Siti Nurhaliza bakal sambung pengajian di UiTM
DARI UTUSAN MALAYSIA 11.7.2011
SITI Nurhaliza dengan gaya tersendiri ketika membuat persembahan di Shah Alam, kelmarin.
SHAH ALAM 10 Julai – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin meluahkan hasratnya untuk menyambung pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Namun, kata penyanyi popular berusia 32 tahun itu, dia masih belum menetapkan waktu yang sesuai untuk berbuat demikian.
“Saya ada berbincang dengan pihak UiTM tentang soal ini. Tetapi apa yang boleh saya katakan, semuanya masih di peringkat awal lagi.
“Lagipun jadual seni saya begitu padat sehingga penghujung tahun ini. Insya-Allah, bila sampai waktu yang sesuai, saya akan meneruskan niat saya itu,” jelas Siti Nurhaliza lagi.
Penyanyi lagu Biarlah Rahsia itu berkata demikian ketika ditemui selepas Malam Gala SimplySiti yang berlangsung di UiTM di sini, semalam.
Turut hadir, Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
Walaupun masih di peringkat perbincangan, Siti Nurhaliza menyatakan minatnya untuk menyambung pengajian dalam bidang muzik.
Katanya lagi, meskipun memiliki pengalaman selama 16 tahun dalam bidang seni, tidak salah baginya untuk terus mempelajari ilmu dalam bidang itu.
Sementara itu, Dr. Sahol Hamid mengesahkan pihaknya sudah pun berbincang dengan Siti Nurhaliza berhubung perkara tersebut.

No comments:
Post a Comment