Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 17 April 2013

Orang muda warnai BN Selangor



NAJIB Tun Razak menyampaikan ucapan sebelum mengumumkan nama calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi negeri Selangor di Bangunan UMNO Selangor, Shah Alam, semalam. - UTUSAN/SAHARUDDIN ABDULLAH

SHAH ALAM 16 April - Selaras dengan kehendak rakyat, Barisan Nasional (BN) menampilkan muka-muka baharu dan golongan muda sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi memastikan misi untuk merampas kembali Selangor daripada pakatan pembangkang tercapai.

BN bertanding di kesemua 22 kerusi Parlimen dan 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) membabitkan komposisi 35 calon kerusi DUN dan sembilan kerusi Parlimen dari UMNO; MCA (tujuh Parlimen, 14 DUN); MIC (empat Parlimen, tiga DUN); Gerakan (satu Parlimen, tiga DUN) dan Parti Progresif Penduduk (PPP) di satu kerusi DUN.

Seorang calon Bebas yang menggunakan tiket BN iaitu penyandang kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin yang menang atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula diturunkan di Parlimen Shah Alam.

Dua tokoh BN negeri, Datuk Seri Noh Omar yang juga Timbalan Pengerusi BN negeri kekal bertanding di Parlimen Tanjong Karang manakala Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN negeri, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed akan mempertahankan kerusi Parlimen Sepang yang merupakan kubu kuat BN.

Dalam pada itu, sekurang-kurangnya 25 calon muka baharu dari UMNO ditampilkan bermula di kubu kuat di Parlimen Sabak Bernam, BN menaruhkan Setiausaha UMNO Bahagian Sabak Bernam, Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh menggantikan penyandangnya, Datuk Abdul Rahman Bakri manakala DUN Sungai Air Tawar, Kamarul Zaki Abdul Malek dan DUN Sabak, Abdul Halim Udin.

Bagi kawasan Parlimen Sungai Besar yang mengekalkan penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon, menyaksikan calon muka baharu di DUN Sungai Panjang, Budiman Mohd. Zohdi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sungai Besar dan Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang), menggantikan tempat bekas Menteri Besar, Dr. Mohamad Khir Toyo.

Muka baharu juga diletakkan di DUN Pelabuhan Klang iaitu Timbalan Ketua Bahagian UMNO Klang, Nasarruddin M. Zin yang dijangka berdepan tugas besar mengalahkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang diumumkan bertanding di kerusi DUN tersebut setelah berpindah dari DUN Ijok.

DUN Hulu Bernam turut menampilkan muka baharu iaitu Penolong Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar dan DUN Batang Kali, Mat Nadzari Ahmad Dahlan menggantikan Mohd. Isa Abu Kasim yang digugurkan.

Di Parlimen Kuala Selangor pula menampilkan Presiden Majlis Belia Selangor (MBS), Datuk Irmohizam Ibrahim yang pertama kali akan bertanding manakala Jakiran Jacomah bakal diturunkan di DUN Bukit Melawati.

Bagi DUN Bukit Antarabangsa, BN mempertaruhkan seorang peguam, Mohamad Nadzim Ibrahim yang akan menggalas tugas besar untuk menumpaskan Timbalan Presiden PKR, Mohammed Azmin Ali di kerusi tersebut manakala DUN Lembah Jaya menampilkan muka baharu, Baderisham Jolly yang juga seorang ahli perniagaan.

Calon paling muda, Muhammad Faizal Sufar, 33, akan ber tanding di DUN Chempaka bagi berhadapan dengan Exco kerajaan negeri, Iskandar Abdul Samad dari Pas.

Selain itu, tiga DUN di kawasan Sepang yang disasarkan untuk kekal dipertahankan turut menampil muka baharu iaitu DUN Dengkil (Shahrum Mohd Sharif) yang akan berdepan dengan Pengarah Pilihan Raya PKR negeri, Borhan Aman Shah; DUN Tanjong Sepat (Nisman Yusof) dan DUN Sungai Pelek (Ng Chok Sin)

Sementara itu, pesara tentera, Kapten (B) Sharuddin Omar yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) diturunkan di Parlimen Kuala Langat bagi berdepan dengan penyandang kerusi itu, Abdullah Sani dari PKR manakala DUN Sijangkang akan menampilkan Ketua Pemuda UMNO Kuala Langat, Zurihan Yusop.


No comments: