahun ini dengan setiap daerah diminta mendapatkan ahli melebihi 5,000 orang.

KOMEN : BUKAN PERKASA SAHAJA YANG MAHU AMBIGA DAN PERUSUH HIMPUNAN DILUCUT KERAKYATAN MEREKA, MAJORITI RAKYAT JUGA AKAN BERSETUJU JIKA PUAK-PUAK YANG KURANG AJAR INI DIKENAKAN HUKUMAN YANG SETIMPAL... SETAKAT AMARAN SUDAH TIDAK DAPAT MEMEBERSIHKAN KEROSAKAN YANG TELAH MEREKA LAKUKAN KEPADA NEGARA...

No comments: