Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 30 April 2013

DAP, Pas dua-dua parti rasis - Dr. M






KUALA PILAH 29 April - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau akan terus melabelkan DAP sebagai parti rasis yang mewakili orang Cina manakala Pas pula mewakili masyarakat Melayu. Malah kata bekas Perdana Menteri, beliau tidak takut dengan ugutan Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk menangkapnya selepas mengatakan Penasihat parti itu, Lim Kit Siang sebagai rasis.

''Terkejut saya, sampai naik pucat muka saya bila Karpal kata mahu tangkap saya. Tangkaplah, dakwalah saya. Saya hendak kata, memang Kit Siang rasis," katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Negarawan Ulung Negara di Kampung Padang Jual, Johol dekat sini petang ini.

Yang turut hadir isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol, Abu Samah Mahat; calon BN DUN Senaling, Datuk Ismail Lasim dan calon BN Parlimen Kuala Pilah, Datuk Hasan Malek.

Menurut Dr. Mahathir, sekiranya DAP mengatakan parti dan pemimpin itu tidak rasis, mengapa dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini, mereka hanya berani meletakkan calon di kawasan ramai pengundi kaum Cina.

''Pas pun sama, letak calon yang majoriti ada pengundi Melayu sebab mereka juga tidak berani bertanding di kawasan yang ada pengundi Cina. Pas juga rasis orang Melayu," kata beliau di hadapan kira-kira 1,000 hadirin.

Sebaliknya tegas Dr. Mahathir, BN adalah parti untuk semua kaum dan calonnya bertanding di semua tempat dengan pembahagian yang adil.

''MCA boleh bertanding di kawasan ramai orang Melayu. UMNO pun boleh bertanding di kawasan ramai orang Cina. Itu buktinya BN adalah parti yang berani," tegasnya.

Mengenai kumpulan 'manusia kecewa' yang keluar daripada kerajaan dan kemudian bertanding atas parti lawan, Dr. Mahathir berkata, mereka berbuat demikian kerana ada perasaan untuk membalas dendam.

''Mereka marah masa dalam kerajaan tidak naik pangkat, tidak naik gaji dan masuk pilihan raya. Inilah manusia tamak, mahu lepaskan geram dan berdendam. Golongan sebegini punyai pemikiran yang cetek dan harus ditolak," tegasnya.

Beliau turut menyindir Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang terlupa tentang ucapannya dahulu apabila mengatakan solat di masjid orang UMNO tidak dapat pahala, tetapi baru-baru ini beliau bersolat di masjid yang terletak di Putrajaya yang dibina oleh kerajaan BN.

''Carilah masjid sendiri kalau kata solat di masjid orang UMNO tidak sah sembahyang. Dia pun sembahyang di masjid Putrajaya," katanya.

Mengenai PRU-13 ini, Dr. Mahathir berkata, rakyat kini menikmati amalan baik daripada slogan BN pada pilihan raya umum tahun 1982 iaitu Bersih, Cekap dan Amanah.

''BN adalah parti yang sudah pun membawa negara ini ke arah negara maju pada tahun 2020. Rakyat sebenarnya sudah menikmati hasil kecekapan mengurus negara sejak 56 tahun negara ini merdeka," katanya.

Di akhir ucapan, Dr. Mahathir berkata, beliau ke Johol untuk berkempen kerana mahu membalas budi rakyat yang telah memberinya peluang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.


1 comment:

Carlos Santiago said...

sumber utusan. patutla ampu bukan main. Tun M mmg tak rasis. hahahahaha