DUA peserta (sebelah kiri) memberi penerangan mengenai ciptaan mereka kepada pengunjung pada pertandingan Deria 2011 di Ayer Keroh, baru-baru ini.
MELAKA 26 Julai - Pertandingan Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Deria 2011) anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Melaka yang diadakan pada 21 dan 22 Julai lalu dilihat berjaya mencungkil bakat kreatif dan reka cipta di kalangan para peserta.
Pertandingan bertemakan 'Bunyi, Imej dan Objek' itu disertai oleh penuntut dan kakitangan UiTM seluruh negara, pelajar dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT), sektor kerajaan dan swasta.
Rektor UiTM, Prof. Madya Datuk Dr. Mizan Hitam berkata, program itu berjaya mencapai objektifnya apabila mendapat penyertaan yang sangat menggalakkan daripada pelbagai agensi dan produk yang dipamerkan begitu kreatif, inovatif dan mempunyai nilai komersial.
Katanya, antara lain objektif Deria 2011 adalah untuk mengetengahkan produk atau prototaip serta idea baru yang boleh dipatenkan selain mempunyai nilai komersial yang tinggi.
"Saya rasa program ini telah mencapai objektifnya untuk mencungkil bakat peserta terutama pelajar dan meningkatkan budaya inovasi melalui penyelidikan," katanya pada majlis penutup Deria 2011 yang diadakan di Stadium Mini Bistari di Ayer Keroh, baru-baru ini.
Menurutnya, melalui program berkenaan, penganjur iaitu Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri UiTM cawangan Melaka telah memilih 20 produk terbaik untuk dipertandingkan di Ekspo Persidangan Reka Cipta Antarabangsa Institusi Pengajian Tinggi yang dijadualkan September ini.
Pada pertandingan itu, dua penuntut UiTM Melaka iaitu Noor Suhaida Aziz dan Nornadia Johari dinobatkan sebagai juara bagi kategori Produk Interaktif Terbaik manakala bagi kategori Pereka Cipta Muda, Mohd. Alif Mansor dari Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur muncul juara dengan ciptaannya iaitu penentu arah kiblat bagi golongan cacat penglihatan.
Program berkenaan juga merupakan medium bagi pereka cipta sama ada dari organisasi kerajaan dan bukan kerajaan untuk mendapatkan khidmat rundingan kepakaran dari UiTM Melaka bagi menilai dan mengkaji produk yang dihasilkan agar ia dapat dipasarkan.

No comments:
Post a Comment