Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 30 April 2013

DAP, Pas dua-dua parti rasis - Dr. M






KUALA PILAH 29 April - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau akan terus melabelkan DAP sebagai parti rasis yang mewakili orang Cina manakala Pas pula mewakili masyarakat Melayu. Malah kata bekas Perdana Menteri, beliau tidak takut dengan ugutan Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk menangkapnya selepas mengatakan Penasihat parti itu, Lim Kit Siang sebagai rasis.

''Terkejut saya, sampai naik pucat muka saya bila Karpal kata mahu tangkap saya. Tangkaplah, dakwalah saya. Saya hendak kata, memang Kit Siang rasis," katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Negarawan Ulung Negara di Kampung Padang Jual, Johol dekat sini petang ini.

Yang turut hadir isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol, Abu Samah Mahat; calon BN DUN Senaling, Datuk Ismail Lasim dan calon BN Parlimen Kuala Pilah, Datuk Hasan Malek.

Menurut Dr. Mahathir, sekiranya DAP mengatakan parti dan pemimpin itu tidak rasis, mengapa dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini, mereka hanya berani meletakkan calon di kawasan ramai pengundi kaum Cina.

''Pas pun sama, letak calon yang majoriti ada pengundi Melayu sebab mereka juga tidak berani bertanding di kawasan yang ada pengundi Cina. Pas juga rasis orang Melayu," kata beliau di hadapan kira-kira 1,000 hadirin.

Sebaliknya tegas Dr. Mahathir, BN adalah parti untuk semua kaum dan calonnya bertanding di semua tempat dengan pembahagian yang adil.

''MCA boleh bertanding di kawasan ramai orang Melayu. UMNO pun boleh bertanding di kawasan ramai orang Cina. Itu buktinya BN adalah parti yang berani," tegasnya.

Mengenai kumpulan 'manusia kecewa' yang keluar daripada kerajaan dan kemudian bertanding atas parti lawan, Dr. Mahathir berkata, mereka berbuat demikian kerana ada perasaan untuk membalas dendam.

''Mereka marah masa dalam kerajaan tidak naik pangkat, tidak naik gaji dan masuk pilihan raya. Inilah manusia tamak, mahu lepaskan geram dan berdendam. Golongan sebegini punyai pemikiran yang cetek dan harus ditolak," tegasnya.

Beliau turut menyindir Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang terlupa tentang ucapannya dahulu apabila mengatakan solat di masjid orang UMNO tidak dapat pahala, tetapi baru-baru ini beliau bersolat di masjid yang terletak di Putrajaya yang dibina oleh kerajaan BN.

''Carilah masjid sendiri kalau kata solat di masjid orang UMNO tidak sah sembahyang. Dia pun sembahyang di masjid Putrajaya," katanya.

Mengenai PRU-13 ini, Dr. Mahathir berkata, rakyat kini menikmati amalan baik daripada slogan BN pada pilihan raya umum tahun 1982 iaitu Bersih, Cekap dan Amanah.

''BN adalah parti yang sudah pun membawa negara ini ke arah negara maju pada tahun 2020. Rakyat sebenarnya sudah menikmati hasil kecekapan mengurus negara sejak 56 tahun negara ini merdeka," katanya.

Di akhir ucapan, Dr. Mahathir berkata, beliau ke Johol untuk berkempen kerana mahu membalas budi rakyat yang telah memberinya peluang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.


Nik Aziz miliki tanah bernilai lebih RM10j? CILAKO



Ibrahim Ali menunjukkan bukti senarai tanah dan salinan geran milik Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Sabariah Tuan Ishak pada sidang akhbar di Kota Bharu, Kelantan, semalam. Turut hadir, seorang peguam, Nor Azli Ahamed (kiri), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad (kanan) dan Fauzi Mohamad (dua dari kanan).

KOTA BHARU 29 April - Tiada siapa sangka di sebalik imej zuhud, Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebenarnya memiliki 14 lot tanah seluas 1.76 hektar di kawasan bernilai tinggi di Bandar Baru Tunjong di sini yang dianggarkan bernilai lebih RM4 juta.

Nilai tanah tersebut dikatakan boleh mencecah lebih RM10 juta sekiranya status tanah itu yang kini merupakan tanah pertanian ditukar kepada komersial, mengambil kira pelbagai projek pembangunan yang akan dilaksanakan di kawasan berkenaan.

Selain Nik Abdul Aziz, isteri beliau, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak turut memiliki 13 lot tanah di sekitar jajahan Kota Bharu dianggarkan bernilai jutaan ringgit termasuk dua lot tanah di Pulau Melaka yang telah dipajakkan selama 40 tahun kepada Petronas Dagangan Berhad bagi membina stesen minyak.

Kesemua tanah di atas nama Nik Abdul Aziz itu telah didaftarkan selepas 1990 iaitu ketika beliau memegang jawatan Menteri Besar Kelantan.

Ketika ini, antara projek pembangunan yang dilaksanakan di Bandar Baru Tunjong ialah kompleks jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan seperti Jabatan Audit Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC).

Sementara itu, di pihak kerajaan negeri pula beberapa projek penswastaan telah dirancang di sana antaranya Tunjong Pavilion, sebuah pasar raya dan banyak lagi yang bakal melonjakkan harga hartanah di kawasan tersebut yang terletak di laluan utama Kota Bharu-Kuala Krai.

Pemilikan tanah oleh Nik Abdul Aziz dan isterinya itu didedahkan oleh calon Bebas Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang amat terkejut dengan perkembangan tersebut kerana Mursyidul Am Pas itu sering digambarkan sebagai seorang yang zuhud.

Menurut Ibrahim, beliau telah menerima sampul surat mengandungi senarai tanah dan salinan geran milik Nik Abdul Aziz dan isterinya di dalam peti surat rumahnya di Taman Mimi, Wakaf Bharu beberapa minggu lalu.

Katanya, beliau telah menjalankan siasatan bagi mengetahui kesahihan dakwaan tersebut dengan membuat cabutan dan carian rasmi di Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu dan hasilnya amat mengejutkan, apabila kesemua senarai tanah dan salinan geran yang dinyatakan dalam sampul surat berkenaan adalah benar.

"Saya amat terperanjat apabila seorang bergelar ulama dan sering digambarkan sebagai seorang yang zuhud, memiliki tanah bernilai tinggi ketika masih memegang jawatan ketua kerajaan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Persoalannya kata beliau, bagaimana tanah itu diperoleh ketika Nik Abdul Aziz yang merupakan seorang penjawat awam dan ketua kerajaan.

Sidang akhbar itu turut dihadiri seorang peguam, Nor Azli Ahamed; Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad dan Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Negeri Kelantan, Fauzi Mohamad.

Pada sidang akhbar itu, Ibrahim turut menyerahkan salinan senarai tanah dan geran tanah yang dikatakan milik Nik Abdul Aziz dan Tuan Sabariah, selain salinan pelan lokasi tanah terbabit kepada pihak media.

Ibrahim sehubungan itu, menuntut Nik Abdul Aziz menjelaskan kepada rakyat Kelantan bagaimana beliau dan juga isterinya, seorang suri rumah yang tidak bekerja, mampu memiliki tanah tersebut.
"Sekiranya Tuan Sabariah memiliki perniagaan, apakah jenis perniagaan itu. Saya juga ingin memohon penjelasan daripada Datuk Nik Abdul Aziz mengenai tanah Sekolah Agama Darul Anuar, apakah ia milik persendirian ataupun tanah wakaf.

"Saya menggesa Datuk Nik Abdul Aziz memberikan jawapan secepat mungkin berhubung semua tanah yang dimilikinya itu dan bagi pihak rakyat Kelantan, saya memohon kepada beliau supaya mendedahkan semua harta yang dimilikinya.

"Rakyat berhak untuk tahu kerana tanah adalah milik rakyat. Ingat Allah Maha Kaya, Allah akan menunjukkan segala-galanya," tegas beliau.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, pendedahan tersebut bukan bertujuan membuat fitnah atau tuduhan ke atas Nik Abdul Aziz yang turut diseganinya, kerana berkemungkinan Menteri Besar itu memiliki tanah berkenaan menerusi cara yang betul dan sah.

"Tetapi yang saya nak persoalkan ialah dari segi moral, bagaimana beliau sebagai seorang Menteri Besar boleh memiliki tanah tersebut. Jadi, dia kena jawab dan buat penjelasan.

"Beliau wajib menjelaskan kepada rakyat, isterinya memiliki tanah ini, rakyat berhak untuk tahu kerana tanah ini milik rakyat.

"Inilah tragedi kepada rakyat Kelantan, apabila institusi ulama digunakan untuk kepentingan peribadi. Jadi Nik Abdul Aziz wajib menjelaskan kepada rakyat," katanya.

Ibrahim dalam nada kesal turut mencabar anak Nik Abdul Aziz, Nik Abduh yang bertanding di Parlimen Pasir Pas menjawab isu tersebut kerana beliau percaya ada pihak tertentu yang terlibat di belakang perkara tersebut iaitu tauke balak sehingga menyebabkan kawasan hutan di Hulu Kelantan digondolkan.

"Saya nak cabar Nik Abduh, jangan cakap cara riak, perjelaskan macam mana bapanya yang menjadi Menteri Besar memiliki tanah itu. Saya juga nak minta bapa mertuanya, Fatah Haron, Ketua Pas Rantau Panjang mengisytiharkan harta dimilikinya.

"Ini bukan politik semata-mata, kasihan kepada rakyat Kelantan yang naif di kampung-kampung yang menganggap Pas itu Islam, Islam itu Pas.

"Rakyat Kelantan berhak untuk mempunyai kehidupan lebih baik seperti di negeri-negeri lain dan rakyat Kelantan berhak untuk mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik," katanya.


TLDM akan saman penyebar fitnah



Abdul Aziz Jaafar (dua dari kiri) beramah mesra dengan veteran tentera pada Majlis Pemakaian Pingat Jasa Malaysia Kepada Veteran Tentera Malaysia di Pangkalan TLDM, Lumut, semalam.

LUMUT 29 April - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menyaman individu atau parti politik yang terus berdegil menabur fitnah dalam kempen pilihan raya kononnya kapal selam yang dibeli kerajaan tidak boleh berfungsi.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar juga mencabar pihak yang masih terus mempertikaikan perkara tersebut supaya berani membuat tuduhan berkenaan secara bertulis.

Tanpa mahu menamakan individu mahupun parti yang terlibat, Abdul Aziz berkata, pihaknya telah mendapat maklumat mengenai perkara tersebut dan sedang mengumpul bukti bagi tindakan selanjutnya.

''Kedua-dua kapal selam kita, KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak kini beroperasi dengan baik, malah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sendiri sudah belayar dengan kita dan beliau sendiri mengakui keupayaan kapal selam tersebut dan berbangga dengan keupayaannya.

''Cukuplah, kita sudah terlalu berlembut dengan mereka. Ya, saya akan saman dan saya harap Peguam Negara bersiap sedia untuk mendakwa mereka bagi pihak kerajaan," katanya.

Abdul Aziz berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis perhimpunan warga TLDM di KD Pelandok, Pangkalan TLDM Lumut di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengheret pihak yang secara berterusan membuat fitnah ke mahkamah kerana telah memberi peluang secukupnya kepada mereka untuk menghentikan perbuatan itu.

''Saya dengar banyak cerita, hanya sekarang saya nak dapatkan bukti sahaja. Kenapalah nak memburukkan dan bangkitkan perasaan marah kepada kerajaan dan hina TLDM seolah-olah kita tak boleh mengoperasi kapal selam itu.

''Sedangkan saya sudah tiga kali belayar dengan kedua-dua kapal selam tersebut dan semuanya berjalan lancar. Kita juga sudah menyelam pada kedalaman maksimum dan melakukan tembakan yang menepati sasaran sejauh 55 kilometer dari bawah air. Jadi, mengapa masih kata ia tidak boleh berfungsi?," soalnya.

Mengenai dakwaan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parlimen Lumut, Laksamana (B) Imran Abdul Hamid dihalang berkempen di pangkalan itu, Abdul Aziz berkata, memang menjadi dasar TLDM tidak membenarkan ceramah atau kempen politik dalam kawasan berkenaan.

Jelas beliau, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed dibenar masuk kerana beliau tidak bercakap mengenai politik sebaliknya dijemput bercakap tentang perpaduan manakala Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula atas kapasitinya sebagai Menteri Pertahanan.


PRU-13: Undi dengan bijak, pesan pakar air kepada rakyat Selangor






KUALA LUMPUR 30 April - Seorang pakar air Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, yang bimbang dengan "politik air" oleh kerajaan negeri Selangor, merayu kepada rakyat negeri itu supaya mengundi dengan bijak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Ahad ini agar masalah air yang dialami sejak lima tahun ini dapat ditamatkan.

Beliau berkata Malaysia tidak akan menjadi negara maju jika masalah berhubung sumber air dan bekalan air tidak dapat diatasi.

"Maka saya merayu kalau kita hendak negara kita maju dan mencapai status ini pada tahun 2020, fikirlah. Undi anda menentukan sama ada kita berada di takuk lama atau kita akan dihormati di seluruh dunia," katanya dalam temu ramah dengan Bernama.

Mengulas kenyataan para pemimpin kerajaan negeri Selangor yang meminta rakyat Selangor memberi mandat sekali lagi kepada pimpinan pakatan rakyat pada PRU kali ini, Dr Zaharuddin menolaknya dengan alasan mereka kerap berdolak dalik dalam isu air, sehingga mencetuskan kesusahan kepada rakyat.

"Apabila kerajaan negeri Selangor meminta diberi mandat sepenggal lagi, persoalan utama ialah, adakah yang telah diberikan kepada mereka lima tahun sebelum ini telah mereka laksanakan mandat, amanah, tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat?.

"Kita selusuri apakah janji-janji mereka dan kita lihat apakah penghasilan daripada janji-janji mereka. Kalau kita merasa kerajaan sedia ada pada hari ini berjaya mengotakan janji mereka, telah menetapkan kayu pengukur bahawa mereka layak memimpin, kita undi mereka," kata Dr Zaharuddin.
Sebaliknya, jika rakyat melihat mereka ini gagal, tidak boleh dipercayai dan apa yang mereka katakan hanya omong kosong, maka rakyat harus berfikir kerana ini masa depan mereka, tambah beliau.

"Apabila kita meletakkan tangan kita di atas kertas undi nanti, kita harus sedar bahawa kita bukan memilih calon, kita memilih hala tuju negara kita. Kalau kita dapat memikirkan begitu, maka cukup mudah untuk kita memangkah siapa yang kita hendak dan siapa yang kita tak nak jadi pemimpin kita di masa akan datang," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam siri berkempen di Selangor minggu lepas, dan lawatan-lawatan kerja sebelum ini, menegaskan masalah air akan dapat diselesaikan dengan berkesan jika rakyat memberi mandat kepada Barisan Nasional untuk memerintah semula negeri itu pada PRU-13 ini.

Dr Zaharuddin daripada Universiti Utara Malaysia berkata kerajaan negeri sejak lima tahun ini mengeluarkan bermacam-macam kenyataan tentang penyelesaian kepada masalah air tetapi sehingga hari ini tiada apa-apa tindakan berkesan yang diambil.

"Kalau sehingga hari ini masalah yang besar sedia ada yang mereka berikan kepada kita tidak ada alternatif, adakah kita nak percaya kepada mereka,?" tanya beliau.

Merujuk sekali lagi kepada masalah air, beliau berkata sudah lima tahun kerajaan negeri berkali-kali mengulangi ia dapat menyelesaikannya, tetapi semuanya cakap-cakap kosong.

"Ayat yang paling cantik yang mereka susun ialah dengan mengatakan mereka telah mendapat pakar-pakar air dan sehingga hari ini saya menanyakan mereka siapakah pakar mereka. Sehingga hari ini tiada satu nama pun yang dikeluarkan".

Dr Zaharuddin, kini Timbalan Pengarah Institut Pemikian Tun Dr Mahathir Mohamad di UUM, berkata beliau tersinggung apabila pemimpin negeri Selangor mempertikai kelayakan beliau sebagai pakar air berhubung kenyataan beliau melalui media mengenai isu air di Selangor.

Ahli akademik itu telah menulis tesis Doktor Falsafahnya dalam bidang pengurusan bekalan air di Lembah Klang pada 2004, melakukan penyelidikan dalam pengurusan air selama 10 tahun manakala kertas kerjanya mengenai air dibentangkan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

"Apabila saya mengulas tentang isu air, mereka mempertikai siapa saya.

Adakah saya bukan pakar atau adakah menteri besar itu pakar air? Kita lihat siapa yang lebih kredibel dalam membicarakan isu air, menteri besar Selangor yang sedia ada atau saya yang mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam isu ini," katanya - BERNAMA


Analisis PRU-13: Hakikat yang sukar ditelan penyokong tegar Anwar






BUKAN mudah untuk menelan hakikat bahawa pemimpin yang kita sanjungi selama ini rupa-rupanya tidak seperti kita bayangkan. Kita akan mencari apa juga alasan untuk tidak mempercayainya walaupun kebenaran terserlah di depan mata.

Hanya mereka yang benar-benar mahu mencari kebenaran akan dapat membebaskan diri daripada belenggu ketaksuban yang tidak mempunyai batasan dapat mencari jalan keluar.

Ketika saya menghadiri satu Forum Nasional bertajuk: “Apa kata mereka" baru-baru ini, nama-nama besar yang pernah menjadi tonggak perjuangan di dalam PKR dan memperjuangkan hak pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya telah dianiaya oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui memang sukar untuk menerima hakikat pemimpin yang mereka sanjung itu mempunyai terlalu banyak sisi gelapnya.

Bayangkan jika nama seperti Prof Dr. Datuk Sidek Baba, Dr. Chandra Muzaffar, Datuk Mohd Nakhaie Ahmad dan Dr. Yusri Mohamad juga mengambil masa untuk menyedarinya, tentulah sukar untuk kebanyakan kita yang mempunyai pemikiran tahap orang biasa untuk memahami dan menerimanya.

Yusri, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang keenam contohnya sama seperti saya satu ketika dahulu dan orang-orang muda yang mempunyai kesedaran Islam pasti mengangkat Anwar sebagai pemimpin mereka.

Siapa lagi pemimpin yang mempunyai karisma ketika berpidato, mempunyai imej islamik dan berkebolehan menjadi imam, bahkan membaca khutbah Jumaat, tentulah Anwar. Saya cepat sedar bila sering membuat liputan program Anwar ketika dia menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Dia sebenarnya hanya mengulangi skrip lama yang dipersembahkan dengan gaya mempersonakan pada setiap penampilan sehingga ia kelihatan cukup segar dan menyakinkan.

Bagi Yusri walaupun beliau merupakan seorang pensyarah di dalam bidang syariah, hatinya menjadi buta sehingga menafikan hak mangsa-mangsa yang membuat aduan tentang perlakuan songsang pemimpin pembangkang itu.

Khazaf iaitu perlu mengemukakan empat saksi bagi setiap tuduhan menjadi benteng ampuh untuk Yusri menangkis setiap tuduhan yang dibuat dan ia dianggap sebagai tohmahan semata-mata demi mahu menghalang Anwar menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Namun akhirnya mata hati Yusri terbuka apabila dia tergerak hati untuk meneliti tuduhan yang dibuat. Ketika itulah dia sedar bahawa hukum Khazaf tidak terpakai jika mangsa sendiri yang membuat dakwaan dan bukan orang ketiga.

Bagaimana mangsa rogol atau liwat dapat mencari empat orang saksi. Ketika itu dia sedar kezaliman telah berlaku apabila pihak yang teraniaya telah dinafikan hak mereka.

Datuk Mohd Nakhaie Ahmad sewaktu Anwar disingkirkan beliau sangat bersimpati dengan pemimpin yang mengarahkannya menyertai Pas itu.

"Saya pergi sembahyang hajat, sampai dia kena tangkap saya yang baca doa. Nasiblah saya baca doa yang betul iaitu berbunyi: "Ya Allah kau tunjuklah apa yang benar itu benar, yang salah itu salah." Akhirnya Allah telah tunjukkan kebenarannya di depan mata.

Walaupun sembahyang hajat diadakan di seluruh negara meminta supaya Dr. Mahathir ditimpa bencana tetapi sehingga hari ini Allah mengurniakan kesihatan yang baik kepada Dr. Mahathir dan beliau masih segar bugar, berbanding Anwar yang ditimpa pelbagai masalah.

Rakan karib Anwar Dr. Sidek Baba hanya meninggalkan Anwar selepas beliau membuat kajian dan menemubual 30 orang yang rapat dengan Anwar dan mereka menuduh salah laku pemimpin pembangkang itu.

Akhirnya beliau membuat kesimpulan tiga asas kenapa dia meninggalkan rakan karibnya itu iaitu - Intergriti, hubungannya dengan orang luar dan akidah Anwar mengenai agama Islam yang mahu memenangi hati semua orang sehingga menyamaratakan agama Islam dengan agama lain.

Dr. Chandra Muzaffar pula yang terlibat aktif dalam membentuk manifesto Keadilan suatu ketika ketika Keadilan ditubuhkan pada tahun 1999. Beliau terlibat dalam 'Gerakan Adil', selaku Timbalan Pengerusi Adil dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Pengerusi.

Seperti Wan azizah beliau tidak berminat dengan politik kepartian. Gerakan Adil bukan gerakan politik, sebaliknya beliau akan menyerahkan kepada orang politik setelah dimaklumkan lebih awal bahawa terdapat 20 orang pemimpin UMNO yang akan berundur dan menerajui gerakan itu. Beliau akhirnya terpaksa memikul beban memimpin gerakan itu kerana tiada seorang pun pemimpin UMNO yang berundur.

Chandra turut menceritakan bagaimana khabar angin disebarkan kononnya Anwar telah disuntik dengan virus HIV AIDS ketika di dalam tahanan. Sedangkan perkara itu tidak logik bagi musuh politik Anwar untuk berbuat sedemikian memandangkan kesan penularan penyakit itu hanya dapat dilihat selepas lebih 10 tahun. Begitu juga kononnya Anwar diracun dengan arsenik. Sedangkan hasil laporan perubatan yang diperolehi kadar arsenik di dalam badan Anwar meningkat kerana dia mengambil suntikan kosmetik dan Wan Azizah selaku doktor perubatan memang memahami perkara itu. Paling mengejutkan apabila Chandra mendedahkan mengapa pihak luar yang didalangi Amerika Syarikat mahu menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri beliau memang terkenal seorang yang keras terhadap Amerika Syarikat. Namun setelah Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri beliau mengambil pendekatan menjadi sahabat dengan negara kuasa dunia itu.

Pendekatan itu juga masih tidak memuaskan hati negara berkenaan, kerana mereka mahukan seorang rakan sekutu di rantau ini bagi mengimbangi kuasa dan pengaruh China yang semakin meningkat.

Hanya Anwar selaku pemimpin di negara Islam dirantau ini yang patuh dengan telunjuk negara Barat itu dan sanggup mengiktiraf hak Israel dengan menyatakan negara berkenaan berhak mempertahankan keselamatan rakyatnya dengan menyerang Palestin.

Amerika Syarikat pula memerlukan rakan sekutu untuk memastikan laluan strategik Selat Melaka di bawah kawalannya. Ini adalah kerana selat itu sangat penting memandangkan sebahagian besar minyak yang digunakan oleh negara China diangkut melalui Selat Melaka.

Jika diselak kembali lipatan sejarah kita dapati Laksama Cheng Ho dihantar ke Melaka semata-mata untuk memastikan Selat Melaka tidak jatuh ke tangan penjajah Barat ketika itu. Sejak dahulu kala selat berkenaan terus menjadi rebutan sehingga ke hari ini.

Memang ramai orang mudah tertipu dan sehingga hari ini belum sedar mereka sedang ditipu. Namun bukalah hati untuk mendengar orang yang bijak pandai berbicara dan cuba dengar butir tuturnya supaya kita tidak mengambil masa begitu lama untuk sedar kerana dikhuatiri nanti sudah terlambat apabila tanah air ini telah tergadai. - UTUSAN ONLINE


Friday, 26 April 2013

PENGHARGAAN UNTUK SEORANG TOKOH NEGARA TERBILANG


 
 
" Sepanjang sejarah manusia, proses ini berlaku. Ianya harus menjadi pelajaran kepada kita. Jangan kita mendewakan perpecahan, sebaliknya hendaklah kita menerapkan perpaduan semoga apa yang telah kita capai tidak akan hancur, bahkan kemajuan yang lebih tinggi dapat dicapai. "
 Tun Dr. Mahathir Mohammad
 
 
Salam untuk warga UiTM
Bagi mengenang jasa seorang tokoh negara yang terbilang perlulah kita setiap warga UiTM mengenang semula jasa dan tokoh negara yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara. Jasa dan sumbangan salah seorang tokoh negara yang tidak akan kita lupakan sampai bila-bila adalah Tun Dr. Mahathir Mohammad, Mantan Perdana Menteri Keempat Malaysia. Setiap daripada kita pasti terhutang budi pada Tun Dr. Mahathir yang telah banyak berbakti demi masa depan agama, bangsa dan negara.
Hari ini kita masih lagi menyaksikan betapa gigihnya beliau dalam memperjuangkan nasib anak bangsa kita walaupun beliau sudah berumur. Atas kegigihan inilah kita harus terus menghargai segala sumbangan yang telah diberikan kepada kita semua. Segala usaha beliau pada hari ini boleh kita saksikan sendiri melalui laman facebook beliau.
Laman facebook beliau akan memberikan kita banyak informasi mengenai segala aktiviti dan usaha beliau masa kini. Bagi menghargai sumbangan beliau, kami amat berbesar hati sekiranya tuan-tuan dan puan-puan sudi untuk melayari www.facebook.com/ILOVETUNM

Tun M


Page ini dibuat sebagai tanda sokongan dan rasa sayang kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir yang memegang jawatan tersebut selama 22 Tahun. 
LIKE page ini jika anda benar-benar menyokong, sayang, kagum, bangga dengan beliau. Page ini bukan untuk mengangkat beliau , bukan untuk memuja tapi sekadar perkongsian mengenai Tun Mahathir. Selain membincangkan mengenai isu-isu politik semasa. Gambar dan POST dalam page ini juga bukan HAK MILIK PAGE ini boleh BERKONGSI.

** Page ini juga telah dimaklumkan kepada Tun Dr Mahathir**

"Buat apa susah-susah , ada ke yang sayang saya? mana ada ." - Tun Dr Mahathir

PUTAR BELIT LAGI

Pembohong BESAR
===================================================================
KIRA-KIRA SIFIR
I want to ask one simple finance question to Rafizi... Similar to your housing loan, if i borrow RM285mil from you today, and i pay you over 23 years with 6.5% interest per annum, what would be my total agregate payment? Its would be more than RM1 billion. Add to that 23 years of operating and maintenance cost (with inflation, etc) for 838k sq ft of facility... Please do the maths..(kiriman pembaca)


PEMBINAAN 6 KAMPUS UITM JIMAT RM600J

Sila pertahankan UiTM
Kerajaan berupaya menjimatkan sebanyak RM600 juta kos untuk membina enam kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) di seluruh negara

PUTRAJAYA: Kerajaan berupaya menjimatkan sebanyak RM600 juta kos untuk membina enam kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) di seluruh negara menerusi pelaksanaan kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI). Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pelaksanaan projek secara PFI itu dijangka boleh menjimatkan perbelanjaan kerajaan antara RM50 juta hingga RM100 juta bagi setiap kampus baru. Beliau berkata, ia kerana kos pembinaan setiap kampus UiTM menerusi kaedah konvensional adalah mencecah sehingga RM400 juta berbanding tidak sampai RM300 juta menerusi konsep PFI.
Ini bermakna kerajaan hanya akan membelanjakan RM1.8 bilion untuk membina enam kampus baru UiTM, manakala 
bayaran balik kos pembinaan kepada syarikat terbabit dilakukan secara berperingkat mengikut bilangan pelajar di situ.
Kita berharap pembinaan kampus baru UiTM berkenaan dapat dimulakan secepat mungkin dan mampu membuka lebih 
banyak peluang kepada generasi muda untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), pada masa depan.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian konsesi antara 
UiTM dan syarikat yang terbabit dengan projek pembinaan enam kampus UiTM secara PFI di sini, semalam. Enam kampus baru UiTM yang akan dibina menerusi kaedah PFI ialah di Pasir Gudang, Johor; Jasin, Melaka; Seremban 3, Negeri Sembilan; Kota Samarahan, Sarawak; Tapah, Perak dan Puncak Alam, Selangor.
Mengulas lanjut, Khaled berkata beliau meminta pengurusan UiTM supaya sentiasa melakukan pemantauan bagi 
memastikan semua projek pembinaan kampusnya disiapkan mengikut jadual.
Pada masa sama, Khaled berkata kerajaan juga merancang untuk membina enam lagi kampus baru UiTM termasuk di 
Dengkil (Selangor), Pekan (Pahang), Mukah (Sarawak), Kapar (Selangor) dan Rembau (Negeri Sembilan) menggunakan 
pendekatan sama dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
Berita Disunting Daripada Sumber : Berita Harian

Warga UiTM Pasti Kecewa dengan kenyataan yang TIDAK BERTANGGUNGJAWAB Si Rafizi (Putar Alam) ini.. 




Thursday, 25 April 2013

Rakyat Selangor sudah 'buka mata'


Oleh ZULKIFLI JALIL


GAYA kerja wakil-wakil rakyat pembangkang daripada PKR, DAP dan Pas dalam empat lima tahun ini serupa sahaja. Sebilangannya suka sangat hendak dengar atau bertanyakan masalah rakyat. Cuma, kalau nak selesaikan, banyak pula alasan dan kerenahnya.

Di Seksyen 18, Shah Alam, Yaakob Sapari, calon PKR kerusi DUN Kota Anggerik agak dikenali 'mesra' pengundi. Kalau boleh, semua orang hendak disapanya. Jika ke kedai makan berdekatan sebuah masjid, habis dibelanjanya pelanggan yang bersarapan pagi di situ.

Namun masyarakat Shah Alam maklum Yaakob agak liat untuk bertindak sebagai penyelesai masalah. Tempoh hari dalam satu perjumpaan dengan penternak lembu, mereka bertanyakan tentang masalah kawasan untuk penternakan. Yaakob terpinga-pinga ketika ditanyakan penyelesaiannya termasuk selepas itu 'lari' juga apabila diajukan isu perparitan di Seksyen 16.

"Kita tak ada peruntukan (untuk penempatan ladang ternak baru)," kata Yaakob, merujuk soalan penternak itu, seperti mana dipetik oleh rakan penulis.

Di Batu Tiga semasa bulan puasa tahun lepas, kroni ADUN pembangkang di situ sanggup kunci dewan (balai raya) sehinggakan penduduk sekitar nak masak bubur lambuk pun susah. Gelanggang badminton berdekatan pun hanya boleh digunakan pada sebelah siang sahaja kerana malam lampunya gelap. Alasannya, biar TNB potong bekalan, kami tak akan lunas bayaran elektrik yang tertunggak kerana hutang yang tak terbayar itu berlaku semasa era BN.

Kini, dalam beberapa hari ini tempo politik di Selangor termasuk Shah Alam berubah 360 darjah. Pakatan pembangkang di Selangor misalnya sanggup merayu dan 'melutut' kepada rakyat supaya mandat dikembalikan semula.

'Pakatan harapan rakyat', kata wakil-wakil mereka yang bertanding di kerusi Parlimen dan dua DUN. Tapi sejauh mana rakyat Selangor mudah melupakan kata-kata dan janji manis wakil pembangkang ini?

Di pekan Ijok, Kuala Selangor kelmarin kempen PKR agak hambar. Di kawasan perumahan dekat situ, calon kerusi DUN BN, K.R Parthiban yang belum pun melepasi rumah yang jaraknya dalam 50 meter dari dia berdiri, tiga keluarga Cina sudah siap terpacul di depan pagar menunggu kedatangannya.

Seolah-olah macam hero filem Tamil pula gaya Parthiban dinanti si gadis. Rakan Parthiban, muka baharu untuk kerusi Parlimennya, Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim, 37, pula kerap dilihat berlari-lari anak di tapak pasar malam perumahan itu, sambil memperkenalkan dirinya dan beramah mesra.

Beliau yang diiringi isteri Sushulayanti Sumadi nampak begitu bersungguh-sungguh dan serius. 

Begitu bekerja keras beliau untuk memastikan bukan sahaja dirinya dikenali tetapi yang utama katanya, kerja keras yang dilakukan Kerajaan Pusat dalam empat tahun ini, benar-benar tersemat dan dijiwai oleh pengundi.

"Saya kena jumpa lebih ramai pengundi, jadual memang padat tapi inilah tanggungjawab besarnya apabila kita jadi calon BN," katanya.

Beberapa meter dari tempat Irmohizam berkempen, kelihatan saingan Partiban dari PKR, Dr. Idris Ahmad yang sekadar memerhati di hujung tapak pasar malam sambil mengedarkan manifesto PKR. Apa yang pelik, jentera PKR yang dibawa Idris bukan dari kawasan situ sebaliknya datang dari Cabang PKR Segambut. Ini berdasarkan tulisan yang tertera pada baju mereka.

Di DUN Bukit Malawati pula, lain ceritanya. Cara calon BN di situ, Jakiran Jacomah, 61, berceramah siap dengan aksi gaya tangannya menunjuk ke arah sana sini. Nada yang diluahkannya pun begitu bertenaga. Tapi ini tidak menghairankan kerana beliau adalah salah seorang anggota jawatankuasa pengadil bola sepak di Parlimen Kuala Selangor.

"Saya dah 40 tahun berjuang dalam UMNO, dari era Tan Sri Abu Hassan Omar (bekas MB Selangor) hinggalah saya dipilih menggalas cabaran BN dalam PRU-13.

"Maaf, terbawa-bawa persis pengadil, tapi saya fikir ini positif untuk pengundi, yang menampakkan saya ini memang nak tolong selesaikan masalah mereka," katanya kepada Utusan Malaysia.

Menjengah kerusi DUN Sijangkang, salah seorang dari dua calon Pemuda UMNO yang terpilih bertanding di Selangor, Zurihan Yusop, 42, menyifatkan persaingannya merebut kerusi itu sebagai sengit. Bekas guru Sekolah Rendah Sijangkang Jaya itu sudah lama mengenali lawannya, Dr. Ahmad Yunus Khairi daripada Pas.

"Isterinya adalah kawan saya sejak kecil yang juga guru sama mengajar dengan isteri saya di sekolah yang sama. Adik kepada Dr. Ahmad Yunus pula adalah rakan sekelas saya semasa sekolah menengah dulu. Tadi pun semasa menziarahi jenazah seorang jemaah di sini, saya bersua dengan kaum keluarganya.

"Di sini ramai cikgu pencen, di rumah orang meninggal tadi pun ada 30 guru pencen menziarahi jenazah. Tidak ada yang cakap (pada saya)...tak payahlah cikgu (Zurihan) nak bertanding.

"Suasana sudah berubah. Di sini saya akan cuba memperjuangkan golongan pekerja industri dan nasib nelayan pesisir," katanya sambil diiringi isterinya, Norhayati Ariffin yang mengambil cuti tanpa gaji selama dua minggu membantunya berkempen.

Sama ada rakyat Selangor sudah 'buka mata' pada kecacatan pakatan pembangkang semasa memerintah negeri itu - terserah pada kebijaksanaan dan penilaian kendiri.

Kalau diambil kira manifesto BN Selangor yang dilancarkan tempoh hari, dokumen bertulis itu dipercayai turut disertakan dengan data-data kos pelaksanaannya sekali.

Kalau waktu era kerajaan PKR, bukan setakat janji-janji manifesto tidak tertunai, lebih teruk lagi datang pula janji 'air liur' yang hendak ditunaikan sempena PRU ini.


BARU TERSEDAR SELAMA INI DIA BERKAWAN DENGAN SYAITAN

Hadi mula salahkan syaitan!




MALAM Ahad lalu dan tempatnya adalah di Tebakang. Kampung tradisional yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri Alor Limbat itu dikuasai Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, namun masih banyak penyokong tegar Pas di situ.

Malam itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bertanding bagi kerusi Parlimen Marang selain Dewan Undangan Negeri Ru Rendang berucap dalam satu majlis ceramah yang sepatutnya disertai Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Ucapannya biasa sahaja. Berkisar kebaikan perjuangan Pas dan pakatan pembangkang, seimbas lalu menyentuh keburukan UMNO, sebagaimana yang sering didengar oleh kira-kira 300 orang dari sekitar kawasan DUN itu. Ketika malam semakin larut, orang ramai mula beransur bingkas untuk pulang.

Menyedari kehadiran wartawan, Abdul Hadi mula memberi fokus kepada mereka di penghujung ucapannya. “Pemberita hendak ambil berita bolehlah, macam mana hendak menyelamatkan negara, Pas dok berlawan dengan Keadilan, bertindih parti pasal apa."

Abdul Hadi kelihatan bersungguh benar mahu ucapannya dipetik dan dihebahkan. Katanya, Pas terpaksa bertanding di kawasan tertentu sehingga menyebabkan pertindihan sesama sendiri sebagai usaha mengukuhkan pakatan pembangkang tanpa syaitan berada di dalamnya apabila diberi kemenangan.

Mungkin tanpa Mustafa menemani, beliau tidak lagi berlapik kata. Secara terbuka Abdul Hadi mendedahkan terdapat calon sekadar tangkap muat. Ada juga calon dikaitkan dengan perlakuan jenayah serta fahaman komunis yang tidak boleh diterima bukan sahaja oleh Pas tetapi juga penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kali ini, tidak pula kedengaran penafian bahawa laporan itu sengaja disensasikan, diputar-belitkan, kononnya mainan media penyokong kerajaan dengan petikan di luar konteks sebenar ucapan. Apa yang diluahkan oleh Abdul Hadi bukan persoalan kecil. Pendedahan itu boleh memberi gambaran lebih buruk tentang rencah kepincangan dan kekalutan pakatan pembangkang. Pekung mereka semakin sukar ditutup sehingga menimbulkan senario saling mencurigai.

Abdul Hadi bukan lazimnya celupar sebegitu apabila memperkatakan soal pakatan pembangkang. Selalunya beliau kelihatan mengia dan mengalah atau berdiam sahaja termasuk isu Kalimah Allah yang dipersetujui digunakan agama lain, menukar konsep memperjuangkan negara Islam kepada negara berkebajikan dan persoalan moral melingkari pemimpin pakatan.

Mengapa beliau tidak bersemuka dan bertegas mencari kata putus dalam perbincangan Majlis Presiden Pakatan tanpa perlu membuat kenyataan yang sangat perit dan pahit untuk didengar dan ditelan, apatah lagi oleh calon-calon PKR yang terlibat dengan pencalonan bertindih itu.

Mengapa sekarang Abdul Hadi mulai menyedari kelibat syaitan dalam pakatan itu ketika sudah sekian lama Mursyidul Am Pas menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan syaitan bagi menjatuhkan UMNO dan BN.

Mungkinkah Abdul Hadi telah mulai melihat dengan mata hatinya. Mungkinkah juga beliau sudah sedar bagaimana ‘syaitan’ yang dijemput menerawang dalam gubuk Pas bersama rakan pembangkang sehingga ada yang sudah dirasuk dan meracau. Tidak mustahil juga Abdul Hadi mahu memperlihatkan bahawa beliau tidak boleh selamanya dianggap lemah semangat.

Banyak lagi pertanyaan yang lain. Mengapa hanya persoalan seperti menjaja pil kuda yang entah belum tentunya benarnya atau fahaman komunis yang dibimbangkan - sedangkan pengertian komunis sudah dimurnikan oleh timbalannya, Mat Sabu bahawa mereka juga pejuang.

Mengapa tidak disentuh persoalan moral dalam kalangan pemimpinnya yang lebih berpengaruh daripadanya untuk menerajui dan mencaturkan pemerintahan impian Abdul Hadi jika Allah mengizinkan.

Buktinya jelas dan nyata. Tetapi mengapa ‘Tuan Guru’ masih berpura-pura dan ada yang bertanya, apakah yang dinampakkan oleh mata hatinya dalam solat istikharah untuk menemukan kebenaran setelah sekian banyak bukti ditepis mudah, sekadar besi dan fitnah.


PRU-13: Pembangkang tidak mempunyai pengetahuan ekonomi



ORANG ramai kelihatan teruja untuk bersalaman dengan Muhyiddin Yassin yang menghadiri program di Taman Medan, Petaling Jaya malam tadi. - UTUSAN/WAHIDIN SALIM

PETALING JAYA 24 April - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mempunyai pengetahuan ekonomi yang baik.

Beliau berkata, atas sebab itu, manifesto yang ditawarkan oleh pakatan pembangkang sebelum ini tidak masuk akal dan jika dilaksanakan ekonomi negara boleh lumpuh.

Sehubungan itu, beliau mahu rakyat menolak sekeras-kerasnya pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13, apatah lagi mereka selama ini pun tidak pernah menganggap manifesto sebagai satu janji yang perlu ditunaikan.

"Sebagai contoh, mereka kata mahu menurunkan harga minyak. Berapa banyak mereka mahu turunkan?

"Sedangkan kerajaan pada masa ini telah pun memperuntukkan sejumlah RM24 bilion setahun untuk subsidi dan dalam masa sama berusaha mengawal harga minyak di negara ini," katanya ketika menyampaikan ceramah di hadapan 5,000 penduduk Taman Medan di sini malam tadi.

Yang hadir sama isteri beliau, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Petaling Jaya Selatan, Seah Kok Fah dan calon Taman Medan, Ab. Wahab Ibrahim.

Muhyiddin berkata, bayangkan seandainya wang peruntukan subsidi minyak yang telah sedia ditambahkan lagi kepada satu angka sehingga RM60, apa akan berlaku kepada ekonomi negara?

"Itu belum lagi ditambah dengan cita-cita mereka untuk memansuhkan tol dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Berapa banyak wang yang terpaksa mereka belanjakan? RM100 bilion barangkali. Soalnya apa akan jadi kepada ekonomi negara sekiranya wang sebanyak ini dibelanjakan?" katanya.

Beliau berkata, sebab itu pakar-pakar ekonomi berpendapat sekiranya manifesto pembangkang itu dilaksanakan, negara boleh bankrap dalam tempoh dua tahun.

Berbanding dengan manifesto atau aku janji BN, katanya, lebih realistik dan bersifat rasional kerana dirangka oleh sebuah kerajaan yang mempunyai deria ekonomi begitu tajam. - UTUSAN ONLINE

KOMEN : DIA HANYA TAHU BILA ANWAR NAIK, MINYAK AKAN TURUN.... TAK KIRA MACAMANA DIA TURUN... DEPAN KAH BELAKANGKAH KASI HENTAM.... YANG PASTI HARGA CHINADOLL PASTI TURUN BILA DAH TUA...

PRU-13: Calon PKR datang lewat, orang ramai balik awal



HANYA ini baki hadirin program ceramah pakatan pembangkang di Dataran Air Panas, Setapak Jaya, Kuala Lumpur setelah yang selebihnya pulang kerana Ibrahim Yaacob datang lewat malam tadi. - UTUSAN/SHAHRIL AZMAN ZAIN

KUALA LUMPUR 24 April - Kelewatan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parlimen Setiawangsa hadir ke majlis ceramahnya di Dataran Air Panas, Setapak menyaksikan pendengarnya hanya sekitar 100 orang malam tadi.

Terdahulu, majlis PKR Parlimen Setiawangsa yang bermula pukul 9 malam itu dipenuhi sekitar 250 orang, namun mereka beransur-ansur beredar apabila hujan semakin lebat, tambahan pula bosan kerana calon yang ditunggu masih belum tiba.

Calon PKR Parlimen Setiawangsa, Ibrahim Yaacob yang tiba di tapak ceramah itu pada pukul 11 malam hanya dapat berucap di hadapan khalayak kecil.

Selain itu, pengerusi pertubuhan tidak berdaftar, Bersih, Datuk S. Ambiga yang dicanang-canang  mewarnai majlis pakatan pembangkang itu akhirnya tidak hadir.

Sepanjang pengisian majlis selama kira-kira tiga jam itu, beberapa penceramah telah melemparkan tohmahan dan fitnah terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) dan mengagungkan manifesto pakatan pembangkang.

Begitupun, tohmahan salah seorang penceramah terhadap calon BN Parlimen Shah Alam, Datuk Zulkifli Nordin telah menyebabkan kira-kira 50 orang pendengar lagi beredar.

Sebagaimana sikap lazim pemimpin dan ahli pakatan pembangkang, salah seorang pemimpin PKR Setiawangsa tanpa usul periksa telah mengherdik kumpulan yang beredar itu dan mendakwa mereka kumpulan Pemuda BN, namun hakikatnya penceramah itu yang memfitnah Zulkifli sebagai seorang yang bersikap perkauman. - UTUSAN ONLINE

KOMEN : BELUM JADI WAKIL RAKYAT LAGI... DATANG IKUT SUKA MAK/BAPAK DIA... JANJI TAK DITEPATI LANGSUNG... NASIB BAIK ADA ORANG YANG SUDI TUNGGU, KALAU TAK CAKAP DENGAN SYAITANLAH TU...

PRU-13: Orang bodoh sahaja anggap orang lain bodoh - Chang Yeow






KUALA LUMPUR 24 April - "Orang yang bodoh jangan anggap orang lain pun bodoh. Apa yang dikatakan menunjukkan intelektualnya sendiri."
 
Itulah bidasan Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow ketika dihubungi Utusan Online hari ini berhubung kenyataan Ketua Publisiti DAP, Dr. Hew Kuan Yau yang mendakwa hanya orang bodoh akan menyokong Barisan Nasional (BN).

Kuan Yau dalam satu ceramah di Taman Berjaya, Nibong Tebal malam tadi dilaporkan berkata, kaum Melayu, Cina dan India yang menyokong UMNO, MCA dan MIC sebagai rakyat yang bodoh selain mendakwa BN menanam kebencian di kalangan orang Melayu terhadap DAP.

"Hanya orang Cina yang bodoh akan undi untuk MCA dan Gerakan, hanya orang India yang bodoh akan undi MIC dan hanya Melayu yang bodoh akan undi UMNO.

"Mereka (BN) cuba menakut-nakutkan orang Melayu dengan berkata bila kita (DAP) mentadbir negara kita nak jadikan agama Kristian (sebagai agama rasmi).

"(Bila BN) cakap kepada orang Cina, kita nak tubuhkan negara Islam apabila tadbir negara, ini semua bohong kerana mereka sebenarnya hanya nak takutkan rakyat," katanya dalam ceramah tersebut.

Menurut Chang Yeow, apa yang dikatakan oleh Kuan Yau tidak lebih menggambarkan tahap keintelektualan dirinya sendiri dan hanya orang mempunyai tahap intelektual yang rendah sahaja menganggap orang lain bodoh. - UTUSAN ONLINE

 Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130424/px_114/PRU-13-Orang-bodoh-sahaja-anggap-orang-lain-bodoh---Chang-Yeow#ixzz2RRYwqrTN
© Utusan Melayu (M) Bhd

KAIN SENDIRI TERSELAK SALAHKAN ORANG LAIN... TAK MALU BETUL...

Bala kepada Pas

MOHAMED Hafiz Mohamed Nordin (duduk kiri) semasa mengadakan sidang akhbar di Butterworth, Pulau Pinang, semalam. - UTUSAN/Sazali Che Din

PERMATANG PAUH 23 April - Pengedaran video cakera padat digital (VCD) seks yang didakwa menyerupai seorang pemimpin kanan Pas merupakan satu lagi bala kepada parti tersebut.

Aktivis Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, ini merupakan satu perbuatan tidak bermoral oleh pemimpin yang boleh menjejaskan parti.

"Saya ada terima cakera padat video (VCD) tersebut dan saya kenal betul gambar dan suara di dalamnya. Saya rasa 90 peratus betul dan lima peratus lagi kena siasat.

"Kami juga mengecam kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang baru-baru ini menyifatkannya sebagai perkara kecil, sejak berkawan dengan Anwar Ibrahim," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Lajnah Tatatertib Pas, Datuk Wan Mutalib Embong yang dipetik sebagai berkata, Pas boleh menjalankan siasatan sendiri tanpa menunggu tindakan pihak lain berhubung dakwaan yang mengaitkan pemimpin parti itu dalam aksi video seks.

Mohamed Hafiz yang juga Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang berkata, perbuatan itu bukan perkara kecil kerana merupakan dosa besar iaitu berzina dan penzina itu boleh dihukum mati manakala penzina yang belum berkahwin disebat 100 kali.

"Ini satu dosa besar dan satu jenayah. Bagi saya sebagai orang Islam apabila ada fitnah besar, nak tunggu apa lagi? Sekarang ini Pas gunakan media untuk memecat orang seperti yang dilakukan kepada Datuk Dr. Hassan Ali dan Nasharudin Mat Isa," kata Mohamed Hafiz.

Beliau juga mendesak Lajnah Tatatertib Pas supaya menyiasat walaupun Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali tidak mahu membuat laporan polis.

"Jangan tiru macam Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dan jangan sampai mahu mempertahankan jawatan, mereka lupa fitnah yang menghancurkan dakwah ummah dalam negara kita.

"Fitnah ini mengaibkan, mengajar kita untuk menyiasat kalau ada berita yang datang itu dan apa salahnya kita siasat dan kita menutup fitnah," katanya.

Mohamed Hafiz berkata, apa-apa yang berlaku kepada Pas selepas ini kepimpinan pusat mesti bertanggungjawab sepenuhnya.


Perlembagaan mungkin diubah



Dr. Mahathir Mohamad yang diiringi Abdul Aziz Jaafar (kanan) bersalaman dengan warga TLDM di majlis Ceramah Perpaduan Ummah Menjelang PRU Ke-13 di Pangkalan TLDM, Lumut, Perak, semalam. - utusan/Roy Azis Abd. Aziz

LUMUT 23 April - Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat negara ini yang Perlembagaan Persekutuan mungkin diubah dan digantikan dengan dasar-dasar yang merugikan mereka jika pakatan pembangkang dibiarkan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Bekas Perdana Menteri berkata, dasar meritokrasi yang sering dilaung-laungkan pembangkang juga mungkin dilaksanakan sehingga menyebabkan segala peluang hanya diberikan kepada kumpulan terbaik manakala kurang cemerlang akan terus ketinggalan.

Menurut beliau, berdasarkan dasar kongsi kuasa dan kekayaan yang diamalkan Barisan Nasional (BN) selama ini, golongan kurang cemerlang tetap diberikan peluang untuk berjaya termasuk memegang jawatan-jawatan tinggi dalam pentadbiran kerajaan.

"Kalau parti lawan berkuasa dan laksanakan meritokrasi, segala peluang diberikan kepada yang terbaik. Maka, kita kurang baik dan ramai daripada kita bukanlah yang terbaik, mereka yang kurang kebolehan tidak akan mendapat peluang.

"Mereka tidak akan dapat peluang pegang jawatan ketua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan naib canselor universiti kalau dasar meritokrasi dilaksanakan. Kita bukan tidak mahu meritokrasi, tetapi kita juga beri pertimbangan kepada mereka yang baik tetapi bukan yang terbaik," katanya.

Beliau menyatakan demikian semasa menyampaikan Ceramah Perpaduan Ummah Menjelang PRU-13 yang dihadiri kira-kira 3,000 warga TLDM di Pangkalan TLDM Lumut, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Dr. Mahathir berkata, tiada sesiapa boleh memberikan jaminan yang pakatan pembangkang tidak akan meminda Perlembagaan Persekutuan.

"Sama ada diubah atau tidak bergantung kepada rakyat. Kalau rakyat memberikan majoriti dua pertiga kerusi Parlimen kepada parti lawan, mereka berhak mengubah perlembagaan," katanya.

Dalam ucapannya, Dr. Mahathir turut mengingatkan umat Islam di negara ini tentang bahaya yang bakal dihadapi mereka sekiranya terus berpecah-belah kepada tiga parti seperti berlaku sekarang.

Menurut Dr. Mahathir, umat Islam di negara ini boleh melihat sendiri nasib umat Islam di selatan Thailand dan Singapura yang tidak mendapat layanan baik kerana menjadi golongan minoriti dan diperintah pihak lain.

Beliau berkata, apabila parti umat Islam menjadi parti minoriti, mereka terpaksa menagih sokongan daripada pihak lain untuk mendapat kuasa dan sudah tentu pihak berkenaan mengharapkan balasan yang akan mengenepikan kepentingan umat Islam.

"Kalau satu pihak mempunyai kekuatan menentukan parti mana akan menang, maka mereka akan minta kepada parti yang memohon bantuan dan parti itu berjanji akan memberi bermacam-macam kepada mereka. Dengan itu, negara kita akan berat sebelah kerana puak majoriti sudah menjadi minoriti kerana sudah tidak ada kekuatan," katanya.

Beliau berkata, bukan sesuatu yang mustahil untuk umat Islam di negara ini bersatu di bawah satu parti seperti yang pernah berlaku semasa menentang pelaksanaan Malayan Union oleh penjajah British dahulu.


AMANAT SESAT SI HADI

Amanat Haji Hadi makan diri
SUZIE AHMADUN


KETIKA kehangatan kempen pilihan raya menuju ke puncaknya, izinkan saya memperkatakan sekali lagi isu berkaitan Amanat Haji Hadi yang nampaknya sejuk tetapi ibarat api dalam sekam kepada umat Islam. Secara senyap ia terus merayap memakan dan memusnahkan perpaduan dan penyatuan umat Islam Malaysia, khususnya di Pantai Timur sejak ia diperkenalkan oleh Haji Hadi Awang di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 1981.

Saya yang tinggal di kampung berhampiran merasa situasi dan suasana ini. Sejak tahun berkenaan perpaduan Islam berpecah teruk, berpuak-puak dan saling memusuhi. Sehingga sekarang masih berlaku di merata-rata tempat di Terengganu dan Kelantan.

Perkara ini telah banyak dibentang, diperkata, dikupas dan diulas. Namun sehingga sekarang Hadi Awang dan pengikut Pas masih berpegang teguh kepada amanat ini.

Sebagaimana telah dikupas oleh C.N. Afghani dalam bukunya Kafirkah Aku, saya dan masyarakat Terengganu sendiri mengalami sejak tahun berkenaan bahawa pengikut Pas berpendapat penyokong UMNO atau BN adalah golongan kafir. Ia telah dinyatakan secara terbuka di pentas ceramah, poster dan kain pemidang di merata tempat ketika itu, terutama setiap kali pilihan raya umum.

Sebagaimana kita sedia ketahui, akibatnya berlakulah pulau memulau secara meluas dan terbuka, bersembahyang dua imam dalam satu masjid, dua masjid dalam satu mukim, pernikahan dan penyembelihan orang UMNO sebagai tidak sah, perceraian dan pergaduhan sesama keluarga.

Kemuncaknya ialah peristiwa Memali yang mengorbankan beberapa nyawa pada 19 November 1985. Betapa sedihnya kita kerana ia berlaku di depan mata, melibatkan rakan-rakan dan saudara-mara yang suatu masa dulu begitu akrab, harmoni dan saling berganding bahu apabila ada majlis dan keramaian. Amanat Haji Hadi tiba-tiba menjadikan masyarakat sekeliling kucar-kacir, benci-membenci, berpecah-belah. Sedih dan kecewa melihat fenomena perpecahan ini tanpa cuba diperbetulkan oleh Hadi dan pemimpin Pas.

Kenapa perlu dipalu balik amanat pemusnah ini? Isu ini sebenarnya adalah barah yang masih menular sehingga sekarang. Hadi tidak pernah menarik balik amanat ini, apatah lagi memohon maaf kepada umat Islam Malaysia. Ini semua kerana survival politik Pas walaupun jauh di sudut hati dia tahu amanat berkenaan telah memusnahkan kesatuan, keharmonian dan perpaduan Islam. Mungkin dia sebaliknya bangga berbuat demikian, itu kita tidak tahu.

Amanat ini telah melangkau kuasa pihak berkuasa agama dan dilihat sebagai ibu segala fatwa yang sering dikeluarkan pemimpin Pas seolah-olah berlagak seperti ketua kepada semua mufti yang dilantik oleh Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong selaku ketua agama Islam. Derhakakah beliau kepada Raja-Raja Melayu?

Apakah intipati utama dalam amanat ini? Hanya kerana satu tohmahan sahaja iaitu UMNO mengekalkan perlembagaan negara yang diibaratkan Hadi sebagai mengekalkan perlembagaan penjajah, perlembagaan kafir dan jahiliah, sebab itu dia menyeru menentang UMNO yang dianggap kalau sekiranya mati, maka ia adalah mati syahid.

Terjemahan yang dibuat pengikutnya ialah UMNO adalah kafir kerana mengekalkan perlembagaan negara. Kafirnya UMNO kerana tidak melaksanakan hukum hudud. Lantas itu dalam beberapa PRU selepas itu, perjuangan hukum hudud dan pembentukan negara Islam dijadikan slogan perjuangan Pas dan dicanang dari satu PRU ke satu PRU.

Allah Yang Maha Berkuasa telah menunjukkan kebenaran dan kebatilan. Sebaik pakatan pembangkang memenangi beberapa negeri pada PRU 2008, Pas telah berubah wajah. Kerana nafsu serakah politik dan perjuangan pembangkang menakluki Putrajaya, Hadi sudah lupa kepada amanat keramatnya sendiri. Dia lupa bahawa rakyat Malaysia bukanlah sebodoh dan sedangkal yang disangka.

Dengan bertuankan kepada DAP, hala tuju politiknya terpaksa diubah. Setelah diugut berkali-kali oleh Karpal Singh dan DAP supaya melupakan hukum hudud dan negara Islam, dalam ketakutan maka Pas secara tiba-tiba menukar wadah perjuangan kepada 'Negara Berkebajikan'. Maka keluarlah hujah baru untuk merasionalkan hala tuju baru ini.

Dalam usaha ini juga, maka timbullah hujah baru Hadi dan Pas bahawa hukum hudud hanyalah 0.0001 peratus daripada perjuangan Islam. Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali, pula dalam kenyataan bersama Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim telah beberapa kali mengulangi bahawa pakatan pembangkang tidak akan melaksanakan hukum hudud dan negara Islam jika mereka berjaya menawan Putrajaya. Semuanya termeterai secara rasmi apabila pakatan pembangkang melancarkan Buku Jingga.

Pembaca bolehlah membuka Buku Jingga yang dilancarkan pakatan pembangkang sempena Konvensyen Pakatan Rakyat ke-2 di Dewan Mellineum Kepala Batas pada 19 Disember 2010. 

Dengan jelas, dalam pernyataan 'Dasar Bersama' memaparkan bahawa pakatan pembangkang tetap akan mengekalkan perlembagaan negara sedia ada jika dapat berkuasa nanti. Ini turut dimeterai bersama oleh Hadi Awang selaku Presiden Pas.

Untuk makluman Hadi, Melayu sebenarnya tidak mudah lupa seperti disangka! Ingatkah Hadi, kerana amanat kamu pada tahun 1981 itulah kamu dan pengikut Pas menuduh UMNO kafir semata-mata kerana mempertahankan perlembagaan negara, perlembagaan penjajah dan perlembagaan jahiliah? Sehingga sekarang amanat ini belum ditarik balik.

Maka Allah telah menunjukkan butir-butir kejahilan kamu dan pengikut kamu. Sekarang tiba-tiba kamu membuat perjanjian untuk mengekalkan perlembagaan negara yang telah kamu anggap sebagai perlembagaan penjajah dan perlembagaan jahiliah sehingga menuduh UMNO kafir kerana mengekalkan perlembagaan ini. Sehingga sekarang label ini masih berjalan walaupun tidak serancak dulu gara-gara perubahan hala tuju Pas.

Kini kita pulangkan kembali tuduhan lama terhadap UMNO kepada mereka pula. Apakah jatuh kafir pemimpin dan orang Pas kerana bersetuju mempertahankan perlembagaan negara sekarang (intipati Amanat Haji Hadi) sebagaimana ikrar bersama Hadi dalam Buku Jingga?

Kafirkah orang Pas kerana tidak lagi memperjuangkan hukum hudud dan menegakkan negara Islam? Halalkah penyembelihan orang Pas? Sahkah sembahyang berimamkan orang Pas? Sahkah nikah yang dibuat oleh orang Pas? Hatta, jika ditakdirkan ada orang UMNO mati kerana berlawan dengan orang Pas sekarang adakah dikira mati syahid?

Orang lain tidak boleh jawab persoalan ini kerana tuan punya amanat yang sepatutnya tampil memberi penjelasan. Kalau dulu kata UMNO kafir, apakah Pas sekarang automatik jatuh kafir juga? Sekarang ramai tertanya-tanya untuk menjawab kekusutan ini. Amanat itu bukan sahaja memusnahkan perpaduan Islam tetapi sudah sampai tahap yang boleh menyesatkan.

Kalau Hadi masih waras, rasional, berjiwa besar dan punya kekuatan iman, buanglah sifat ego dan kerakusan nafsu. Seelok-eloknya bertaubat secara terbuka dan tampillah memohon maaf kepada semua umat Islam, khususnya orang UMNO, di atas kemusnahan yang telah berlaku sejak lebih 32 tahun lalu. Allah maha pengampun tetapi kesalahan sesama umat perlu dipohon kepada sesama umat. Selagi hayat masih ada, eloklah mengambil peluang keemasan ini untuk bertaubat dan memohon keampunan.