Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 23 June 2011

1MALAYSIA LAGI

Keperluan asas jadi keutamaan
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA dan MOHD. RAFIE AZIMI
pengarang@utusan.com.my




NAJIB Tun Razak mendengar penerangan Ameer Ali Mydin selepas merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia di Stesen LRT Kelana Jaya, semalam. Turut sama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tiga dari kiri) dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis.

PETALING JAYA 22 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, keperluan asas rakyat tidak akan sekali-kali dipinggirkan walaupun kerajaan kini berusaha keras untuk meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju.

Perdana Menteri berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa keperluan asas rakyat akan dibawa bersama-sama dalam perjuangan dan perjalanan menjadi negara maju menjelang 2020.

Menurut Najib, sebagai bukti kepada jaminan itu, kerajaan bersetuju menubuhkan Kedai Rakyat 1Malaysia yang menawarkan 250 jenis barang dengan harga paling minimum sebagai kesinambungan kepada Klinik 1Malaysia.

Beliau memberitahu, kerajaan bercadang memperluaskan Kedai Rakyat ke seluruh negara dan perbincangan mengenainya sedang dilakukan dengan pihak swasta.

“Saya selalu ingatkan diri sendiri dan rakan-rakan, dalam kita menuju ke status negara maju, jangan kita lupa bahawa keperluan asas rakyat mesti kita bawa bersama-sama dalam perjuangan dan perjalanan kita.

“Rakyat biasa memerlukan pembelaan daripada kita dan inilah kerajaan yang hari ini sentiasa membela untung nasib rakyat,” katanya semasa berucap merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia di Stesen LRT Kelana Jaya hari ini.

Mengulas lanjut Najib berkata, idea penubuhan kedai tersebut lahir kerana beliau menyedari ramai rakyat yang berpendapatan rendah menghadapi masalah akibat kenaikan harga barang terutama mereka yang tinggal di ibu kota.

Demi memastikan nasib golongan berkenaan terbela, beliau mengaplikasikan idea yang pernah dipraktikkan oleh bapanya, Tun Abdul Razak Hussein sewaktu zaman kegawatan ekonomi pada tahun 70-an apabila memperkenalkan restoran rakyat.

“Langkah ini diyakini boleh membantu mengurangkan beban rakyat. Konsep kedai ini tidak banyak beza dengan apa yang dilakukan bapa saya iaitu menjual barang keperluan dengan harga yang paling minimum,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Perdana Menteri berkata, kerajaan memilih Stesen LRT sebagai projek perintis penubuhan kedai berkenaan kerana kawasan tersebut merupakan lokasi tumpuan orang ramai sekali gus memudahkan rakyat.


Kedai 1Malaysia ringankan beban rakyat

KUALA LUMPUR 22 Jun - Diskaun setiap hari. Mungkin itu perkataan paling tepat bagi menggambarkan betapa Kedai Rakyat 1Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stesen LRT Kelana Jaya hari ini mampu meringankan beban rakyat.

Kedai yang dirancang akan diperluaskan ke seluruh negara itu menawarkan potongan harga barangan keperluan di bawah jenama 1Malaysia yang cukup istimewa sehingga mencapai 64 peratus daripada harga sebenar.

Antara yang menjadi perhatian adalah penjualan beras super tempatan lima peratus hancur pada harga RM21.99 berbanding RM26.50 untuk jenama terkenal, sardin 425 gram pada harga RM2.99 (RM6.10) dan roti sandwich RM1.79 (RM2.40).

Di sebalik harga rendah, para pengguna tidak perlu meragui kualiti barangan tersebut kerana ia menjadi sesuatu yang amat dititik beratkan oleh Mydin Mohamed Holdings Berhad iaitu pihak yang diamanahkan untuk menjalankan operasi kedai itu.

"Ia menjadi sesuatu yang amat kami pentingkan apatah lagi sebarang kecacatan hanya akan merosakkan reputasi gagasan 1Malaysia dan kami sendiri.

"Terdapat 250 barang keperluan ditawarkan dan ia akan bertambah dari semasa ke semasa. Harga ditawarkan adalah kekal dan bukan seperti 'yoyo' kerana matlamat kami bukan untuk mencari keuntungan," kata Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau menambah, ketika ini Perdana Menteri memang bercadang untuk membuka cawangan kedai itu ke kawasan-kawasan lain agar lebih ramai rakyat mendapat manfaat darinya.

"Kami menyasarkan untuk membuka empat cawangan dalam tempoh dua bulan. Lokasinya bagaimanapun belum boleh diberitahu," ujarnya.

Tidak hanya membawa manfaat kepada penduduk di bandar, pembukaan kedai tersebut sebenarnya turut membawa rahmat kepada pengusaha industri kecil sederhana (IKS).

"Keutamaan penjenamaan produk 1Malaysia ini diberikan kepada barangan keluaran IKS. Ia secara tidak langsung membantu mereka bersaing di pasaran runcit lebih moden," katanya.

KOMEN : TAHNIAH KERAJAAN BN KERANA PRIHATIN TERHADAP RAKYAT.. PUAK PEMBANGKANG KEHILANGAN MODAL UNTUK FITNAH KERAJAAN KERANA HARGA BARANG NAIK... MOHON KERAJAAN BUKA LEBIH BANYAK KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA TERUTAMA DIKAWANSAN RAKYAT YANG MENYOKONG KERAJAAN...

No comments: