Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 12 July 2011

MANA MAU LARI?


PDRM guna rakaman video
Oleh ANGELINA SINYANG
dan MOHD RAFIE AZIMI
pengarang@utusan.com.my




Najib Tun Razak dan Hishammuddin Tun Hussein mendengar penjelasan Ismail Omar sebelum Perdana Menteri berlepas ke Turkmenistan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA


KUALA LUMPUR 11 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan rakaman video semasa perhimpunan haram di ibu negara kelmarin, sebagai bukti untuk mendakwa di mahkamah pihak-pihak tertentu khususnya media asing yang membuat tuduhan tidak berasas terhadap pasukan keselamatan itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, bukti diperoleh akan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara untuk menentukan tindakan lanjut yang akan diambil terhadap pihak yang membuat tuduhan berkenaan.

Beliau berkata, rakaman video bermula dari awal hingga akhir perhimpunan dirakam di bilik operasi PDRM itu sedang diteliti oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan Siber Sekuriti Malaysia (SSM).

“Jadi apa sahaja telah didakwa dan dituduh oleh pihak-pihak tertentu, maka perkara ini akan disiasat dengan bukti kukuh yang kita peroleh daripada video berkenaan.

“Tindakan akan diambil terhadap pihak dalam Internet (portal berita dan blog) dan media-media asing yang telah membuat tuduhan-tuduhan tidak berasas ini,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Hishammuddin menambah, antara bukti dicari melalui rakaman tersebut adalah dakwaan media asing mengenai jumlah sebenar perusuh yang dikatakan antara 30,000 dan 50,000 orang selain kecederaan dan kematian perusuh disebabkan oleh polis.

Beliau berkata, sekiranya dakwaan mereka didapati tidak benar, maka media terbabit perlulah bertanggungjawab dan bersedia untuk memberi penjelasan.

Ditanya bila rakaman video terbabit akan diserahkan kepada Peguam Negara, Hishammuddin berkata, sebahagiannya sudahpun diserahkan, manakala baki yang lain bergantung kepada tempoh SKMM dan SMM membuat analisis kerana polis hanya terlibat melakukan rakaman.

“Kita (PDRM) tidak ada perkara yang hendak ditakutkan kerana kita telus semasa menjalankan tugas dan sekiranya ada kesalahan, kesilapan serta kekurangan polis, mereka tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan undang-undang.

“Apa yang saya tidak mahu berlaku ialah ada pihak tertentu mengambil kesempatan mensensasikan isu tidak benar dan mengelirukan rakyat,” katanya.

Menurutnya, rakaman video terbabit mengambil masa untuk dianalisis kerana PDRM mahu berlaku adil dan tidak mahu menganiaya sesiapa termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau turut mengalu-alukan mana-mana pihak termasuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) untuk melihat sendiri video tersebut bagi mengelak polis dituduh mengadakan sebarang tampering (diubah-ubah) dan super impose (pertindihan imej) pada rakaman tersebut.

KOMEN : SAMAN DAN DAKWA SAJA PIHAK YANG MENUDUH PDRM BERTINDAK KEJAM TERHADAP ORANG YANG BERHIMPUN SECARA HARAM PADA 9.7.2011... VIDEO ITU JUGA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK PENDAKWAAN KEPADA PEMIMPIN YANG MELANGGAR PERINTAH MAHKAMAH SUPAYA MEREKA TIDAK BERADA DIDALAM BANDAR KL.... MANA MEREKA MAHU LARI?

1 comment:

Onna said...

pasni ada yang buat2 mati plak...hahahaha