KUALA LUMPUR 18 April - Rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim
menampilkan seorang lelaki Thailand mirip wajahnya untuk menjadi saksi
dalam isu video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu di
sebuah madrasah di Permatang Pauh malam esok mengesahkan segala
desas-desus mengenainya sebelum ini adalah benar.
Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Yasin
berkata, berdasarkan perkembangan terkini itu, apa yang pasti maklumat
yang diterima oleh pihak tertentu sebelum ini adalah tepat dan bukannya
dibuat secara melulu.
Ujar beliau, semuanya itu berkaitan dengan usaha Anwar untuk
melakukan apa sahaja asalkan video seks tersebut tidak lagi dikaitkan
dengannya.
Anwar mahu membina satu persepsi dalam kalangan rakyat yang video
seks yang dikaitkan dengan dirinya itu tidak benar. Sebab itu beliau
membawa lelaki Thailand ini untuk menafikan individu dalam video
tersebut adalah beliau (Anwar)," katanya kepada Utusan Malaysia di sini
hari ini.
Kelmarin, SD Johari dalam satu kenyataan akhbar telah mendesak Anwar
mengesahkan sama ada benar dakwaan yang beliau telah menemui seorang
individu mirip wajahnya untuk mengaku terlibat dalam semua kegiatan
liwat yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu.
Lelaki tersebut didakwa berasal dari Thailand tetapi sedikit muda
setelah usaha mencari orang yang memiliki wajah dan umur sama dengan
Anwar gagal.
Lelaki berkenaan difahamkan akan dibawa masuk ke negara ini melalui Bukit Kayu Hitam pada awal pagi esok.
Pada 3 April lalu, Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa
Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim meminta Presiden Parti Keadilan Rakyat
(PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menjelaskan mengenai
dakwaan wujud satu operasi mencari pelanduk dua serupa di Thailand
bagi menyelamatkan Anwar daripada isu moral yang dikaitkan dengan
suaminya itu.
Terdahulu, pada 17 Mac lalu, Awang Selamat menerusi ruangan Analisis
Mingguan antara lain menyatakan seorang tokoh pembangkang telah
melancarkan gerakan secara senyap-senyap untuk mencari individu terutama
di Thailand yang seiras dengan wajah dan susuk badannya.
Kata Awang, jika pencarian itu berjaya, individu itu akan dipujuk
untuk mengaku terlibat dalam satu perlakuan yang mencetuskan kegemparan
di negara ini, tidak lama dulu.
Difahamkan Anwar akan menampilkan lelaki Thailand itu buat pertama
kali di Madrasah An-Nadhoh, Kampung Petani, Permatang Pauh pada pukul
7.30 malam.
Dalam perkembangan sama SD Johari berkata, sekiranya rancangan Anwar
itu mengikut jadual, beliau yakin Ketua Pembangkang tersebut akan
mengusung lelaki berkenaan di pentas ceramah di seluruh negara.
Jika benar lelaki ini wujud saya minta Anwar bawa lelaki ini ke
mahkamah. Kemudian panggil Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan tanya pada
beliau sama ada kenal atau tidak lelaki ini.
Jangan berani di pentas ceramah sahaja. Bawa lelaki ini ke mahkamah. Biar mahkamah tentukan kebenaran," katanya.
No comments:
Post a Comment