Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 30 April 2013

PRU-13: Undi dengan bijak, pesan pakar air kepada rakyat Selangor






KUALA LUMPUR 30 April - Seorang pakar air Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, yang bimbang dengan "politik air" oleh kerajaan negeri Selangor, merayu kepada rakyat negeri itu supaya mengundi dengan bijak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Ahad ini agar masalah air yang dialami sejak lima tahun ini dapat ditamatkan.

Beliau berkata Malaysia tidak akan menjadi negara maju jika masalah berhubung sumber air dan bekalan air tidak dapat diatasi.

"Maka saya merayu kalau kita hendak negara kita maju dan mencapai status ini pada tahun 2020, fikirlah. Undi anda menentukan sama ada kita berada di takuk lama atau kita akan dihormati di seluruh dunia," katanya dalam temu ramah dengan Bernama.

Mengulas kenyataan para pemimpin kerajaan negeri Selangor yang meminta rakyat Selangor memberi mandat sekali lagi kepada pimpinan pakatan rakyat pada PRU kali ini, Dr Zaharuddin menolaknya dengan alasan mereka kerap berdolak dalik dalam isu air, sehingga mencetuskan kesusahan kepada rakyat.

"Apabila kerajaan negeri Selangor meminta diberi mandat sepenggal lagi, persoalan utama ialah, adakah yang telah diberikan kepada mereka lima tahun sebelum ini telah mereka laksanakan mandat, amanah, tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat?.

"Kita selusuri apakah janji-janji mereka dan kita lihat apakah penghasilan daripada janji-janji mereka. Kalau kita merasa kerajaan sedia ada pada hari ini berjaya mengotakan janji mereka, telah menetapkan kayu pengukur bahawa mereka layak memimpin, kita undi mereka," kata Dr Zaharuddin.
Sebaliknya, jika rakyat melihat mereka ini gagal, tidak boleh dipercayai dan apa yang mereka katakan hanya omong kosong, maka rakyat harus berfikir kerana ini masa depan mereka, tambah beliau.

"Apabila kita meletakkan tangan kita di atas kertas undi nanti, kita harus sedar bahawa kita bukan memilih calon, kita memilih hala tuju negara kita. Kalau kita dapat memikirkan begitu, maka cukup mudah untuk kita memangkah siapa yang kita hendak dan siapa yang kita tak nak jadi pemimpin kita di masa akan datang," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam siri berkempen di Selangor minggu lepas, dan lawatan-lawatan kerja sebelum ini, menegaskan masalah air akan dapat diselesaikan dengan berkesan jika rakyat memberi mandat kepada Barisan Nasional untuk memerintah semula negeri itu pada PRU-13 ini.

Dr Zaharuddin daripada Universiti Utara Malaysia berkata kerajaan negeri sejak lima tahun ini mengeluarkan bermacam-macam kenyataan tentang penyelesaian kepada masalah air tetapi sehingga hari ini tiada apa-apa tindakan berkesan yang diambil.

"Kalau sehingga hari ini masalah yang besar sedia ada yang mereka berikan kepada kita tidak ada alternatif, adakah kita nak percaya kepada mereka,?" tanya beliau.

Merujuk sekali lagi kepada masalah air, beliau berkata sudah lima tahun kerajaan negeri berkali-kali mengulangi ia dapat menyelesaikannya, tetapi semuanya cakap-cakap kosong.

"Ayat yang paling cantik yang mereka susun ialah dengan mengatakan mereka telah mendapat pakar-pakar air dan sehingga hari ini saya menanyakan mereka siapakah pakar mereka. Sehingga hari ini tiada satu nama pun yang dikeluarkan".

Dr Zaharuddin, kini Timbalan Pengarah Institut Pemikian Tun Dr Mahathir Mohamad di UUM, berkata beliau tersinggung apabila pemimpin negeri Selangor mempertikai kelayakan beliau sebagai pakar air berhubung kenyataan beliau melalui media mengenai isu air di Selangor.

Ahli akademik itu telah menulis tesis Doktor Falsafahnya dalam bidang pengurusan bekalan air di Lembah Klang pada 2004, melakukan penyelidikan dalam pengurusan air selama 10 tahun manakala kertas kerjanya mengenai air dibentangkan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

"Apabila saya mengulas tentang isu air, mereka mempertikai siapa saya.

Adakah saya bukan pakar atau adakah menteri besar itu pakar air? Kita lihat siapa yang lebih kredibel dalam membicarakan isu air, menteri besar Selangor yang sedia ada atau saya yang mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam isu ini," katanya - BERNAMA


No comments: