Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 28 July 2011

UiTM raih 24 pingat di WCOPA


Oleh HAKIMI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my





Tujuh pelajar Universiti Teknologi Mara gembira meraih pingat emas di World Championship of Perfomance Art sewaktu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, semalam. – utusan/Zaki Amiruddin

SEPANG 27 Julai - Universiti Teknologi Mara (UiTM) terus mengharumkan nama negara apabila berjaya meraih 24 pingat pada World Championships of Performing Arts (WCOPA) 2011 yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Edisi ke-15 WCOPA 2011 itu yang berlangsung pada 15 hingga 24 Julai lalu menyaksikan UiTM menggondol 17 pingat emas, lima perak dan dua gangsa.

Pensyarah Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, Norafifi Muhamad Taib bertindak sebagai ketua pasukan UiTM yang diwakili lapan peserta.

Menurut Norafifi, pasukannya telah membuat persiapan hampir tiga bulan bagi memantapkan setiap aspek yang dipertandingkan iaitu lima kategori yang terdiri daripada vokal, alat muzik, tarian, model dan lakonan.

Beliau berkata, tarian menjadi penyumbang terbanyak pingat emas kepada UiTM apabila pasukannya berjaya meraih lapan emas dari kategori itu, manakala selebihnya lima daripada kategori vokal dan tiga bagi kategori alat muzik.

Menurut salah seorang peserta, Nurshazwani Shamsudin, 22, kemenangan tersebut merupakan kejayaan di luar jangkaan kerana persaingan yang diberikan oleh semua peserta amat sengit.

“Saya memang tak dapat bayangkan perasaan bila diumumkan sebagai pemenang, jantung saya berdegup kencang dan rasa macam mahu terbang. Memang sangat gembira sampai tak tahu mahu cakap apa lagi.

“Kejayaan ini juga merupakan berkat tunjuk ajar pensyarah yang tidak lokek ilmu untuk mengajar setiap teknik tarian dan persembahan,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Sementara itu seorang lagi peserta, Abd. Rahman Bohari, 23, berkata, pencapaian delegasi Malaysia cukup membanggakan walaupun hanya diwakili lapan peserta.

“Ini menunjukkan semangat juang peserta kita cukup hebat. Saya sendiri tidak menyangka apabila kesemua peserta layak ke peringkat akhir dan berjaya membawa pulang pingat. Ini satu pencapaian yang bukan mudah untuk kita peroleh,” katanya.

Dalam pada itu, peserta bagi kategori vokal, Putri Norizah Ibnor Riza, 20, berkata, kejayaan membawa pulang enam pingat emas merupakan kenangan yang tidak akan dilupakannya sepanjang hayatnya.

“Jika ada rezeki mungkin saya akan melibatkan diri dalam aktiviti nyayian dengan serius, bagaimanapun terpulang kepada keluarga, ayah saya merupakan insan yang banyak mendorong dalam usaha saya mencapai kejayaan seumpama ini,” katanya.

WCOPA 2011 disertai oleh delegasi dari 42 negara dan merupakan satu-satunya pertandingan persembahan seni bertaraf dunia yang dilangsungkan saban tahun di Hollywood semenjak 15 tahun lalu.

Pertandingan itu diangkat sebagai setaraf dengan acara Sukan Olimpik kerana disertai oleh mereka yang telah terpilih bagi mewakili negara masing-masing.

KOMEN : TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA MENGHARUMKAN NAMA NEGARA DAN UiTM....BRAVO...

No comments: