Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Saturday 16 July 2011

Buat baik berpada-pada - Zam


Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 15 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) seharusnya mengambil sikap 'buat baik berpada-pada' dalam menjaga kepentingan keselamatan negara.

Sambil merujuk tindakan polis ke atas mereka yang menyertai perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu, bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, polis tidak seharusnya berbuat baik kepada mereka yang tidak tahu menilai erti kebaikan.

"Apa yang berlaku ketika perhimpunan haram Bersih baru-baru ini ibarat memberikan bunga kepada kera tetapi dibalas dengan lemparan najis," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan polis yang memberi layanan istimewa terhadap mereka yang ditahan kerana menyertai perhimpunan haram Bersih dengan dijamu hidangan bufet serta menjalani pemeriksaan kesihatan.

Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam berkata, amat menyedihkan tindakan profesional polis ke atas mereka yang menyertai perhimpunan haram Bersih itu dicemarkan dengan pelbagai pembohongan dan sikap mereka yang lebih mengutamakan kepentingan politik.

Katanya, kerajaan tidak wajar terlalu mengambil kira pandangan pihak tertentu termasuk dunia luar semata-mata untuk memenangi hati rakyat atau menyesuaikan diri dengan kualiti negara global.

Sedangkan dalam masa sama, ujar beliau, kerajaan tidak menilai betapa keyakinan rakyat yang masih menyokong kerajaan terhakis malah, kelihatan seperti kerajaan mengutamakan kepentingan politik berbanding keselamatan.

"Jika bersikap baik pun dikatakan buruk, maka apa gunanya lagi bersikap sedemikian.

"Justeru adalah wajar bagi polis bertindak atas landasan profesionalisme yang terbukti lebih memberikan kesan dan telah menyelamatkan negara ini," katanya.

Zainuddin turut menegaskan bahawa tidak ada di dunia ini kepercayaan bahawa polis dan kehakiman adalah bebas daripada kuasa pemerintahan.

Cuma apa yang perlu diaplikasikan, kata beliau, adalah kebijaksanaan mengendalikannya secara berani, jujur dan berkesan dan bukannya dengan menunjukkan kelemahan yang tidak kena pada masa dan tempatnya.

KOMEN : BUKAN POLIS AJE YANG MESTI BERTINDAK TEGAS... MENTERI KDN PUN SEPATUTNYA LEBIH TEGAS DALM MENANGANI MASALAH KEAMANAN NEGARA... ZAMAN BERLEMBUT DAN AMARAN SUDAH BERLALU....

No comments: