Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 12 July 2011

YANG DITAHAN BILA NAK DIDAKWA?


Isu Ambiga: Peguam Negara tentukan
dari Utusan Malaysia
12.7.2011




KUALA LUMPUR 11 Julai - Polis masih menunggu keputusan peguam negara untuk mendakwa Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga dan beberapa individu yang terlibat dalam perhimpunan haram di ibu negara, kelmarin.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, keputusan sama ada Ambiga dan beberapa pemimpin parti politik serta para pengikut mereka akan didakwa kerana merusuh adalah bergantung kepada Peguam Negara.

"Keputusan sama ada perusuh akan didakwa dan ditahan di bawah Ordinan Darurat perlu ditanya kepada pihak peguam negara kerana ia di bawah bidang kuasanya.

"Begitu juga dengan tindakan akan diambil terhadap Ambiga kerana apa-apa sahaja berkaitan undang-undang adalah ditentukan oleh peguam negara," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Hishammuddin sebelum itu menerima taklimat daripada pengarah-pengarah PDRM yang terlibat dalam perhimpunan haram kelmarin dan sempat menyaksikan sebahagian daripada rakaman video semasa rusuhan tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan keadaan di ibu negara kini kembali aman dan tiada insiden tidak diingini berlaku sejak perhimpunan haram itu berakhir pada pukul 6 petang, kelmarin.

Sehubungan itu, katanya, PDRM secara rasmi mengumumkan pengunduran operasi hari ini tetapi tetap menjalankan pemantauan untuk memastikan keadaan keselamatan terkawal.

"Semua penunjuk perasaan yang ditahan juga sudah dibebaskan dengan jaminan dalam tempoh kurang 24 jam kelmarin dan kini terpulang kepada peguam negara sama ada hendak mendakwa mereka," katanya.

Ditanya mengenai hasrat Bersih mahu menggerakkan gelombang kedua perhimpunan, beliau berkata, pihaknya tidak bimbang dan sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi apa juga kemungkinan berlaku.

"Kita sudah melaluinya (perhimpunan haram) sejak dahulu lagi iaitu demonstrasi jalanan membabitkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta Bersih satu dan Bersih dua.

"Jelas sekali majoriti rakyat Malaysia menolak demonstrasi jalanan. Jadi, takkanlah 10,000 mereka yang telah melakukan sesuatu yang jelas telah diharamkan nak mewakili berjuta-juta rakyat Malaysia yang tidak mahu benda ini berlaku," ujarnya.

KOMEN : DIHARAP AG TIDAK TUNDUK PADA TEKANAN PIHAK LUAR... RAKYAT MENANTI TINDAKAN TEGAS YANG PATUT DIKENAKAN KEPADA ORANG-ORANG YANG MENGGANGGU KETENTERAMAN AWAM. MEREKA TIDAK PUNYA ALASAN KERANA TELAH MELANGGAR UNDANG-UNDANG NEGARA KERANA BERHIMPUN SECARA HARAM...

No comments: