Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 25 April 2013

BARU TERSEDAR SELAMA INI DIA BERKAWAN DENGAN SYAITAN

Hadi mula salahkan syaitan!




MALAM Ahad lalu dan tempatnya adalah di Tebakang. Kampung tradisional yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri Alor Limbat itu dikuasai Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, namun masih banyak penyokong tegar Pas di situ.

Malam itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bertanding bagi kerusi Parlimen Marang selain Dewan Undangan Negeri Ru Rendang berucap dalam satu majlis ceramah yang sepatutnya disertai Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Ucapannya biasa sahaja. Berkisar kebaikan perjuangan Pas dan pakatan pembangkang, seimbas lalu menyentuh keburukan UMNO, sebagaimana yang sering didengar oleh kira-kira 300 orang dari sekitar kawasan DUN itu. Ketika malam semakin larut, orang ramai mula beransur bingkas untuk pulang.

Menyedari kehadiran wartawan, Abdul Hadi mula memberi fokus kepada mereka di penghujung ucapannya. “Pemberita hendak ambil berita bolehlah, macam mana hendak menyelamatkan negara, Pas dok berlawan dengan Keadilan, bertindih parti pasal apa."

Abdul Hadi kelihatan bersungguh benar mahu ucapannya dipetik dan dihebahkan. Katanya, Pas terpaksa bertanding di kawasan tertentu sehingga menyebabkan pertindihan sesama sendiri sebagai usaha mengukuhkan pakatan pembangkang tanpa syaitan berada di dalamnya apabila diberi kemenangan.

Mungkin tanpa Mustafa menemani, beliau tidak lagi berlapik kata. Secara terbuka Abdul Hadi mendedahkan terdapat calon sekadar tangkap muat. Ada juga calon dikaitkan dengan perlakuan jenayah serta fahaman komunis yang tidak boleh diterima bukan sahaja oleh Pas tetapi juga penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kali ini, tidak pula kedengaran penafian bahawa laporan itu sengaja disensasikan, diputar-belitkan, kononnya mainan media penyokong kerajaan dengan petikan di luar konteks sebenar ucapan. Apa yang diluahkan oleh Abdul Hadi bukan persoalan kecil. Pendedahan itu boleh memberi gambaran lebih buruk tentang rencah kepincangan dan kekalutan pakatan pembangkang. Pekung mereka semakin sukar ditutup sehingga menimbulkan senario saling mencurigai.

Abdul Hadi bukan lazimnya celupar sebegitu apabila memperkatakan soal pakatan pembangkang. Selalunya beliau kelihatan mengia dan mengalah atau berdiam sahaja termasuk isu Kalimah Allah yang dipersetujui digunakan agama lain, menukar konsep memperjuangkan negara Islam kepada negara berkebajikan dan persoalan moral melingkari pemimpin pakatan.

Mengapa beliau tidak bersemuka dan bertegas mencari kata putus dalam perbincangan Majlis Presiden Pakatan tanpa perlu membuat kenyataan yang sangat perit dan pahit untuk didengar dan ditelan, apatah lagi oleh calon-calon PKR yang terlibat dengan pencalonan bertindih itu.

Mengapa sekarang Abdul Hadi mulai menyedari kelibat syaitan dalam pakatan itu ketika sudah sekian lama Mursyidul Am Pas menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan syaitan bagi menjatuhkan UMNO dan BN.

Mungkinkah Abdul Hadi telah mulai melihat dengan mata hatinya. Mungkinkah juga beliau sudah sedar bagaimana ‘syaitan’ yang dijemput menerawang dalam gubuk Pas bersama rakan pembangkang sehingga ada yang sudah dirasuk dan meracau. Tidak mustahil juga Abdul Hadi mahu memperlihatkan bahawa beliau tidak boleh selamanya dianggap lemah semangat.

Banyak lagi pertanyaan yang lain. Mengapa hanya persoalan seperti menjaja pil kuda yang entah belum tentunya benarnya atau fahaman komunis yang dibimbangkan - sedangkan pengertian komunis sudah dimurnikan oleh timbalannya, Mat Sabu bahawa mereka juga pejuang.

Mengapa tidak disentuh persoalan moral dalam kalangan pemimpinnya yang lebih berpengaruh daripadanya untuk menerajui dan mencaturkan pemerintahan impian Abdul Hadi jika Allah mengizinkan.

Buktinya jelas dan nyata. Tetapi mengapa ‘Tuan Guru’ masih berpura-pura dan ada yang bertanya, apakah yang dinampakkan oleh mata hatinya dalam solat istikharah untuk menemukan kebenaran setelah sekian banyak bukti ditepis mudah, sekadar besi dan fitnah.


No comments: