Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Saturday 16 July 2011

HORMATI TUGAS MEREKA


Hakim sedih polis dicemuh, ditentang



PULAU PINANG 15 Julai - ''Saya sedih tengok kerja polis sekarang ditentang dan dicemuh dengan sewenang-wenangnya. Sudah jadi trend. Patut kita kena hormat tugas mereka. Saya harap, kamu tidak mengulangi lagi perbuatan kamu menghalang polis.''

Kata-kata itu dikeluarkan oleh Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim ketika menjatuhkan hukuman denda RM1,000 terhadap Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan setelah disabitkan bersalah menghalang tugas penjawat awam, sembilan tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi itu memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan Gobalakrishnan untuk mengetepikan hukuman denda RM3,000 atau penjara enam bulan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret pada 14 Mei lalu.

Jumlah denda tersebut dikurangkan setelah Hakim Zamani mendapati hukuman asal itu melebihi peruntukan yang terkandung dalam pertuduhan dihadapi oleh ahli politik itu mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Di bawah seksyen tersebut, seseorang tertuduh jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga bulan atau denda tidak melebihi RM1,000.

Beliau turut mengarahkan mahkamah memulangkan semula baki RM2,000 yang telah dibayar tahun lepas kepada Gobalakrishnan yang diwakili peguam Saiful Ambar Abdullah Ambar.

Gobalakrishnan yang memakai kemeja putih lengan panjang dan seluar hitam dilihat menundukkan kepalanya sambil memandang beberapa pengikutnya di galeri awam ketika hukuman itu dibacakan kira-kira pukul 10 pagi ini.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menghalang Cif Inspektor V. Saravanan daripada menjalankan tugasnya kira-kira pukul 12.20 tengah malam, 29 Januari 2002 di Jalan Utama di sini.

Dia ditahan selepas mempersoalkan tindakan polis menghalang kira-kira 30 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada menari ketika sambutan Thaipusam di Georgetown.

Terdahulu, sebelum membacakan keputusannya, Hakim Zamani turut menasihatkan orang awam tidak kira sama ada mereka penyokong kerajaan atau sebaliknya supaya menghormati tugas dan tanggungjawab polis dalam menjaga keselamatan awam.

''Saya cukup terkilan kerana masih ada segelintir individu yang mencari kesalahan polis, sedangkan ruang lingkup kehidupan manusia dari sejak lahir hingga mati semuanya memerlukan kerjasama polis.

''Saya tidak mahu orang ramai mencemuh dan menentang polis sewenang-wenangnya, tidak kira siapa pun anda sama ada penyokong kerajaan atau sebaliknya perlu menghormati tugas polis.

''Hanya mereka yang terlibat dalam bidang ini tahu bagaimana jerih perih polis menjalankan tugas demi menjaga keselamatan negara,'' katanya.

Sementara itu, Gobalakrishnan yang ditemui di luar mahkamah memohon maaf atas kesilapan yang dilakukannya terhadap penjawat awam.

''Dari lubuk hati ini, saya mohon tindakan saya itu dimaafkan. Saya akan meneruskan tugas dan tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat selepas ini dengan sebaik-baiknya,'' katanya.

KOMEN : BILA DAH SUSAH BARU NAK HORMATI POLIS... Sebagai orang awam tidak kira sama ada mereka penyokong kerajaan atau sebaliknya mestilah menghormati tugas dan tanggungjawab polis dalam menjaga keselamatan awam.

No comments: