Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 25 July 2011

ANTARA PERKASA DAN DAP


Bekas ahli DAP minta maaf, sertai Perkasa
DARI UTUSAN MALAYSIA 25.7.2011



MOHAMED Razali Abdul Rahman (kiri) menyerahkan borang untuk menjadi ahli Perkasa kepada Muhammad Zahid Md. Arif (tengah) sambil disaksikan Ahmad Saad (kanan), di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam.


KEPALA BATAS 24 Julai - Bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman yang baru-baru ini tampil menjadi saksi mengenai majlis kesyukuran tertutup untuk paderi-paderi di sebuah hotel di sini hari ini memohon maaf secara terbuka kepada orang Melayu kerana pernah menyertai parti itu.

Mohamed Razali, 42, juga melahirkan kekesalan kerana pernah menyertai DAP yang merupakan sebuah parti cauvinis.

Bagi menyedarkan orang Melayu tentang perancangan jahat DAP, beliau hari ini menyerahkan borang keahlian untuk menyertai Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

"Saya nak minta maaf kepada seluruh rakyat khususnya yang beragama Islam atas keterlanjuran masuk DAP. Saya kesal kerana menyertai parti cauvinis ini.

"Bagi menebus kesalahan, saya mahu berjuang dalam Perkasa bagi memberitahu rakyat terutama orang Melayu tentang apa yang DAP telah dan akan lakukan terhadap mereka," katanya.

Beliau ditemui pada mesyuarat khas tahunan Perkasa Pulau Pinang di sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau menyerahkan borang keahlian kepada Ahli Dewan Tertinggi Perkasa Kebangsaan, Muhammad Zahid Md. Arif.

Hadir sama Yang Dipertua Perkasa Negeri, Datuk Ahmad Saad.

Menurut Mohamed Razali, beliau selepas ini akan mengadakan majlis penerangan bersama Perkasa bagi membongkar satu persatu 'rahsia' DAP.

"Slogan demokrasi yang mereka laungkan selama ini hanyalah omong kosong. Mereka cuma pandai bersandiwara.

"Mereka ada agenda sendiri yang orang Melayu tidak tahu," ujarnya.

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi sebelum ini menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi-paderi dari seluruh negara yang turut berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister sebagai tetamu.

Bagaimanapun, pada 13 Mei lalu, Mohamed Razali membuat laporan bagi membantu polis melakukan siasatan mengenai penganjuran majlis itu.

Beliau, berbuat demikian setelah kecewa dengan pembohongan oleh pihak terlibat mengenai majlis berkenaan.

KOMEN : KEPADA ORANG MELAYU YANG MASIH SANGGUP MENJADI ANJING DAP, BILA LAGI MAHU SEDAR...? PERJUANGAN ANDA TIDAK KEMANA... KEKECEWAAN BERPOLITIK ADALAH UNTUK ANDA... AGAMA, BANGSA DAN NEGARA HENDAKLAH DIUTAMAKAN DALAM MEMPERJUANGKAN NASIB BANGSA MELAYU/ISLAM DIBUMI MALAYSIA...

2 comments:

Onna said...

Assalam Syng Daddy,

Masih ada lagi yang suka dikaldaikan oleh DAP ni...silap2 nanti kita yang dikatakan tidak betul, rasis dsbnya. Biasalah...kalau org PAS buat apapun halal...walaupun sebelum ini hukumnya haram kalau UMNO yang buat.. entah bila nak buka minda dan celik mata ....

AJAI62 said...

Assalam Syg Mum

Mereka sanggup menjadi anjing DAP untuk menghancurkan perpaduan orang Melayu...