Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 22 June 2011

SIASATLAH SEMUA ORANG


Ibrahim sambut baik gesaan Kit Siang dan Khairy




KUALA LUMPUR 21 Jun - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyambut baik gesaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin agar polis menyiasat beliau di bawah Akta Hasutan.

Ini kerana jelas Ibrahim, gesaan tersebut dibuat hanya berpandukan laporan tidak tepat portal propembangkang, The Malaysian Insider tanpa meneliti kenyataan yang dibuatnya semasa sidang akhbar ketika pelancaran Gerak Aman kelmarin.

Katanya, beliau sedikit pun tidak hairan dengan gesaan tersebut terutama jika ia keluar daripada mulut pemimpin DAP itu kerana beliau cukup mengenali siapa Kit Siang.

"Kit Siang ini tiada apa nak dihairankan. Saya ibaratkan dia seperti 'lembu tua' (liat), kalau direbus pun tidak akan lembut lagi.

"Pasal Khairy ini, kita tahu hubungan mesra dia dengan Malaysian Insider. Anehnya Pemuda UMNO juga hendak berhimpun walaupun tiada permit pada 9 Julai ini. Kalau Khairy tuduh saya langgar undang-undang, dia pun sama.

"Tapi soalnya kenapa hanya Pemuda UMNO? Mana pemuda MCA, MIC dan Gerakan? " katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam Khairy menggesa polis mengambil tindakan ke atas Ibrahim kerana menyifatkan kenyataan Presiden Perkasa itu semasa perasmian Gerak Aman sebagai sangat berbahaya, selari dengan gesaan Kit Siang.

Dalam pada itu, Ibrahim berkata, Khairy berlagak seperti Ketua Polis Negara apabila memberi 'arahan' supaya beliau disiasat hanya kerana ketegasannya mahu mempertahankan keamanan negara pada 9 Julai ini.

KOMEN : SEPATUTNYA PENCETUS IDEA BERSHIT TU YANG PATUT DISIASAT DAN DITAHAN DIBAWAH ISA SEBAB MASIH BERDEGIL DAN TERUS MENGHASUT RAKYAT MENYOKONG MEREKA... KDN SILA TAHAN AMBIGA, MAT SABU DAN AJK BERSHIT...ADA BERANIKAH.. RAKYAT MEMERHATI APA TINDAKAN MENTERI KDN...

No comments: