KUALA LUMPUR 16 April - Datuk Seri Anwar Ibrahim
digesa mengesahkan sama ada benar dakwaan yang beliau telah menemui
seorang individu mirip wajahnya untuk mengaku terlibat dalam semua
kegiatan liwat yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu.
Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Yasin
memberitahu, lelaki tersebut didakwa berasal dari Thailand tetapi
sedikit muda setelah usaha mencari orang yang memiliki wajah dan umur
yang sama dengan Anwar gagal.
Berikut adalah kenyataan penuh SD Johari:
1. Kita difahamkan melalui maklumat dari dalam PKR bahawa Anwar telah
berjaya dalam usaha mencari 'pelanduk dua serupa' yang mirip wajahnya.
Orang tersebut dikatakan berasal dari Thailand, cuma sedikit muda
daripada Anwar. Mereka gagal mencari orang yang sama rupa dan sama umur.
2. Kita juga difahamkan bahawa usaha ini mengambil masa yang lama
sebab pelanduk dua serupa tersebut terpaksa melakukan 'plastic surgery'
untuk pastikan paras rupa mirip Anwar. Dengar kata orang Thailand itu akan membuat pengakuan dalam bahasa
Thailand bahawa dia yang terlibat dalam semua kegiatan liwat. Anwar juga
akan buat dakwaan bahawa UMNO yang bayar orang Thailand tersebut.
3. Anwar juga dipercayai akan menggunakan episod 'pelanduk dua serupa' beliau sebagai case reference
untuk menyelamatkan Mustafa Ali. Kita tidak menuduh Anwar apa-apa
tetapi hanya meminta Anwar supaya dapat buat pengesahan tentang perkara
ini sama ada akan berlaku atau tidak.
1 comment:
ALLAH MAHA PENCIPTA BROO...SEBIJAK MNA PUN SI PELIWAT TU CIPTA KLON DIA TAK KN SAMA DGN DNA DIA SENDIRI BROO...DIA CUBA NK JADI TUHAN PLAKK KEHKEHKEH
Post a Comment