Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 25 July 2011

APA BAKTI KITA PADA NEGARA?


Rakyat juga ada tanggungjawab letak Malaysia negara selamat



NORWAY, negara Eropah yang dikategorikan aman selama ini tiba-tiba digegarkan dengan dua serangan berkembar oleh seorang lelaki bernama Ander Behring Breivik yang mengakibatkan kematian hampir 100 orang di Oslo, Sabtu lalu.

Rakyat Malaysia patut bersyukur kerana negara kita belum pernah mengalami kejadian serangan yang begitu tragis sedemikian.

Semua ini kerana kita mempunyai pasukan keselamatan yang cekap 'menghidu' dan tegas bertindak dalam menjaga keselamatan negara.

Oleh itu kita patut melahirkan penghargaan kepada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan pasukan-pasukan keselamatan lain dalam misi masing-masing untuk menjaga keamanan negara.

Walaupun negara kita tidak sepi daripada ancaman keselamatan daripada gerakan tunjuk perasaan anjuran badan bukan kerajaan yang bersekongkol dengan pakatan pembangkang, tetapi ia mampu dikawal.

Tetapi kita sedih dengan perangai segelintir rakyat kita yang suka membuat tohmahan dan tindak-tanduk mengancam keselamatan dengan niat untuk memburukkan imej negara.

Lihat bagaimana pembangkang tidak sudah-sudah menyebarkan pelbagai maklumat palsu yang mempunyai niat buruk mencemarkan imej negara di mata dunia.

Kita bersyukur, tindakan mereka tidak mampu mengubah fakta dan realiti sebenar bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan selamat.

Baru-baru ini, laporan Global Peace Index (GPI) 2011, sebuah badan antarabangsa yang berpangkalan di Sydney, Australia meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-19 bagi negara paling selamat di dunia berbanding 156 negara lain.

Malaysia juga diletakkan sebagai negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia.

Ini adalah julung kalinya Malaysia diberi kedudukan terbaik itu sejak 2007 dan negara ini adalah antara enam negara bukan Eropah yang menduduki 20 tempat teratas dalam senarai berkenaan, di samping Iceland, New Zealand, Jepun, Qatar dan Australia.

Hakikat atau kebetulan, tidak boleh dinafikan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk mengurangkan kadar jenayah yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak menampakkan kesan.

Kemajuan, kestabilan dan keamanan Malaysia bergantung kepada kerjasama dan persefahaman setiap kaum dan ia perlu diteruskan bagi menentukan negara ini terus berkembang maju.

Kita merasakan adalah satu rahmat kepada rakyat Malaysia kerana mempunyai sebuah kerajaan yang prihatin dan hasil daripada amalan bersikap adil dan komitmen terhadap rakyat, Malaysia selamat daripada gejala politik atau perkauman yang melampau.

Oleh itu, elok juga Tan Sri Muhyiddin Yassin memperingatkan pemimpin pakatan pembangkang supaya tidak menggadaikan maruah negara dan keamanan yang dikecapi selama ini semata-mata kerana ingin mencapai matlamat politik mereka.

Sesungguhnya usaha meletakkan Malaysia sebagai negara paling selamat di dunia bukan di bawah tanggungjawab angkatan tentera, polis dan agensi lain di bawah Kementerian Dalam Negeri, tetapi ia juga bergantung kepada sokongan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Jadi, pertahankanlah keselamatan negara kita daripada segala bentuk ancaman dari dalam ataupun luar.

KOMEN : JANGAN TANYA APA YANG NEGARA BOLEH BUAT UNTUK KITA, TAPI PERLU TANYA DIRI SENDIRI APA YANG KITA BOLEH BUAT UNTUK NEGARA KITA?

2 comments:

Onna said...

Assalam Syng Daddy,

Masalahnya mereka ini tidak pernah soal diri sendiri...apa sumbangan depa pada negara? kadang2 tu lebih kpd kepntingan peribadi dan politik...bkan kepentingan rakyat dan negara...yang peliknya ada penyokong yang tolong sama melalak ngan dorang ni...tapi anak duk sekolah/uni kerajaan...ada yang kerja ngan gomen, menjawat jawatan tinggi lak tu, tp umpama gunting dalam lipatan..ini yg memporak perandakan institusi negara kita..yang patutnya kita dokong bersama2...tapi sebab anai2 ni..abis luruh semuanya...

AJAI62 said...

Assalam Syg Mum

Biasalah yang membawa keuntungan depa sapu... yang tak memberi keuntungan pada mereka menyalak macam anjing nak mengigit orang yang memberi makan...