Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 24 June 2011

Usah ungkit perlembagaan negara


Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD
pengarang@utusan.com.my




Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Iskandar, Abdul Ghani Othman dan Mohd. Ali Hassan (kanan) pada majlis pembukaan Persidangan Keempat DUN Johor di Kota Iskandar, Nusajaya, semalam.



NUSAJAYA 23 Jun - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menasihati rakyat supaya tidak mengungkit perkara yang telah termaktub dalam perlembagaan negara bagi menghindari sebarang perasaan tidak puas hati dan buruk sangka masyarakat berbilang kaum.

Baginda bertitah, tindakan mengungkit perkara yang telah dipersetujui sekian lama itu oleh mana-mana kaum sama ada Melayu, Cina atau India boleh membawa kepada perpecahan dalam kalangan rakyat sehingga ia mampu mewujudkan polarisasi kaum.

“Jangan diungkit apa yang sudah termaktub dalam perlembagaan supaya terhindar daripada rasa tidak puas hati dan buruk sangka dan sikap ini sangat berbahaya kepada rakyat.

“Dalam hal ini semua rakyat jelata tidak kira bangsa dan keturunan mempunyai tanggungjawab memelihara keamanan dan kesejahteraan yang sedang kita nikmati ini,” titah baginda semasa merasmikan pembukaan penggal Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri Johor ke-12 di Bangunan Sultan Ismail, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd. Ali Hassan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Sultan Ibrahim meminta pihak berkuasa supaya tidak membiarkan kumpulan pemimpin yang tamakkan kuasa demi kepentingan politik yang sempit mereka terus meracuni fikiran rakyat kerana keadaan itu jika dibiarkan menyebabkan perpecahan dalam masyarakat terutamanya membawa kepada polarisasi antara kaum.

Baginda yakin usaha kerajaan yang berterusan untuk menyatupadukan semua rakyat akan membolehkan negeri ini maju dan makmur.

“Sehubungan ini saya menyeru semua pihak terus memelihara kestabilan dan kemakmuran dengan berprinsipkan muafakat, kerana muafakat ini membawa berkat,” titah baginda.

“Jangan sekali-kali menjadikan masjid sebagai medan perbalahan dalam kalangan ahli kariah,” titah baginda sambil menyokong usaha kerajaan negeri membina 121 sekolah agama dalam tempoh tiga tahun ini untuk menampung keperluan lebih 120,000 murid yang kini menumpang di sekolah kebangsaan atau menyewa di bangunan lain.

KOMEN : DAH BERKALI-KALI SULTAN BERTITAH JANGAN UNGKIT PERLEMBAGAAN NEGARA.. TAPI MASIH ADA RAKYAT YANG MEMEKAKAN TELINGA DAN MEMBUTAKAN MATA.. BUKAN TAK FAHAM..TAPI DEK KERANA KEGILAAN PADA KUASA DAN PANGKAT MEREKA SANGGUP MENGHANCURKAN PERPADUAN RAKYAT DENGAN MENCABAR UNDANG-UNDANG NEGARA...

No comments: