Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 26 July 2011

RAJA ADALAH PAYUNG KEDAULATAN NEGARA


‘Suhu politik makin membara’
Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my




SHAH ALAM 25 Julai – Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bimbang dengan peristiwa tertentu yang berlaku dalam negara sejak kebelakangan ini yang semakin bercanggah dengan semangat perpaduan.

Baginda menyifatkan peristiwa tersebut sebagai menongkah arus dan lebih menjurus kepada perpecahan selain memanaskan suhu politik negara.

“Gendang politik semakin dipalu, suhu politik semakin membara, mendidihkan lava persengketaan yang menanti masa untuk meluap.

“Suasana politik semakin mencalarkan nama negara dan negara sedang berhadapan dengan ujian berbentuk krisis persepsi akibat pertentangan politik yang semakin memisahkan,” titah baginda pada majlis Wacana Ilmu Titah Diraja di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin dan Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.

Dalam titah bertajuk Peranan Institusi Raja Melayu Dalam Memupuk Perpaduan Warga, baginda bertitah, apa yang berlaku sekarang adalah berikutan sentimen dan emosi semakin menguasai pemikiran manakala fakta dan kenyataan semakin hilang kekuatan.

Lebih parah lagi, titah baginda, semangat berunding dan persefahaman serta saling menghormati tidak lagi diperlukan.

“Senario ini menuntut negara dan warganya melakukan pemeriksaan semula asas-asas andaian sedia ada dalam menghadapi perubahan dan tuntutan kepada perubahan yang berlaku pada kadar terlalu pantas,” titah baginda.

Berikutan itu baginda bertitah, institusi raja Melayu yang kedudukannya berada di atas segala polemik politik perlu terus dipertahankan bagi memastikan kerukunan hidup rakyat.

Titah baginda, ini kerana dalam sesebuah negara perlu ada institusi berkecuali dan mempunyai kredibiliti serta dapat diterima untuk membantu menenangkan suhu politik yang semakin panas.

Serentak itu, baginda mengingatkan rakyat agar jangan merosakkan institusi yang merupakan payung negara, pelindung agama Islam serta adat Melayu dan ia wajib memberi naungan secara saksama kepada setiap warga tanpa mengira kaum serta agama.

“Raja adalah payung kedaulatan negara, jangan sama sekali dirosakkan, jangan sama sekali ditiriskan.

“Jangan hanya dicari (payung) bila panas terlalu terik atau hujan. Payung negara ini adalah lambang kedaulatan warga, memberi teduh di hari panas, menangkis air di hari hujan,” titah baginda lagi.

KOMEN : AJAI BERKESEMPATAN MENGHADIRI WACANA ILMU TITAH DIRAJA SEMALAM.. RAMAI WARGA UiTM DAN PELAJAR BERKUMPUL DI DEWAN AGONG TUANKU CANSELOR (DATC)BAGI MENDENGAR SARANAN RAJA NAZRIN YANG MERUNGKAI PERANAN 1) INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU, 2) ORANG MELAYU SENDIRI DAN 3) PERPADUAN UMMAH... ITULAH 3 PAKSI KATA KUNCI YANG DIHURAIKAN OLEH BAGINDA... ADA KEBENARANNYA TITAH BAGINDA BAHAWA "SUHU POLITIK MAKIN MEMBARA".. BILA MANA ORANG MELAYU SENDIRI MULA BERPECAH BELAH DAN BERMUSUHAN SESAMA SENDIRI...

No comments: