KUALA LUMPUR 24 April - Kelewatan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Parlimen Setiawangsa hadir ke majlis ceramahnya di Dataran Air Panas,
Setapak menyaksikan pendengarnya hanya sekitar 100 orang malam tadi.
Terdahulu, majlis PKR Parlimen Setiawangsa yang bermula pukul 9 malam
itu dipenuhi sekitar 250 orang, namun mereka beransur-ansur beredar
apabila hujan semakin lebat, tambahan pula bosan kerana calon yang
ditunggu masih belum tiba.
Calon PKR Parlimen Setiawangsa, Ibrahim Yaacob yang tiba di tapak
ceramah itu pada pukul 11 malam hanya dapat berucap di hadapan khalayak
kecil.
Selain itu, pengerusi pertubuhan tidak berdaftar, Bersih, Datuk S.
Ambiga yang dicanang-canang mewarnai majlis pakatan pembangkang itu
akhirnya tidak hadir.
Sepanjang pengisian majlis selama kira-kira tiga jam itu, beberapa
penceramah telah melemparkan tohmahan dan fitnah terhadap kerajaan
Barisan Nasional (BN) dan mengagungkan manifesto pakatan pembangkang.
Begitupun, tohmahan salah seorang penceramah terhadap calon BN
Parlimen Shah Alam, Datuk Zulkifli Nordin telah menyebabkan kira-kira 50
orang pendengar lagi beredar.
Sebagaimana sikap lazim pemimpin dan ahli pakatan pembangkang, salah
seorang pemimpin PKR Setiawangsa tanpa usul periksa telah mengherdik
kumpulan yang beredar itu dan mendakwa mereka kumpulan Pemuda BN, namun
hakikatnya penceramah itu yang memfitnah Zulkifli sebagai seorang yang
bersikap perkauman. - UTUSAN ONLINE
KOMEN : BELUM JADI WAKIL RAKYAT LAGI... DATANG IKUT SUKA MAK/BAPAK DIA... JANJI TAK DITEPATI LANGSUNG... NASIB BAIK ADA ORANG YANG SUDI TUNGGU, KALAU TAK CAKAP DENGAN SYAITANLAH TU...
No comments:
Post a Comment