Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 15 June 2011

NIAT DAH ADA TAPI BELUM MASA LAGI


Bukan waktu sesuai gugurkan Hasan Ali - Abdul Khalid



SHAH ALAM 14 Jun - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor beranggapan sekarang bukan masa yang sesuai untuk melakukan pertukaran Exco kerajaan negeri yang melibatkan Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali selepas beliau digugurkan daripada jawatan Pesuruhjaya Pas negeri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, bagaimanapun beliau menyerahkan keputusan kedudukan Exco Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri itu kepada perbincangan di kalangan parti-parti pembangkang termasuk Pas.

Dalam masa yang sama beliau menghormati keputusan Jawatankuasa Pas Pusat menggugurkan Hasan daripada mengetuai Pas Selangor dan menggantikannya dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr. Abdul Rani Osman.

''Parti mempunyai idea serta pemikiran sendiri dan hubungan negeri sebagai Menteri Besar dengan parti adalah sealiran tetapi buat masa ini tiada dalam pemikiran saya untuk membuat pertukaran Exco.

''Saya menerima apa yang dicadangkan oleh rakan-rakan daripada Pas tetapi masa ini pada pandangan saya bukan masa yang sesuai untuk membuat perubahan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Diskusi Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kedudukan Hasan dalam barisan Exco kerajaan negeri ekoran pengumuman Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang Ahad lalu mengenai pengguguran jawatan Hasan sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor dan diganti dengan Dr. Abdul Rani.

Abdul Khalid berkata, pihaknya juga akan menghormati proses pelantikan Exco iaitu dengan meminta nasihat daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terlebih dahulu.

Mengenai prestasi Hasan, beliau berkata, pihaknya tidak mahu membincangkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) barisan Exconya secara terbuka.

Namun katanya, semua Exco termasuk Hasan telah memberikan kerjasama kepada pentadbiran beliau termasuk dalam melaksanakan polisi-polisi kerajaan negeri.

Mengenai keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor ke 2/2011 pada April lalu mengenai pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB), Abdul Khalid berkata, beliau tidak tahu tentang fatwa yang menghukum kedua-dua amanah saham itu tidak halal.

''Ketika saya mengetuai Permodalan Nasional Bhd. (PNB) dulu, perkara itu ada dibahaskan dan kerajaan Selangor pada masa itu sudah menerimanya.

''Ini supaya amanah saham itu dapat digunakan untuk menolong meningkatkan pendapatan dan pemilikan saham orang Melayu Islam," katanya.

KOMEN : TIME UP UNTUK HASAN ALI... KHALID DAH SINDIR SURUH BERHENTI SEBELUM DI PECAT? TAK FAHAM KE...? NANTI BILA DIPECAT MALU SENDIRI BAWA KE MATI.... MASA KITA DIATAS KITA TERLUPA KUASA ALLAH swt.. ALLAH swt BERIKAN KITA NIKMAT DUNIA TERLUPA PULAK PASAL HIKMAH DISEBALIK KUASA YANG DI BERI.... AMANAH KEPADA ALLAH swt...

4 comments:

Onna said...

Assalam syng Daddy,

Itulah yang dinamakan manusia...semasa tiada apa2... kita saudaranya... semasa berada... akulah raja... bila dah nak hilang kuasa...pada siapa nak meminta? saudara mmg dah jauh meninggalkannya.. langit tidak selalunya cerah... dan roda itu bukannya selalu di atas... ada lagi satu manusia yang macam tu di office ni... entah bila nak sedor diri...

AJAI62 said...

Assalam Syg Mum

Hakikatnya bila dah sedap duduk diatas terlupa pulak rasanya kalau jatuh kebawah ... Maruah bagai dicarik-carik... Kekadang orang yang duduk di atas tu lupa ada orang yang duduk di bawah tu mengait dia untuk jatuh kebawah...heheheee... Politik apa saja halal...

SUARA RAKYAT KUNAK said...

Salam saudar, T.kasih, kerana ling masuk ke Blog SRK, cuma nak bagi pandangan sikit, Blog yang Saudara Ling masuk ke Blog Saudara, tidak tersusun aturan nya, kalau boleh, bagi ektif, mana Posting terbaru, akan berada di atas, saya cuba nak masukkan Blog Saudara ke Blog saya, tak dapat nama Blog Saudara, tapi saya cuba lagi.

AJAI62 said...

Assalam Bro

SRK dah follow blog saya pun.

TQ