Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 15 July 2011


Lucut kerakyatan pencetus revolusi di negara ini - Sivamurugan




SHAH ALAM 14 Julai – Kerajaan dicadangkan agar mempertimbangkan tindakan melucutkan kerakyatan mana-mana individu atau pihak yang cuba mencetuskan revolusi dengan memburuk-burukkan negara ini.

Profesor Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. P.Sivamurugan berkata, ia antara langkah bagi memastikan asas perpaduan, keharmonian dan kesejah teraan antara kaum di negara ini dapat dikekalkan pada masa depan.

Beliau berpendapat, pihak yang mahu mencetuskan revolusi atau sebagainya sehingga merosakkan negara dan rakyat sudah tidak lagi mempunyai semangat serta nilai nasionalisme.

“Maka saya fikir adalah lebih baik kerajaan melucutkan kerakyatan mereka yang terlibat kerana golo ngan ini sebenarnya tidak lagi mempunyai kesetiaan kepada negara ter masuklah tidak lagi mendokong Perlembagaan dan melihat kepentingan rakyat secara keseluruhan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas memberikan ucapan selaku salah seorang ahli panel dalam Program Rapat 1Malaysia bersama para pesara dan warga emas anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan Institut Perkembangan Minda (INMIND) di sini hari ini.

Program tersebut dirasmikan oleh Ahli Lembaga Pengarah IN MIND, Abdul Shukor Idrus dan turut dihadiri Ketua Pengarah Jasa, Datuk Fuad Hassan; Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam dan Pengarah Jasa negeri, Muzammir Bakron.

Pada masa sama, Sivamurugan turut menyarankan kepada pihak yang tidak berpuas hati dengan keadaan negara ini dan cuba mencetuskan situasi tidak aman agar memohon sahaja kewarganegaraan negara lain.

Sementara itu, Ramlah ketika di temui mengingatkan rakyat negara ini supaya bijak menilai tindak-tanduk pihak-pihak yang mahu mencetuskan revolusi di negara ini kerana sejak merdeka sehingga kini, negara aman dengan rakyat pula hidup dalam perpaduan.

Ujar beliau, jika ada pihak yang mahu mencetuskan revolusi, ia satu perkara yang tidak masuk akal kerana sejarah revolusi yang berlaku baik di Amerika Syarikat, Perancis dan sebagainya adalah disebabkan tekanan, tiada kebebasan serta jurang kemiskinan yang terlampau tinggi dalam kalangan rakyat.

“Namun di Malaysia, perkara sedemikian tidak berlaku. Rakyat bebas melakukan apa yang mereka suka selagi tidak melanggar undang-undang. Mungkin revolusi yang mahu dicetuskan pihak tertentu di negara ini mempunyai kepentingan politik peribadi,” kata beliau. UTUSAN MALAYSIA 15.7.2011

KOMEN : ITULAH CETUSAN RASA KEBANYAKAN RAKYAT AGAR KERAKYATAN PENCETUS REVOLUSI DILUCUTKAN... ADAKAH KERAJAAN YANG ADA SEKARANG BERANI BERTINDAK MENGIKUT UNDANG-UNDANG YANG ADA...?

No comments: