Grand Prix Eropah
Sebastian Vettel mengangkat tangan sambil memberi isyarat 'No. 1' kepada krew pasukannya ketika tiba di garisan penamat untuk memenangi Grand Prix Eropah di Valencia, semalam. - REUTERS
VALENCIA - Juara dunia, Sebastian Vettel terus mempamerkan penguasaannya apabila menakluk Litar Valencia, Sepanyol mengatasi pemandu tuan rumah, Fernando Alonso dari pasukan Ferrari yang terpaksa berpuas hati kedua, semalam.
Rakan sepasukan Vettel, Mark Webber meraih tempat ketiga, sekali gus memastikan Red Bull menguasai kedudukan pasukan terbaik pada perlumbaan tersebut.
Kemenangan itu adalah yang yang keenam buat Vettel daripada lapan perlumbaan setakat ini, sekali gus melebarkan penguasaan di tangga teratas dengan 186 mata.
Vettel jauh meninggalkan Jenson Button dan Mark Webber, yang berkongsi di tangga kedua keseluruhan dengan pungutan 109 mata, sementara Lewis Hamilton, 97 mata pada kedudukan keempat.
Bermula pada petak hadapan, Vettel tidak menoleh ke belakang dan tidak mampu dicabar, meninggalkan posisi tempat kedua untuk disaingi antara Alonso dan Webber.
Pada pusingan pertama sahaja, Vettel mendahului pelumba lain dengan kelebihan 1.3 saat, biarpun terpaksa berlumba di atas keadaan litar panas yang mencecah sehingga 40 darjah celcius dan dia berjaya mengekalkan momentum sehingga ke akhir perlumbaan.
Ketua pasukan Red Bull, Christian Horner memuji Vettel dengan berkata: ''Dia ternyata cukup hebat pada petang ini, seperti mana anda lihat. Dia memandu dengan cemerlang dan segalanya nampak sempurna. Ia cukup sempurna,".
Walaupun begitu, Vettel tidak melihat jarak mata yang jauh sebagai satu isyarat bahawa dia boleh ambil mudah pada baki perlumbaan musim ini.
"Saya tidak melihat kepada perbezaan mata, musim ini masih panjang. Kami melalui musim yang boleh digambarkan sebagai satu fenomena dan kami akan meneruskan dengan cara yang sama, itu sasaran kami.
"Sasaran kami memenangi daripada satu perlumbaan ke perlumbaan yang lain. Kami harus kekalkan apa yang kami lakukan dan terus laparkan kejayaan, " kata Vettel. - Agensi

No comments:
Post a Comment