Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 12 July 2011

Media Indonesia utarakan ketegasan Najib


Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my




JAKARTA 11 Julai - Ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Sabtu lalu hanya merosakkan imej Malaysia mendapat liputan meluas akhbar-akhbar Indonesia.

Akhbar-akhbar utama tempatan juga menyiarkan kenyataan Najib yang juga Presiden UMNO bahawa majoriti rakyat Malaysia menolak perhimpunan haram kerana ia hanya membawa banyak kemudaratan kepada negara.

Akhbar Kompas pada muka hadapannya melaporkan, Najib menegaskan, tindakan Bersih bermatlamat menggambarkan Malaysia sebagai negara yang tidak stabil dari aspek politik.

Paling dikesalkan Najib juga, demonstrasi jalanan yang turut disertai pemimpin parti pembangkang itu juga mempunyai niat memberitahu dunia bahawa Malaysia merupakan negara yang tidak demokratik semata-mata untuk mencapai keinginan peribadi.

"Kami tidak suka huru-hara. Kami senang kedamaian. Kami senang dengan negara yang rakyatnya hidup harmoni," lapor Kompas yang memetik ucapan Najib di hadapan lebih 6,000 ahli UMNO semalam.

Akhbar Republika pula memetik kenyataan Najib bahawa individu di sebalik penganjuran perhimpunan haram itu ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu hanya bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

"Bila dia (Anwar) tidak melakukan (demonstrasi), kami (Barisan Nasional) akan meraih kemenangan pada pilihan raya umum ke-13," lapor akhbar itu lagi.

Pada masa sama, The Jakarta Post menyiarkan berita pendekatan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib menangani kritikan terhadap demonstrasi haram yang disertai oleh 6,000 penunjuk perasaan itu.

Akhbar Media Indonesia pula menyiarkan kenyataan Anwar bahawa parti pembangkang di Malaysia tidak menolak kemungkinan akan mengadakan sekali lagi perhimpunan seumpama itu pada masa depan.

"Jika perlu, kita siapkan tarikh baru untuk tunjuk perasaan di Stadium Merdeka. Kita tidak akan berhenti kecuali pemerintah mengganti sistem pilihan raya. Kita sudah dekat dengan revolusi," ujar Anwar.

Media Indonesia juga memetik kenyataan Najib bahawa perhimpunan haram itu dianjurkan semata-mata untuk meningkatkan populariti Anwar yang semakin merosot di mata umum.

"Dia (Anwar) hanya terkena sedikit gas pemedih mata, tetapi ia tampil di khalayak dengan memakai alat sokongan leher," tegas Najib seperti dilaporkan akhbar itu lagi. - UtusaN

KOMEN : KERAJAAN KENA TEGAS BILA TERPAKSA MELAYAN ORANG GILA. TAPI BUAT APA DILAYAN SANGAT ORANG GILA YANG MEMBAHAYAKAN KEDAULATAN DAN KEAMANAN NEGARA... TANGKAP AJE DAN ISA KAN KERANA MENGGANGGU KETENTERAMAN AWAM...SUARA MAJORITI DAN BUKAN MINORITI YANG PATUT DILAYAN...

No comments: