Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 25 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa menjadi tugas utama beliau untuk melindungi kepentingan rakyat berbanding sesetengah kelompok yang menentang kerajaan.
Perdana Menteri yang mengambil contoh perhimpunan haram di ibu negara baru-baru ini, berkata, keputusan yang diambil kerajaan untuk menghalang perhimpunan itu adalah bagi melindungi kepentingan dan pemilikan sebahagian besar masyarakat yang menjadikan Kuala Lumpur sebagai mata pencarian mereka.
“Hari itu, beribu-ribu rakyat berhimpun di jalanan. Jika mereka ini dibenarkan (berhimpun), bagaimana pula dengan rakyat yang lain? Dengan membenarkan hanya satu kumpulan sahaja berdemonstrasi, tetapi tidak memberikan kebenaran kepada orang lain, apakah kewajarannya?
“Tanpa mengambil kira janji mengadakan demonstrasi aman, tindakan gila sekumpulan kecil yang melakukan huru-hara telah menyebabkan keadaan menjadi buruk. Apakah berbaloi berbuat sedemikian?
“Justeru, sebagai Perdana Menteri, adalah menjadi tanggungjawab saya melindungi secara serta-merta kepentingan rakyat berbanding sesetengah kelompok,’’ katanya.
Beliau berkata demikian menerusi blognya, http://www.1malaysia.com.my hari ini.
Najib berkata, penunjuk perasaan mendakwa bahawa demokrasi tidak wujud di negara ini hanya kerana tindakan berdemonstrasi tidak dibenarkan.
“Bagaimana pula dengan keputusan pilihan raya umum lalu yang menyaksikan kurangnya protes terhadap keputusannya? Bagaimana anda menjelaskan berhubung suara maya yang mendesak rakyat menentang kerajaan di media sosial?
“Adalah memalukan bahawa kenyataan itu telah diketepikan semata-mata untuk menunjukkan kerajaan tidak bertoleransi dan demokratik,’’ tegasnya.
Beliau berkata, sebagai sebuah negara yang menuju transformasi, rakyat tidak perlu tunduk kepada desakan yang hanya menyebabkan kehancuran negara.
“Marilah kita mengekalkan keharmonian negara. Jangan kita memberi ruang kepada mereka yang mahu menghancurkan asas yang telah kita bina selama ini,’’ tambahnya.

Tingkah laku peserta dipertikai
Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 25 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 118 laporan daripada orang awam yang mempertikaikan tingkah laku peserta perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu.
Malah, terdapat orang awam yang membuat laporan tersebut menyifatkan tingkah laku peserta perhimpunan haram itu tidak ubah seperti monyet.
Menurut sumber, sejak 10 Julai lalu, polis menerima banyak laporan terdiri daripada individu tidak berkepentingan sama ada dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau politik.
Katanya, pengadu tidak berpuas hati terhadap sikap dan tingkah laku peserta perhimpunan haram tersebut kerana menyusahkan mereka selain menunjukkan tindakan yang menjengkelkan.
“Mereka yang membuat laporan terdiri daripada orang awam termasuk peniaga. Rata-ratanya tidak bersetuju dan membuat laporan polis kerana mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap peserta perhimpunan tersebut.
“Ada di antara mereka menyifatkan sikap peserta tersebut seperti ‘monyet’ yang mahu menimbulkan kekacauan selain perhimpunan berkenaan yang menimbulkan kesusahan kepada pelbagai pihak,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam pada itu, sumber memberitahu, PDRM menerima sebanyak 36 laporan yang meminta pasukan itu mengambil tindakan tegas terhadap individu yang memuat naik video yang diubah untuk memburukkan polis.
“Pengadu membuat laporan dan mahu polis bertindak terhadap pihak yang mengubah video berhubung suasana dan kejadian pada hari perhimpunan Bersih.
“Bagi mereka, laporan berkenaan dibuat kerana tidak mahu pihak terbabit bermaharajalela dan terus memburukkan imej pasukan penguatkuasa dan kerajaan,” ujarnya.

KOMEN : SEMUA MEREKA YANG DITANGKAP KERANA MERUSUH HENDAKLAH DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG BAGI MELINDUNGI HAK RAKYAT MAJORITI YANG MENENTANG KEWUJUDAN PUAK-PUAK PELAMPAU PARTI POLITIK... TANPA MENGIRA SIAPA MEREKA, TUNJUKAN KEPADA MEREKA YANG MEREKA TIDAK KEBAL UNDANG-UNDANG.
No comments:
Post a Comment