Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 8 June 2011

Mahasiswa UiTM dicabar jadi graduan hebat


DARI UTUSAN MALAYSIA
8.6.2011



MOHD. Soffi Abdul Razak bersalaman dengan pelajar baharu UiTM Cawangan Pahang, Kampus Khazanah Alam Bandar Jengka, Maran, baru-baru ini.



MARAN 7 Jun - Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) di negeri ini dicabar menjadi graduan yang berupaya menjadi pemangkin kepada hala tuju agenda nasional pada masa depan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan negeri, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak berkata, mereka perlu komited dalam pelajaran bagi mencapai keputusan terbaik pada setiap peperiksaan akademik di universiti itu.

Tegas beliau, pada masa sama, mereka perlu mengambil bahagian dalam aktiviti luar kampus kerana dapat merangsang pemikiran kreatif, berketerampilan, cekal dan mesra masyarakat.

"Tiada jalan pintas untuk cemerlang, tetapi perlu bersungguh-sungguh, tidak berputus asa serta sentiasa berusaha mencapai yang terbaik,'' katanya ketika berucap menutup Minggu Destini Siswa di UiTM Cawangan Pahang Kampus Khazanah Alam Bandar Jengka, di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Rektor UiTM Cawangan Pahang, Prof. Madya Datuk Dr. Hilmi Ab.Rahman dan Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Prof. Madya Khafiruddin Ali.

Seramai 2,319 penuntut baharu mendaftar pengajian bagi sesi Mei-Disember di kampus itu.

Katanya, hala tuju universiti itu iaitu Kecemerlangan Akademik Berkelas Dunia adalah tepat kerana ia boleh direalisasikan jika warganya bergerak seiring ke arah kecemerlangan.

Beliau juga optimis hasrat universiti itu dapat dicapai sekali gus meletakkan kedudukan bumiputera setanding dengan bangsa lain di dunia.

Bagaimanapun jelasnya, bagi mencapai matlamat itu setiap warga universiti tersebut perlu meningkatkan jati diri dan menjadikan ilmu sebagai salah satu budaya bagi kehidupan mereka.

KOMEN : KEPADA ANAK BANGSA YANG BERJAYA MELANJUTKAN PELAJARAN KE UiTM... SELAMAT DATANG DAN MENJADI WARGA UiTM... TERUSKAN USAHA HINGGA BERJAYA...

No comments: