Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 20 July 2011

INGATKAN BERANI SANGAT?

Peserta Bersih enggan kerjasama
Oleh ANGELINA SINYANG
dan ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 19 Julai – Hampir sebahagian daripada 1,508 penunjuk perasaan yang ditahan kerana menyertai perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu cuba menyembunyikan maklumat diri masing-masing ketika diambil keterangan pihak polis.

Bagaimanapun, pihak polis tidak berputus asa dan sedang berusaha mengesan butir-butir peribadi mereka menggunakan pelbagai cara.

Menurut sumber, kegagalan mendapatkan maklumat itu berpunca apabila sikap segelintir daripada penunjuk perasaan yang enggan memberi kerjasama kepada polis walaupun telah dilayan dengan baik.

“Terdapat peserta dengan sombongnya meminta supaya anggota polis yang merekod keterangannya bertemu dengan peguam mereka.

“Berikutan itu, polis sekarang sedang berusaha mengesan maklumat peribadi mereka menggunakan pelbagai kaedah, termasuk merujuk kepada agensi kerajaan tempat mereka berkhidmat dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi golongan pelajar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Tambah sumber itu, selepas proses mendapatkan maklumat selesai, polis dapat mengesan dengan lebih lanjut identiti penunjuk perasaan itu, termasuk bagaimana mereka boleh turut serta dalam demonstrasi berkenaan.

Katanya, proses mengenal pasti mahasiswa dan mahasiswi universiti yang terlibat dalam perhimpunan berkenaan juga sedang dilakukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

“Sehingga kini, rekod awal tentang pembabitan mahasiswa universiti yang terlibat telah diperoleh, namun polis sedang menunggu laporan penuh.

“Selepas segala urusan itu selesai, polis akan menghantar laporan penuh mengenai individu yang terlibat dan kesalahan yang dilakukan untuk tindakan lanjut pusat pengajian tinggi dan kementerian,” ujarnya.

Selain itu, katanya, rekod mengenai kakitangan kerajaan yang ditahan dalam perhimpunan itu juga akan diperoleh dalam tempoh terdekat.

KOMEN : SENDIRI BUAT SENDIRI TANGGUNG DAN SENDIRI JAWAB... DAH PUAS BERDEMO APA YANG KAU ORANG DAPAT?

No comments: