Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my
KOTA BHARU 17 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui ada ahli Pas tidak berpuas hati dengan tindakan parti itu menukar istilah 'Negara Islam' kepada 'Negara Berkebajikan.'
Beliau berkata, ia berlaku mungkin kerana mereka tidak faham konsep baru yang dibawa oleh parti itu dan penerangan akan dibuat di seluruh negara.
"Dasar Islam tetap tidak berubah, kebajikan yang kita bawa kebajikan menuju syurga, bukan yang boleh bawa ke neraka. Komunis pun buat kebajikan tetapi tak sampai ke mana-mana.
"Yang UMNO buat negara kebajikan bukan negara berkebajikan, dia tak akan boleh buat berkebajikan kalau tidak melalui Islam. Selagi kebajikan itu tidak asas kepada Islam, dia tidak akan boleh buat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di hadapan Pejabat Pas negeri di sini hari ini.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pas tidak akan menggugurkan nama Islam pada parti itu kerana ia sudah menjadi identiti Pas yang didakwa semakin mengukuhkan kedudukan orang Melayu di negara ini.
Terdahulu, dalam kuliahnya, beliau menyifatkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang mencabar parti itu supaya menggugurkan perkataan Islam pada namanya, hanya layak dipanggil dengan nama 'Ah Chong'.
Ini kerana dakwanya, Mohd. Puad telah menjadi alat atau 'terompah' kepada MCA yang bergembira dalam diam, kerana ada pemimpin Melayu beragama Islam sanggup membuat cabaran sedemikian rupa.
Katanya, Timbalan Menteri Pelajaran itu tidak sepatutnya campur tangan dalam urusan Pas yang mengemukakan konsep 'Negara Berkebajikan' dalam Muktamar Tahunan parti itu 3 Jun lalu kerana pemimpin Pas lebih mengetahui strategi yang diguna pakai dalam parti.
"Mohd. Puad suruh buang Islam pada Pas, dia ini kalau bubuh nama 'Ah Chong' pun boleh. Parti MCA yang menghasut dari belakang, dia jadi terompah dan alat pada MCA, yang bijak dan duduk diam sahaja.
"Dia suruh buang perkataan Islam kerana katanya Pas sudah membuang negara Islam. Dia orang UMNO, kami orang Pas, kami lebih tahu perkara berkaitan Pas. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang buat pengumuman mengenai negara berkebajikan bukan orang sembarangan.
"Negara berkebajikan tidak sekali-kali menolak dasar Islam, ia hanya teknik pentadbiran. Oleh kerana apabila sebut Islam, orang jadi takut, usahkan kaum Cina, India, orang UMNO pun takut juga, maka kita tahun ini buat negara berkebajikan," katanya.

KOMEN : NIK AZIZ BOLEH TERUS MEMBURUKAN KERAJAAN BN YANG DIANGGAP TIDAK MEMPERJUANGKAN NEGARA ISLAM. SEGALA KEBAJIKAN YANG DIUSAHAKAN DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT TIDAK MENJURUS KEPADA PENDEKATAN ISLAM. FITNAH NIK AZIZ SEMAKIN HARI SEMAKIN MENJADI JADI UNTUK MENGHALALKAN DAN MENUTUP SEGALA KEBEJATAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT KEPADA RAKYAT NEGERI YANG MEREKA PERINTAH. MEMBERI GELARAN YANG BERSIFAT BURUK KEPADA ORANG LAIN MEMANG SINONIM DENGAN MULUT JAHAT DAN HATI BUSUK BELIAU. PADA NIK AZIZ SEMUANYA SALAH UMNO...
1 comment:
SLM BRO..KEBAJIKAN MENUJU KE SYURGA CUMA CKP2 KOSONG JEK. AGAMA TERUS DI PERGUNAKAN. AKIDAH TERUS DI GADAIKAN. ASALKAN UNDI MESTI MASYUKKKK
Post a Comment