Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 16 June 2011

Proses pilihan raya masjid didakwa berat sebelah




NIBONG TEBAL 15 Jun - Proses penamaan calon pilihan raya masjid Pulau Pinang yang bermula hari ini didakwa berat sebelah apabila pencalonan sebahagian kepimpinan jawatankuasa masjid sedia ada ditolak Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) tanpa sebarang alasan.

Kekeliruan mula timbul apabila keputusan pencalonan yang dipamerkan di beberapa masjid di seluruh Pulau Pinang hari ini tidak menyenaraikan kepimpinan masjid sedia ada walaupun mereka dicalonkan anak kariah masing-masing.

Perkembangan itu sekali gus menimbulkan polemik menjelang hari pengundian 18 hingga 24 Jun ini apabila wujud dakwaan proses pemilihan itu sudah 'diatur' pihak tertentu bagi menyingkirkan kepimpinan masjid.

Malah, terdapat penyandang jawatan pengerusi dan timbalan pengerusi jawatankuasa kariah masjid tidak disenaraikan walaupun menerima sehingga empat pencalonan sepanjang proses penamaan calon yang bermula 1 Jun lalu.

Ekoran itu, terdapat masjid yang bertukar teraju kepimpinan tanpa wujud sebarang pertandingan selepas pencalonan penyandang jawatankuasa kariah sedia ada ditolak.

Cakap-cakap timbul mengatakan pencalonan pimpinan jawatankuasa masjid terbabit ditolak kerana mempunyai kaitan dengan UMNO selain menganggotai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP).

Setakat ini, isu penolakan pencalonan jawatankuasa masjid terbabit dilaporkan di masjid sekitar Sungai Acheh, Pinang Tunggal dan Penaga - kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang secara tradisinya dikuasai UMNO.

Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Kampung Besar, Abdul Rahman Noh, 61, yang dihubungi Utusan Malaysia memberitahu, dia dimaklumkan oleh anak-anak kariah bahawa namanya tidak tersenarai dalam pencalonan akhir yang dipamerkan di masjid itu hari ini.

"Saya sendiri tidak pasti kenapa (pencalonan) ditolak sebab selama lebih tujuh tahun saya mentadbir masjid, tidak wujud sebarang masalah yang menjejaskan kariah atau penduduk," katanya yang juga Pengerusi JKKKP kampung tersebut.

Menurutnya, soal pencalonannya ditolak kerana merupakan ahli UMNO tidak sepatutnya timbul kerana individu yang sepatutnya bertanding dengannya juga merupakan ahli Pas.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Masjid Sungai Chenaam, Sadri Asri, 64, yang turut ditolak pencalonannya pula berkata, proses pemilihan tersebut bukan sahaja mencetuskan perpecahan, malah dijalankan secara berat sebelah.

Beliau yang memangku jawatan pengerusi jawatankuasa masjid tersebut selepas penyandangnya berpindah beberapa tahun lalu memberitahu, sudah wujud perbuatan cantas-mencantas antara satu sama lain.

"Inilah yang saya bimbangkan sejak awal lagi, ini bukan soal jawatan, tetapi jangan kita ketepikan mereka yang mahu berbakti mentadbir rumah Allah," katanya yang sudah 15 tahun menganggotai jawatankuasa kariah masjid berkenaan.

Seorang ahli jawatankuasa kariah Masjid Permatang Setar yang enggan dikenali memberitahu, terdapat ahli jawatankuasa masjid tersebut yang ditolak pencalonan hanya kerana usia yang sudah mencecah 65 tahun.

"Tidak wajar mereka disingkirkan hanya kerana usia. Kalau masih ada keupayaan, apa salahnya mereka memimpin masjid kerana anak-anak kariah memerlukan ilmu daripada mereka," ujarnya.

KOMEN : ITULAH CARA BERSIH MEREKA BERPOLITIK... SEBENARNYA PILIHANRAYA TU CUMA GIMIK AJE...HAL SEBENARNYA MEMANG MEREKA NAK LETAK PENGANUT PAS KAT DALAM MASJID/SURAU SUPAYA SENANG DICUCUK HIDUNG MEREKA MENGIKUT ARAHAN DAP...

1 comment:

Anonymous said...

SLM BRO..BKN SAJA BERAT SBLAH MALAH AKAN LEBIH MENJURUS KPD PERBALAHAN ANTARA AHLI2 KARIAH. BILA DAH BERBALAH AKAN ADA PULAK PERASAAN X PUAS HATI DAN TAK MUSTAHIL AKAN JADI LEBIH PARAH..ISLAM TERUS DI ANIAYA DAN UMAT BERPECAHBELAH!