Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 21 July 2011

KAFIR - PAS HALALKAN


Haram kafirkan orang Islam
DARI UTUSAN MALAYSIA
21.7.2011




KUALA LUMPUR 20 Julai - Mengkafirkan orang Islam lain atas sebab perbezaan politik hukumnya haram kerana jelas ia merupakan salah satu perbuatan yang dikategorikan sebagai mempermain-mainkan agama.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Prof. Datuk Dr. Muhammad Yusoff Hussein berkata, dalam apa keadaan sekalipun, orang Islam ditegah sama sekali menuduh orang Islam lain kafir kerana hak menentukan tahap keimanan serta keislaman seseorang adalah milik mutlak Allah.

Apatah lagi katanya, orang yang dituduh kafir itu mengucap dua kalimah syahadah dan kemudian menunaikan segala perintah Allah seperti bersolat dan berpuasa.

"Pernah dalam satu peperangan Rasulullah menegur seorang sahabat kerana membunuh musuh yang sebelum itu sempat mengucap dua kalimah syahadah. Sahabat berkenaan beranggapan tujuannya (musuh itu) adalah untuk melepaskan diri.

"Baginda menyatakan bukan hak sahabat tersebut untuk menentukan keimanan musuhnya itu. Musuh berkenaan telah mengucap dua kalimah syahadah dan itu tanda dia memeluk Islam. Dalam perkara ini hanya Allah sahaja Maha Mengetahui," katanya di sini hari ini.

Beliau bercakap kepada Utusan Malaysia sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di dalam entri terbaru blognya semalam.

Di dalam blog tersebut Dr. Mahathir berkata, terdapat sebahagian umat Islam di negara ini terlalu mudah dikelirukan hingga sanggup mengkafirkan sesama agama yang menjalinkan kerjasama dengan orang bukan Islam apabila pemimpin mereka berpendirian sedemikian.

Bagaimanapun Dr. Mahathir berkata, jika pada esoknya pemimpin mereka mengatakan perkara sebaliknya iaitu kerjasama dengan bukan Islam dibenarkan, para penyokong mereka sedia melupakan tuduhan kafir yang dilemparkan sebelum ini.

Ketika ditanya lebih lanjut mengenai soal mempermainkan agama, Muhammad Yusoff berkata, ia berlaku disebabkan wujud satu kumpulan yang sanggup mengubah hukum agama mengikut kesesuaian politik mereka.

"Sebagai contoh Pas. Parti ini sanggup melakukan apa sahaja demi politik. Sejak bersahabat dengan DAP, hukum kafir orang Islam yang bekerjasama dengan orang bukan Islam telah berubah. Sepatutnya Pas mempertahankan hukum itu sampai bila-bila," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau berkata, setiap perbuatan yang dilakukan oleh seseorang hendaklah ditanggung sama ada ia berbentuk kebaikan mahu pun kejahatan dan kesemuanya itu akan diadili oleh Allah SWT dengan pertimbangan seadil-adilnya.

"Saya juga ingin ingatkan bahawa tuduhan kafir yang dilemparkan kepada orang Islam lain akan menempelak mereka kembali sekiranya dakwaan itu jelas tidak benar," katanya lagi.

Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin pula menyifatkan perbuatan mengkafirkan sesama muslim atas sebab perbezaan politik kepartian sebagai sikap fanatik dan terkeluar daripada kesederhanaan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

"Oleh itu saya menyeru semua pihak mengelakkan penggunaan nas-nas agama dengan cara yang salah seperti untuk kepentingan politik.

"Islam melebihi daripada segala kepentingan politik. Nas-nas agama hendaklah dinilai secara adil," ujarnya.

KOMEN : LAMA DAH PENGANUT PAS KAFIRKAN ORANG MELAYU/ISLAM YANG TIDAK MENYOKONG PERJUANGAN SONGSANG PARTI MEREKA... PEMIMPIN MEREKA YANG MENGKAFIRKAN ORANG ISLAM TIDAK PERNAH MENARIK BALIK FATWA YANG DIKELUARKAN...

No comments: