Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 11 July 2011

UITM JUARA PIALA MENTERI PENGAJIAN TINGGI


UiTM pertahan status
Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my




SKUAD UiTM dinobatkan selaku juara Piala Menteri Pengajian Tinggi 2011 di Stadium UiTM, Shah Alam malam tadi.

UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) berjaya mempertahankan kejuaraan setelah menewaskan Kolej Komuniti Kedah menerusi sepakan penalti 5-4 pada aksi final kejohanan bola sepak Piala Menteri Pengajian Tinggi 2011 di Stadium UiTM, Shah Alam malam tadi.

Perlawanan penuh dramatik itu berkesudahan dengan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada 90 minit masa sebenar disusuli 30 minit masa tambahan.

Pada penentuan sepakan penalti, kedua-dua pasukan terpaksa mengambil sehingga tujuh sepakan.

Sepakan pertama UiTM menerusi Hidayat Kamaruddin terkena palang manakala sepakan keenam oleh Amiridzwan Taj diselamatkan penjaga gol KK Kedah, Muhaimin Mohamad.

Manakala sepakan keempat dan keenam KK Kedah oleh Muammar Nur Halim dan Ahmad Haziq Puad diselamatkan penjaga gol UiTM, Hazim Md. Isa disusuli sepakan ketujuh oleh Nizat Salleh yang melambung tinggi.

Jurulatih UiTM, Omar Ali menyifatkan ia sebagai aksi final terbaik bagi saingan liga peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) dengan aksi penuh mendebarkan serta meriah dengan sorakan kira-kira 2,000 penonton.

"Saya tetap berpuas hati walaupun kita terpaksa menghadapi sepakan penalti untuk muncul juara. Peluang kita cukup banyak sepanjang 120 minit perlawanan.

"KK Kedah mungkin bernasib baik kerana gawang mereka tidak dibolosi pada masa permainan, tetapi kami lebih bernasib baik pada sepakan penalti. Memang kami berhak untuk menang," kata Omar ketika ditemui selepas perlawanan.

Sementara itu, jurulatih KK Kedah, Mohamad Ramlee terpaksa akur dengan kekalahan tersebut sambil memuji komitmen yang telah ditunjukkan para pemainnya.

"Kita sudah beri 100 peratus sepanjang 120 minit permainan dan membuktikan kita mampu beri saingan kepada pasukan sehebat UiTM.

"Apabila tewas pada penentuan sepakan penalti, ia lebih kepada nasib," ujar Mohamad.

Penjaga gol KK Kedah, Muhaimin diumumkan sebagai pemain terbaik final manakala penyerang UiTM, Razren Jesni dinobat sebagai penjaring terbanyak kejohanan.

Terdahulu pada sebelah petang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya menewaskan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) 3-2 pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.

Trofi dan hadiah kepada para pemenang telah disampaikan sendiri oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin.

KOMEN : SYABAS UiTM...

No comments: