Jenson Button dari Britain diraikan krew McLaren dan penyokong-penyokongnya sebaik memasuki hentian pit di litar Gilles Villeneuve, Montreal, kelmarin. - REUTERS
MONTREAL - Pemandu McLaren, Jenson Button meraikan kemenangan terhebat dalam perlumbaan Formula Satu apabila memintas pemandu Red Bull yang juga penyandang juara dunia, Sebastian Vettel pada pusingan terakhir untuk menjuarai Grand Prix Formula Satu Kanada yang penuh drama akibat hujan lebat, semalam.
Perlumbaan tersebut yang dipenuhi dengan insiden pasti akan dikenang sepanjang masa sebagai perlumbaan paling dramatik, bermula dengan saingan yang tergendala lebih dua jam kerana hujan lebat di Litar Gilles Villeneuve, selain episod pintas memintas dan pelanggaran.
Button terpaksa bersaing dari kelompok pertengahan sebelum melonjakkan ke kedudukan depan, malah dalam laluan mengejar Vettel, dia juga menyebabkan rakan sepasukan dan senegara, Lewis Hamilton melanggar dinding serta terkeluar dari perlumbaan,
Pemandu Britain itu juga terpaksa memasuki hentian pit sebanyak enam kali selepas dikenakan penalti drive through, selain bertembung dengan pemandu Ferrari, Fernando Alonso, lalu menamatkan harapan juara dunia dua kali dari Sepanyol itu selepas keretanya berpusing sebelum tersadai di tepi jalan.
Kemenangan itu membolehkan Button melonjak ke tangga kedua dalam kedudukan pemandu dunia dengan mengumpul 101 mata, berada di belakang Vettel yang masih unggul dengan 161 mata.
Tempat ketiga milik rakan sepasukan Vettel, Mark Webber dari Australia yang bersaing hebat dengan juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher dan saling pintas memintas sebelum akhirnya mengesahkan kedudukan pada pusingan terakhir.
"Saya benar-benar tidak tahu apa yang hendak dikatakan, ia adalah detik yang penuh dengan emosi sepanjang tiga jam atau sebaik perlumbaan bermula.
"Mengenai insiden melibatkan Lewis, saya tidak nampak apa-apa dan saya mahu meminta maaf kepadanya. Saya benar-benar bersaing hebat selepas itu, terus memberi tekanan kepada Vettel sebelum berjaya memintas. Satu lagi kemenangan hebat buat saya atau paling hebat sebenarnya,'' ujar Button.
Kemenangan Button itu bukan saja dianggap persembahan terbaik daripada pemandu berusia 31 tahun itu, malah ia juga merupakan perlumbaan Formula Satu paling menarik dalam tempoh beberapa tahun ini.
"Ini perlumbaan yang gila. Terima kasih. Ia adalah kemenangan menakjubkan,'' jerit Button menerusi radio pasukan.
Bagi Schumacher, dia kurang bernasib baik terpaksa menamatkan cabaran di tangga keempat bersama pasukan Mercedes, biarpun seketika berada pada kedudukan baik untuk menaiki podium buat kali pertama.
Jaguh veteran Jerman itu meninggalkan pemandu Renault, Vitaly Petrov dari Rusia di tangga kelima, diikuti pelumba Brazil, Felipe Massa dari Ferrari keenam. - AFP

No comments:
Post a Comment