Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 13 June 2011

KPI CALON UMNO - MORAL PALING PENTING


Gunakan kebijaksanaan – PM
Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR



Najib Tun Razak ditemani Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo (kiri) bersalaman bersama ahli-ahli parti ketika hadir merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO bahagian itu di Pejabat UMNO Ampang, Kuala Lumpur, semalam. – Utusan/Azrul Edham Mohd. Aminuddin


KUALA LUMPUR 12 Jun – UMNO dan Barisan Nasional (BN) digesa menguruskan persepsi masyarakat dengan bijak bagi membolehkan rakyat memahami jasa parti politik itu yang telah dilaksanakan sejak zaman kemerdekaan lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, persepsi serta sentimen rakyat perlu dipupuk supaya mereka dapat melihat UMNO dan BN sebagai parti yang paling baik, bercakap benar serta mampu membela nasib rakyat.

Menurutnya, perkara itu perlu dilakukan segera memandangkan pakatan pembangkang kini semakin galak membentuk persepsi palsu dalam kalangan masyarakat dengan melakukan pelbagai pembohongan.

“Yang dah benar pun boleh bersilat lagi, nak minta profil asid deoksiribonukleik (DNA) tak beri, kata pula hakim macam-macam, soal jam tangan Omega tak terjawab sampai sekarang, masih lagi bersilat kata kita jahat, kita fitnah, kita bohong.

“Tetapi soal moral mereka itu memang dipersoalkan, bukan kerajaan yang persoal tetapi orang dia juga, bukan kita yang bawa dia ke mahkamah, tetapi pembantu peribadinya,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Ampang, dekat sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Najib yang juga Presiden UMNO memberitahu, para pemimpin parti dari setiap peringkat perlu berusaha lebih keras untuk mendampingi rakyat dan bukannya berbalah bagi merebut kuasa serta menjadi calon pada pilihan raya akan datang.

Katanya, ini bagi memastikan rakyat akan tetap menyokong parti itu pada pilihan raya nanti bagi membolehkannya meneruskan usaha membangunkan negara serta memelihara nasib rakyat.

“Kalau jadi pemimpin kawasan, kita mesti tengok prestasi sama ada dia bekerja kuat untuk kepentingan parti atau dia disukai oleh rakyat dan adakah cukup nilai moral sebagai pemimpin yang boleh kita pilih sebagai calon pada masa akan datang,” jelasnya.

Sementara itu, pada sidang akhbarnya, Najib berkata, kerajaan akan terus melaksanakan program bersesuaian bagi meringankan beban rakyat pada masa akan datang.

Sebagai contoh, katanya, kerajaan akan meminta bantuan syarikat pasar raya besar Mydin untuk menawarkan harga rendah bagi pelbagai barangan keperluan harian memandangkan syarikat itu mempunyai keupayaan berbuat demikian dan perkara tersebut akan diumumkan sedikit masa lagi.

“Selain itu, kerajaan juga sedang menyediakan 3.3 juta peluang pekerjaan bagi rakyat negara ini dalam tempoh 10 tahun akan datang melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP),” jelasnya.


KOMEN : SEMOGA NAJIB KOTAKAN APA YANG DIKATAKAN... RAMAI SANGAT PEMIMPIN UMNO YANG GILAKAN KUASA DAN PANGKAT UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI... YANG DAH TERLALU LAMA PUN USAHLAH DI RECYCLE SEMULA... UMNO MESTI MENJADI PARTI YANG TERBAIK MEMBELA NASIB RAKYAT... TAPI JANGANLAH TERLALU TUNDUK DENGAN DESAKAN DARI KAUM LAIN....

No comments: