KUALA LUMPUR 24 April - "Orang yang bodoh jangan anggap orang lain
pun bodoh. Apa yang dikatakan menunjukkan intelektualnya sendiri."
Itulah bidasan Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow ketika dihubungi Utusan Online
hari ini berhubung kenyataan Ketua Publisiti DAP, Dr. Hew Kuan Yau yang
mendakwa hanya orang bodoh akan menyokong Barisan Nasional (BN).
Kuan Yau dalam satu ceramah di Taman Berjaya, Nibong Tebal malam tadi
dilaporkan berkata, kaum Melayu, Cina dan India yang menyokong UMNO,
MCA dan MIC sebagai rakyat yang bodoh selain mendakwa BN menanam
kebencian di kalangan orang Melayu terhadap DAP.
"Hanya orang Cina yang bodoh akan undi untuk MCA dan Gerakan, hanya
orang India yang bodoh akan undi MIC dan hanya Melayu yang bodoh akan
undi UMNO.
"Mereka (BN) cuba menakut-nakutkan orang Melayu dengan berkata bila
kita (DAP) mentadbir negara kita nak jadikan agama Kristian (sebagai
agama rasmi).
"(Bila BN) cakap kepada orang Cina, kita nak tubuhkan negara Islam
apabila tadbir negara, ini semua bohong kerana mereka sebenarnya hanya
nak takutkan rakyat," katanya dalam ceramah tersebut.
Menurut Chang Yeow, apa yang dikatakan oleh Kuan Yau tidak lebih
menggambarkan tahap keintelektualan dirinya sendiri dan hanya orang
mempunyai tahap intelektual yang rendah sahaja menganggap orang lain
bodoh. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130424/px_114/PRU-13-Orang-bodoh-sahaja-anggap-orang-lain-bodoh---Chang-Yeow#ixzz2RRYwqrTN
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment