Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 27 July 2011

KISAH BIOMETRIK SPR






Nik Aziz sokong, profesional Pas tolak

KUALA LUMPUR 26 Julai - Tidak sampai 24 jam Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan persetujuannya menyokong sistem biometrik, Jawatakuasa Pas Pusat yang diketuai golongan profesional hari ini menolak cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung perkara tersebut.

Bukan sahaja bersetuju, malah, Nik Abdul Aziz turut menyatakan pendirian bahawa Pas sedia mendengar penjelasan daripada SPR berhubung sistem itu, tetapi belum pun sempat perjumpaan diadakan, Jawatakuasa Pas Pusat telah pun membuat keputusan menolaknya.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, penolakan itu berdasarkan kepada dua hujah iaitu sistem biometrik tidak akan dapat menyelesaikan masalah pengundian bertindih dan menghalang penyelewengan yang berlaku dalam sistem pilihan raya negara sejak sekian lama.

Beliau berkata, Pas sebaliknya, tetap dengan pendirian menuntut penggunaan dakwat kekal kerana hanya cara itu yang dapat mengatasi masalah pengundian bertindih dalam sistem pilihan raya negara.

"Kita telah bincang cadangan itu (biometrik) dan kalau ikut kronologi biometrik merupakan cadangan Perdana Menteri yang diterima oleh SPR, kami berpendapat penggunaan sistem tersebut tidak dapat menyelesaikan masalah pengundian dua kali atau lebih.

"Kami (Pas) menolak biometrik dan keputusan untuk menolak penggunaan sistem tersebut telah dibuat hasil perbincangan pada mesyuarat khas kami hari ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Pas di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, dua lagi Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Semalam, Nik Abdul Aziz berkata, beliau menyokong sistem biometrik yang akan digunakan pada pilihan raya umum akan datang jika terbukti tiada penyelewengan dalam pelaksanaannya.

Tolak biometrik bukti Pas semakin jahil

KUALA LUMPUR 26 Julai - Tindakan Jawatankuasa Pas Pusat menolak mentah-mentah cadangan penggunaan biometrik pada pilihan raya umum akan datang, tanpa terlebih dahulu mendengar penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merupakan bukti bahawa parti itu kini diterajui pemimpin juhala' (jahil).

Pada masa yang sama, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) berkata, kegagalan pimpinan Pas bersikap terbuka dalam isu berkenaan juga membuktikan parti itu tidak ikhlas mencari jalan penyelesaian ke arah penambahbaikan sistem pilihan raya, sebaliknya lebih gemar untuk bermain dengan isu.

"Sepatutnya dengar dulu penjelasan SPR mengenai kebaikan sistem biometrik berbanding dakwat kekal. Kalau Pas ikhlas mahu penambahbaikan sistem pilihan raya, kenapa mereka tidak mengambil sikap terbuka? Sokong atau sekurang-kurangnya dengar dulu, bukannya tolak mentah-mentah.

"Pada saya orang seperti Mohamad Sabu, (Datuk) Husam Musa, (Datuk) Mahfuz Omar patut lebih rasional dan terbuka kerana mereka ini dikatakan golongan profesional, terpelajar. Jangan mempolitikkan perkara ini sepanjang masa, sehingga orang ramai kata Pas kini telah berubah dari ulama kepada juhala'.

"Sepatutnya mereka yang dilabelkan sebagai pemimpin masa hadapan Pas ini mencontohi keterbukaan (Datuk) Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam isu biometrik. Sekurang-kurangnya beliau sudi menerima penjelasan dan penerangan daripada SPR terlebih dahulu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Jawatakuasa Pas Pusat yang diketuai Mohamad Sabu, menolak cadangan SPR berhubung perkara tersebut, tidak sampai 24 jam selepas Mursyidul Am parti itu membuat kenyataan menyokong langkah penggunaan biometrik.

SPR jangan tunduk tekanan pembangkang

KUALA LUMPUR 26 Julai - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa untuk tidak tunduk terhadap tekanan pembangkang yang menolak penggunaan sistem biometrik pada pilihan raya akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, jika penggunaan sistem baru itu telus dan baik, maka penggunaannya wajar diteruskan.

"Saya difahamkan cadangan penggunaan sistem biometrik masih dalam proses kajian. Maka tidak perlu SPR melayan kerenah pembangkang. Sudah menjadi tabiat pembangkang akan menolak apa sahaja cadangan yang dilakukan oleh kerajaan termasuk SPR walaupun baik untuk rakyat.

"Kita tengok dulu hasil kajian tersebut. Jika sistemnya elok dan telus, maka tidak ada sebab kita menolaknya. Ini satu transformasi dalam sistem pilihan raya di negara ini,'' katanya menerusi blognya, http://umnobahagiancheras.blogspot.com.

Syed Ali berkata, sikap pembangkang yang sengaja mempolitikkan cadangan penggunaan sistem biometrik seolah-olah kerajaan sengaja berbuat demikian untuk mengekalkan kuasa amat dikesali.

Sebaliknya, jelas beliau, penggunaan sistem biometrik akan menghalang taktik menggunakan pengundi hantu seperti dikesan berlaku pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh di Pulau Pinang dan Pengkalan Pasir, Pasir Mas tidak lama dahulu.

"Inilah punca yang menyebabkan pembangkang menentang keras cadangan tersebut. Mereka bimbang tidak dapat lagi menggunakan taktik pengundi hantu pada pilihan raya akan datang,'' tegasnya.

SPR pelawa parti politik uji sistem biometrik

SHAH ALAM 26 Julai - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempelawa wakil setiap parti politik di negara ini untuk menguji keberkesanan sistem biometrik sebelum ia diguna pakai dalam pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, apabila laporan uji kaji mengenai sistem biometrik itu siap sepenuhnya, suruhanjaya berkenaan akan mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar-pakar bebas yang dilantik.

''Ketika bertemu pakar-pakar berkenaan, kami akan menyuarakan pelbagai soalan kepada mereka dan melihat apakah ia mengikut spesifikasi dan menjawab segala kebimbangan rakyat.

''Selepas berpuas hati dengan penjelasan pakar-pakar berkenaan, kami akan memanggil parti politik untuk melihat sendiri dan mengujinya serta mereka turut akan diberi peluang untuk bertanya soalan tambahan," katanya pada Wacana Ilmu di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini.

Wacana yang 'panas' ekoran kehadiran penyokong kerajaan dan parti pembangkang itu turut menampilkan ahli panel terdiri daripada Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga dan Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk. Dr. Shamsul Amri Baharuddin manakala Ketua Eksekutif Institut Perhubungan Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan sebagai moderator.

Dalam wacana selama kira-kira lebih tiga jam itu, Wan Ahmad sering menjadi sasaran provokasi dan sorakan penyokong parti pembangkang namun beliau tetap menjawab dengan tenang satu persatu persoalan 'serangan' terhadap suruhanjaya berkenaan.

Beliau menjelaskan, parti politik di negara ini tidak sewajarnya menganggap SPR sebagai musuh sebaliknya suruhanjaya itu amat mengalu-alukan sebarang cadangan penambahbaikan dalam sistem demokrasi di negara ini.

''Pintu SPR sentiasa terbuka kepada semua untuk memberi maklum balas bagi melakukan penambahbaikan sistem demokrasi di negara ini dari semasa ke semasa.

''Minggu lalu, Pas Selangor datang berjumpa dengan kami dan membangkitkan pelbagai isu, sebab itu saya harap, parti politik tidak menjauhkan diri mereka daripada SPR," jelasnya.

KOMEN : MEREKA DAH RASA AKAN KALAH. LEPAS NI TIADA ALASAN NAK MENGUTUK KERAJAAN TIDAK BERLAKU ADIL DENGAN SISTEM BIOMETRIK. KALAU MENGGUNAKAN SISTEM SEKARANG BANYAK BETUL ALASAN JIKA MEREKA KALAH TERUK, TERUTAMA PENGUNDI HANTU MEREKA... BN GUNA WANGLAH...MACAM2 SERIBU ALASAN UNTUK MENYALAHKAN PIHAK LAIN... DENGAR DULU PENERANGAN DARI SPR KALAU YA PUN NAK MENOLAK?...

2 comments:

Onna said...

Assalam Syng Daddy,

betullah daddy, benda yang baik akan dorang tolak..sedangkan dorang yang suruh spr kaji semula....mmg betul..hantu mana ada jari...hahahaha

AJAI62 said...

Assalam Syg Mum

Hantu tak ada jari tapi ada waris jari hantu...