Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 10 June 2011

SPRM jamin pantau projek mega

Oleh Norfatimah Ahmad dan Osman Lisut
DARI BERITA HARIAN
2011/06/10



Suruhanjaya tidak pernah terlepas pandang semua kepentingan awam

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi jaminan akan sentiasa memantau dengan terperinci pelaksanaan semua projek mega kerajaan bagi memastikan ia dijalankan dengan telus.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, berkata suruhanjaya itu tidak pernah terlepas pandang terhadap semua projek berkepentingan awam negara ini.
“Saya tidak boleh memberitahu projek mega mana yang SPRM pantau, tetapi cukup saya tegaskan ia sudah menjadi tanggungjawab suruhanjaya ini untuk memantau semua projek kerajaan dan mencegah jika berlaku rasuah atau penyelewengan,” katanya di sini, semalam.
Semalam akhbar ini memberitahu, pelaksanaan semua projek mega kerajaan bernilai lebih RM500 juta dan berkepentingan awam akan lebih telus apabila SPRM mula memantau projek berkenaan dalam masa terdekat.

Antara projek mega dijangka dipantau SPRM menerusi Jawatankuasa Keutuhan dan Integriti itu adalah Menara Warisan 100 tingkat bernilai RM5 bilion, Transit Aliran Massa (MRT) bernilai RM36 bilion dan pembangunan semula kawasan Penjara Pudu, dikenali sebagai Bukit Bintang City Centre (BBCC) bernilai RM6.7 bilion.

Sementara itu, sumber memberitahu Berita Harian, projek berkaitan sistem pengangkutan negara akan menjadi perintis pembabitan SPRM dalam projek mega kerajaan.

“Projek mega itu bermula Julai ini, sekali gus menandakan bermulanya tugas SPRM menerusi Jawatankuasa Keutuhan dan Integriti untuk memastikan tiada sebarang unsur rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa sepanjang pelaksanaan projek itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sumber itu berkata, pegawai SPRM yang akan ditugaskan mengendalikan setiap projek mega kerajaan itu bertanggungjawab menasihat dan mengemukakan pandangan yang menjurus kepada pencegahan.

“Teguran dibuat semata-mata untuk mengelak sebarang kejadian yang boleh memberi imej buruk kepada kerajaan, selain memelihara kepentingan awam,” katanya.

Katanya, selain memantau perancangan dirangka pemilik projek, SPRM turut meneliti pelaksanaan projek peringkat awal, pertengahan dan akhir, termasuk membabitkan agensi kerajaan.

KOMEN : SPRM MESTI JUGA MEMANTAU PROJEK-PROJEK KERAJAAN YANG BUKAN MEGA DAN PROJEK SWASTA YANG AKAN MELIBATKAN AGENSI KERAJAAN SEPERTI CONTOH PROJEK PERUMAHAN DARI RASUAH...SEPERTI CF LULUS TAPI RUMAH DEFECT (BANYAK KEROSAKAN)...

No comments: