Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 27 July 2011

11 Universiti Jalin Kerjsama


Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my



KUBANG PASU 26 Julai - Sebanyak 11 buah universiti dari Indonesia, Malaysia dan Thailand menandatangani Perlembagaan Karnival Rangkaian Universiti Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT) di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok di sini semalam.

Antara universiti yang terlibat iaitu Universiti Utara Malaysia, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Universiti Malaysia Perlis, Prince Songkla University, Thaksin University University of Teknologi Srivijaya, Universitas Sumatera Utara, Universitas Negeri Medan, Institut Teknologi Medan dan Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara.

Presiden IMT-GT, Prof. Datuk Omar Osman berkata, pihaknya amat berbesar hati kerana majlis menandatangani Perlembagaan Karnival Rangkaian Universiti IMT-GT dapat dilakukan di UUM kerana UUM adalah antara pencetus idea untuk jalinan kerjasama antara univeristi di Thailand, Indonesia dan negara ini.

"Jalinan ini telah wujud sejak 15 tahun yang lalu di mana pelajar daripada 11 buah universiti yang menandatangani perlembagaan ini sering menjalankan aktiviti bersama.

"Setiap tahun sebuah universiti yang terpilih secara giliran akan menganjurkan karnival varsiti berupa aktiviti sukan, kebudayaan serta bengkel-bengkel kepimpinan pelajar untuk merapatkan hubungan sesama pelajar serta memberi pendedahan kepada pelajar kepada budaya luar," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, sebelum ini tiada perlembagaan ditandatangani oleh kesemua universiti yang terlibat dan pihaknya merasakan perlu untuk sebuah perlembagaan diwujudkan bagi memastikan kesinambungan aktiviti-aktiviti IMT-GT.

"Tidak semua Naib Canselor Universiti akan kekal dalam jawatan mereka jadi kami rasa perlu untuk mewujudkan satu perlembagaan yang ditandatangani bersama.

"Kesemua universiti yang terlibat di dalam IMT-GT telah berbincang bersama selama dua tahun untuk mewujudkan perlembagaan ini agar ada satu panduan kepada universiti-universiti yang terlibat dalam jalinan kerjasama ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. MOhamed Mustafa Ishak berkata, tahun depan UUM ditawarkan untuk menjadi tuan rumah bagi karnival univarsiti IMT-GT.

"Pihak kami akan membuat persiapan yang sewajarnya apabila masanya telah sampai bagi menjayakan program ini dan kami akan memberi sepenuh sokongan kepada Universitas Negeri Medan yang terpilih untuk menjadi tuan rumah kepada karnival univarsiti IMT-GT tahun ini.

"Sebanyak 100 orang pelajar dari setiap universiti akan mengikuti karnival ini dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini akan membantu membentuk sifat kepimpinan di dalam di setiap pelajar yang menyertainya," jelasnya.

No comments: