Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 7 July 2011

DAP MEMERINTAH KERAJAAN PUSAT


CERAMAH DAP DI BATU PAHAT
DARI UTUSAN MALAYSIA 7.7.2011



AKHBAR Sinchew Daily bertarikh 4 Julai 2011 melalui ruangan Johor pula melaporkan beberapa berita berkaitan parti pembangkang.

Tajuk pertama melaporkan kenyataan Teng Chang Khim mengenai cerdik pandai Johor yang ramai lari keluar dari negeri itu.

Menurut Chang Kim, beliau kesal melihat rakyat di negeri itu bekerja di luar dan anak tempatan terpaksa berhijrah ke negeri-negeri lain. Ada yang menjadi Ketua Menteri di Pulau Pinang dan ada yang menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri di Selangor.

Katanya, kelebihan pada kerajaan pembangkang di beberapa negeri yang diperintahnya adalah ketelusan yang tinggi, pengurusan kukuh dan menghormati kepentingan rakyat.

Tambahnya, kumpulan cerdik pandai yang memberi keuntungan dalam mata wang asing semuanya tinggal di luar negara. Oleh itu, rakyat di negara ini sepatutnya berani membuat perubahan, dengan itu barulah negara ini mempunyai masa depan yang cerah.

Makan malam yang diadakan di Batu Pahat itu juga memecahkan beberapa rekod termasuk 222 meja makan manakala majlis tersebut berlangsung sehingga pukul 12 tengah malam sehingga Lim Guan Eng menamatkan ceramah beliau.

Semasa Guan Eng memberi ceramah, beliau menyentuh tentang prestasi tiga tahun DAP memerintah Pulau Pinang. Katanya, Johor amat kaya dengan sumber asli dan mempunyai ramai cerdik pandai tetapi prestasi kewangan kerajaan negeri itu tewas kepada Pulau Pinang yang kedua terkecil di Malaysia.

Selain itu, beliau mengejek Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek kerana tidak tahu membaca kewangan kerajaan Pulau Pinang dan kerana itu menuduh hutang kerajaan negeri itu semakin tinggi.

Batu Pahat Ramai Pemimpin DAP Berwibawa

Berita seterusnya melaporkan kenyataan Boo Cheng Hau yang mendakwa Johor mempunyai ramai pemimpin DAP berwibawa seperti Lim Kit Siang, Teng Chang Khim, Teo Nie Ching dan Tony Pua Kiam Wee yang semuanya berasal dari Batu Pahat. Namun, DAP tidak pernah menang satu kerusi pun di Batu Pahat iaitu kerusi Parlimen dan kerusi DUN di kawasan Penggaram.

Selain menyeru penduduk Batu Pahat menyokong parti itu, beliau turut mengkritik pihak kerajaan yang menggunakan kesan cap jari untuk pelancong asing kerana ia tidak memberi kesan memandangkan pihak pengganas dan pendatang asing tanpa izin tidak menggunakan laluan pintu masuk disediakan.

Katanya, gerakan seperti itu hanya dilakukan pada musim cuti sekolah kerana melibatkan keluar masuk pelancong yang ramai, menyebabkan pintu keluar masuk Singapura dan Johor Bahru sesak.

Pembangkang Ada Harapan Memerintah Kerajaan Pusat

Laporan berikutnya menyentuh dakwaan Liew Chin Tong yang menyatakan MCA sebenarnya bukan lagi harapan untuk rakyat sejak 1982. Sama ada hari ini MCA ada ataupun tidak, itu sudah tidak penting lagi.

Beliau berkata, sebelum Pilihan Raya Umum 2008, DAP tiada pengalaman memerintah tetapi di Pulau Pinang, dengan hanya peruntukan bajet RM800 juta, DAP sudah dapat mentadbir negeri itu dengan baik.

Katanya, pada 2008, sebenarnya pihak kerajaan BN hanya menang 85 kerusi Parlimen dengan kemenangan 49 peratus tiket undi di Semenanjung. Pembangkang pula menang 80 kerusi Parlimen dengan kemenangan 51 peratus tiket undi.

Di Johor, Sabah dan Sarawak, sebanyak satu pertiga tiket menyokong pembangkang dan bukanlah hanya impian lagi untuk pembangkang memerintah Kerajaan Pusat kelak.

KOMEN : DENGAN MEGAH DAP MEMPROMOSI KERAJAAN PEMBANGKANG DENGAN KETELUSAN YANG TINGGI, PENGURUSAN YANG KUKUH DAN MENGHORMATI KEPENTINGAN RAKYAT... DARI KENYATAAN DI ATAS NAMPAK SANGAT KERAJAAN MEREKA TERSANGATLAH CEKAP, BERINTIGRITI KONON.. CAKAP PAKAI AIR LIUR BOLEHLAH BUKTI MANA? DAP DALAM PERANCANGAN UNTUK MERAMPAS BATU PAHAT DAN PUTRAJAYA KERANA MEREKA CEKAP MEMERINTAH P.PINANG, SEGALA PENGALAMAN MEMERINTAH PP AKAN MEREKA PRAKTIKAN BILA MEMERINTAH MALAYSIA... WALAUPUN PRU TIDAK BERSIH... MEREKA MENANG BANYAK UNDI... NAMUN SPR TETAP TIDAK TELUS.... DASAR GILA KUASA...

2 comments:

Onna said...

in short...nothing will satisfy them.. lainlah kalau dah pegang Malaysia... haaa barulah dorang kata p/raya bersih dan adil... selagi keputusan xberpihak pada dorang... mcm2 ditaburnya..
DAP will always be DAP
PAS will always be about NIK Aziz
PKR will always be about Anwar

nothing is about the citizen of Malaysia...

yang menyokong plak mmg bodoh2 belaka... nak kata bdh..ramai yang graduate dan berkedudukan..
nak kata pandai..bertindak / berckp macam otak kat lutut...

AJAI62 said...

Assalam Sayang Mum

Dah mentaliti mereka macam tu... nak diajar pun mesti jenis aku yang betul, orang lain semua salah... Biarlah mereka terjun dengan labu-labu angan mereka...