
AHLI politik veteran DAP, Lim Kit
Siang ketika menyampaikan ucapan di hadapan tidak sampai 100 orang yang
menghadiri ceramah politik pembangkang di Pekajang, Gelang Patah malam
tadi. Kit Siang adalah bakal calon pembangkang di Parlimen Gelang Patah.
- UTUSAN

SALAHUDDIN Ayub ketika menyampaikan
ucapan pada ceramah politik anjuran pembangkang di Pekajang, Gelang
Patah malam tadi. - UTUSAN
NUSAJAYA 7 April - Tanda-tanda awal ahli politik veteran DAP, Lim Kit
Siang ditolak oleh para pengundi di Gelang Patah terserlah apabila
tidak sampai 100 orang menghadiri ceramah Penasihat DAP di Kampung
Pendas, dekat sini malam tadi.
Mungkin sedar kehadirannya tidak mendapat sambutan, Kit Siang yang
diumumkan sebagai calon pembangkang di Parlimen Gelang Patah itu hanya
sempat berceramah kira-kira lima minit sebelum beredar.
Ceramah itu kemudiannya diteruskan oleh Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.
Dalam ucapannya, Salahuddin seolah-olah hilang arah kerana asyik
bermodalkan mengenai isu pendidikan percuma yang diuar-uarkan
pembangkang dalam manifesto mereka.
Bukan itu sahaja, beliau yang dijangka bertanding di Parlimen Pulai
itu juga kerap mengulangi isu berbangkit lain bagi memburukkan UMNO dan
Barisan Nasional (BN) sedangkan permasalahan tersebut telah pun
diselesaikan kerajaan.
Antaranya, termasuk menuduh kerajaan negeri merampas tanah rakyat
untuk tujuan pembangunan sedangkan isu itu telahpun diperjelaskan dan
melibatkan sedikit sahaja tanah rakyat.
Dia yang sebelum ini banyak menghabiskan masanya di luar Johor
termasuk pilihan raya umum 2008 bertanding di Kubang Kerian, Kelantan
turut mengulang dakwaan bahawa pakatan pembangkang bukan sebuah parti
perkauman.
Sebaliknya, dia menuduh dan menuding jari kepada UMNO sebagai sebagai
parti yang memperjuangkan hanya satu-satu kaum sahaja. - UTUSAN ONLINE
KOMEN : RAMAI LAGI TU YANG KITA TAK NAMPAK... SYAITAN2 DAN HANTU2 BELAAN NIK AZIZ BERKELIARAN TU.... SILAP TEMPAT BUAT CERAMAH...
1 comment:
utusan... berita kena tapis dulu.
Post a Comment