Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 17 June 2011

INTERNET SEKS BESI - BOHONG


Ahli Kongres AS minta aktres porno berbohong




NEW YORK 16 Jun - Seorang aktres porno semalam mendedahkan, ahli Kongres Anthony Weiner telah meminta dia berbohong tentang hubungan siber mereka bagi menyembunyikan skandal seksnya di Internet.

Ginger Lee yang juga seorang penari bogel berkata, dia mula berhubung dengan Weiner melalui e-mel untuk berbincang tentang hak pengguguran dan penjagaan kesihatan, tetapi ahli Kongres itu dikatakan sering menukar topik perbualan kepada perkara-perkara berunsurkan seks.

Katanya, dia tidak pernah membalas sebarang mesej lucah Weiner.

"Dia meminta saya berbohong tentang apa yang kami pernah bincangkan. Saya tahu saya tidak boleh berbohong, tetapi saya tidak mahu menjadi seorang daripada insan yang memusnahkan hidupnya.

"Dia perlu meletak jawatan kerana telah berbohong," katanya pada satu sidang media di New York bersama peguam selebriti, Gloria Allred.

Jelas Lee, ahli Kongres itu telah menipu media selama lebih seminggu apabila menafikan dia ada menghantar gambarnya yang hanya memakai seluar dalam kepada seorang wanita di Seattle pada 28 Mei lalu, sebaliknya berkata, akaun Twitternya telah diceroboh.

Allred dalam pada itu berkata, Lee pernah berbalas-balas e-mel kira-kira 100 kali dengan Weiner sejak Mac lalu apabila ahli Kongres itu pada mulanya menghubungi aktres porno tersebut melalui Twitter selepas dia mewujudkan sebuah blog yang menyokong beliau.

Kata Allred, walaupun tidak semua e-mel itu berunsur lucah, Weiner dalam beberapa e-mel ada bercerita tentang 'pakejnya'.

Satu daripada e-mel daripada ahli Kongres itu menyebut 'Saya ada permintaan untuk pakaian juga, saya mahu tawarkan pakej saya. Anda tidak memberikan pujian kepada pakej saya'.

Lee bagaimanapun berkata, mereka tidak pernah bertukar-tukar gambar melalui e-mel.

Pada 2 Jun lalu, Lee berkata, Weiner ada menghubunginya melalui telefon dan menjelaskan bahawa skandal itu akan lenyap begitu sahaja sekiranya mereka mengunci mulut.

Sementara itu, menurut satu sumber, Weiner telah memaklumkan kepada Ketua Dewan Demokrat, Nancy Pelosi bahawa beliau akan meletak jawatan.

Keputusan itu dibuat selepas beliau berbincang dengan isterinya, Huma Abedin yang baru pulang dari lawatan luar negara Selesa lalu, lapor The New York Times.

Weiner akan menjalani rawatan dan telah diberikan cuti daripada menghadiri sidang dewan. - Reuters

No comments: