Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Saturday 9 July 2011

Polis ketatkan kawalan di KL – KPN


Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my




KUALA LUMPUR 8 Julai – Polis terpaksa mengetatkan kawalan dan mengambil langkah berjaga-jaga di ibu negara, setelah mendapat maklumat ada beberapa pihak mahu meneruskan perhimpunan haram esok tanpa menghiraukan perintah mahkamah dan amaran pihak berkuasa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, risikan keselamatan mendapati, ada pihak tertentu masih bertekad mengadakan perhimpunan haram di ibu negara dan dijangka menggunakan apa sahaja helah seperti yang pernah terjadi sebelum ini.

Beliau berkata, sebagai langkah pencegahan, polis terpaksa mendapatkan perintah larangan mengikut Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah dari Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untuk mencegah perhimpunan haram itu dengan melarang 91 individu dan semua penyokong mereka memasuki ibu negara.

Bagaimanapun, katanya, pihak terbabit tidak menghiraukan perintah tersebut, malah dikesan mula bergerak masuk ke ibu negara secara persendirian dan kumpulan kecil untuk mengelak dikesan dan ditahan polis.

“Maklumat menunjukkan mereka merancang untuk berdemonstrasi dan berarak di beberapa lokasi dalam Kuala Lumpur.

“Kumpulan-kumpulan ini juga merancang akan menggunakan masjid-masjid tertentu di sekitar Kuala Lumpur sebagai strategi mereka,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini.

Ismail berkata, berdasarkan maklumat-maklumat ini, pihak polis terpaksa mengambil langkah mengetatkan kawalan untuk menentukan keselamatan orang ramai dan ketenteraman awam dapat dikekalkan.

Beliau berkata, antara langkah keselamatan diambil ialah mengadakan sekatan jalan raya di tempat-tempat tertentu bagi mengelak kumpulan pengacau terbabit memasuki ibu negara.

Selain itu, katanya, polis juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan pencegahan sebagai menjamin keselamatan dan ketenteraman orang ramai.

Sehubungan itu, ujarnya, orang ramai perlu memahami keadaan ini dengan mematuhi segala nasihat polis demi menjamin keharmonian dan kesejahteraan rakyat.

“Polis akan melaksanakan apa jua yang perlu dalam bidang kuasa untuk menentukan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara dalam negara ini,” katanya.

KOMEN : TANGKAP AJE OANG YANG DEGIL DAN TIDAK MEMATUHI UNDANG-UNDANG NEGARA.. HIDUP MENYUSAHKAN RAKYAT AJE.. YANG PASTI ADA YANG AKAN TERLEPAS DARI SEKATAN DAN AKAN MENERUSKAN NIAT JAHAT MEREKA UNTUK MERUSUH DAN MEMBURUKAN NAMA NEGARA DI MATA DUNIA..

No comments: