Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 9 April 2013

Perjelas hukum orang Pas kahwin ahli UMNO






KOTA BHARU 8 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta menjelaskan hukum orang Pas berkahwin dengan ahli UMNO, parti yang beliau dakwa menolak Islam.

Ahli Jawatankuasa Ikatan Cendekiawan Ilmuan Kelantan (ICIK), Mohd. Zawawi Awang berkata, Nik Abdul Aziz perlu memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut kerana mana-mana orang yang menolak Islam bererti kafir.

"Dia (Nik Abdul Aziz) mesti jelaskan hukum ini. Sebab bila tolak Islam sekali gus hukumnya kafir. Jadi orang Pas yang berkahwin dengan UMNO tidak sah, mereka mesti mufarakah. Nik Aziz perlu bertanggungjawab dalam soal ini.

"Nik Aziz juga mesti jelaskan status anak yang lahir hasil perkongsian hidup antara orang Pas dan (ahli) UMNO," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam ceramah di Kampung Jambu di sini Khamis lalu, Nik Abdul Aziz mendakwa, sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala kerana parti itu menolak dasar Islam.

Malah Nik Abdul Aziz turut mendakwa UMNO menolak Allah SWT kerana mengamalkan dasar kebangsaan yang menolak dasar Islam dalam pemerintahan.

"UMNO tolak Islam, tolak Islam maknanya tolak Allah dan kalau sembahyang tidak dapat pahala, boleh pahala apa kalau tolak Islam.

"Kalau nak dapat pahala ikhlas ini bukan senang, hendak pahala ikhlas bagaimana kalau tolak Islam, Allah yang bawa turun Islam kepada Nabi Muhammad SAW, tiba-tiba UMNO tolak ambil kebangsaan," katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Zawawi turut mempersoalkan taraf Mursyidul Am Pas itu yang semakin angkuh menjatuhkan hukum terhadap seseorang.

Katanya, sejak kebelakangan ini Nik Abdul Aziz kian melampau ketika membuat sesuatu kenyataan, dan ini boleh menyebabkan perpecahan antara sesama orang Islam.

"Rakyat perlu berwaspada dengan fenomena yang boleh menyesatkan ini dengan cara mendalami ilmu agama, bukan dengar cakap," ujar beliau lagi.

Mengenai dakwaan Nik Abdul Aziz UMNO membina masjid bukan kerana Islam tetapi hendak menjadi kontraktor, Mohd. Zawawi berkata, ia satu tuduhan liar yang menunjukkan Pas semakin tersepit serta cuba menutup kelemahan pentadbirannya sejak lebih 22 tahun lalu.

Berikutan itu kata Mohd. Zawawi, Pas terpaksa mengambil pendekatan bagi 'menyelamatkan' parti tersebut dengan meracuni fikiran rakyat melalui pelbagai tuduhan dan dakwaan liar terhadap UMNO, meskipun ia bercanggah dengan tuntutan agama.

"Ini satu tuduhan bagi menutup kelemahannya (Pas) yang tidak pernah membina masjid melainkan sebuah sahaja di Rantau Panjang sepanjang pentadbirannya selama lebih 20 tahun. Sedangkan UMNO bukan sahaja membina masjid baharu tetapi banyak juga yang dibaik pulih," kata Mohd. Zawawi lagi.

No comments: