Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 21 June 2011

ANWAR ANAK BERANAK CARI MAKAN HA..HA.. DITURKI


Nurul Izzah perlu nasihati 'bapa' jika mahu contohi Turki



DI sebalik puji-pujian Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar terhadap sistem pilihan raya di Turki, anak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim itu terlupa sesuatu.

Apabila beliau kelmarin menasihatkan kerajaan supaya mencontohi sistem pilihan raya di Turki yang disifatkannya aman dan telus, Nurul Izzah terlupa supaya sikap pemimpin dari negara itu turut dicontohi.

Ini kerana, di Turki, mana-mana pemimpin yang terlibat dalam skandal terutama skandal seks, akan meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada siasatan atau membersihkan nama kerajaan dan parti dipimpinnya.

Dalam hal ini, Nurul Izzah sepatutnya menasihati terlebih dahulu bapanya iaitu Anwar, supaya mencontohi pemimpin-pemimpin Turki yang sanggup berundur apabila imej tercalar dengan skandal seks.

Sistem dan amalan politik di Turki menolak mana-mana pemimpin yang terlibat dengan skandal. Sekali gus pemimpin itu tidak diterima oleh rakyat dan perlu dikeluarkan dari kancah politik negara berkenaan.

Jika Turki ingin dijadikan contoh oleh Nurul Izzah, ia harus dilihat secara menyeluruh iaitu bukan sekadar sistem pengurusan pilihan rayanya malah keseluruhan sistem politik di sana.

Sebab itulah, apabila Turki dijadikannya 'kiblat politik', Nurul Izzah tiada pilihan selain mendahulukan Anwar untuk dinasihati supaya politik Malaysia bebas daripada pemimpin yang diselaputi skandal.

Menasihatkan Anwar meletakkan jawatan, juga sesuai dengan nasihat Nurul Izzah sendiri, itu pun jika beliau benar-benar mahukan pilihan raya di Malaysia aman seperti mana yang dilihatnya di Turki.

Kaitannya jelas, iaitu pilihan raya di Malaysia berlangsung aman, telus dan adil sejak dahulu lagi sehinggalah ia dicemari budaya politik rusuhan yang dibawa Anwar dan para penyokongnya sejak 1998.

Bermula dengan kekacauan pada pilihan raya umum 1999, ia berterusan pada 2004 dan 2008, semuanya akibat provokasi dan budaya merusuh penyokong-penyokong Anwar dan pembangkang.

Pelbagai cara dilakukan oleh mereka untuk mengganggu sistem yang ada termasuk mencederakan polis dan penyokong lawan atau merosakkan harta benda awam.

Kepada Nurul Izzah, janganlah hanya disebabkan rasa teruja menjadi tetamu kepada sebuah parti untuk menyaksikan proses pilihan raya di Turki baru-baru ini, beliau terlupa siapa sebenarnya 'bapa kekacauan' di Malaysia.

Atas dasar itulah, nasihat beliau supaya polis tidak menyentuh para perusuh sewaktu proses pilihan raya, dilihat sebagai suatu kenyataan yang bunyinya amat dangkal.

Belum ada pasukan polis dan mana-mana kerajaan yang akan membiarkan para perusuh bermaharajalela melanggar undang-undang. Namanya pun sudah perusuh, dengan konotasi dan intonasi difahami semua orang, ia dengan sendirinya menjawab siapa mereka - iaitu orang yang akan melakukan keganasan, kekacauan dan sebagainya.

Ia berbeza dengan peserta demonstrasi aman, sememangnya polis di Malaysia mengambil pendekatan berbeza iaitu bermula berlembut dan hanya bertindak tegas jika berlaku provokasi dan kekacauan sehingga menjejaskan ketenteraman awam.

Kesimpulannya, pilihan raya di Malaysia sudah pasti berlangsung aman dan telus jika tindakan proaktif lebih awal diambil supaya para perusuh tidak dibenarkan mengganggu proses itu.

Yang pastinya juga, hampir keseluruhan perusuh adalah propembangkang. Nurul Izzah juga kena pertimbangan mengenai fakta itu dan melakukan sesuatu.

KOMEN : INILAH ANAK BAPA YANG CAKAP SEBIJIK MACAM BAPAK DIA... NATIJAHNYA MENLUDAH KELANGIT TERKENA KAT MUKA SENDIRI... ANTARA PEMBANGKANG TURKI DENGAN PEMBANGKANG MALAYSIA, MEMANG JAUH BEZANYA... PEMBANGKANG KAT TURKI MARUAH DIUTAMAKAN... YANG ADA KAT MALAYSIA MARUAH SENDIRI PUN DIPERSENDAKAN... SEMUANYA SALAH KERAJAAN BN... SIKIT-SIKIT MERUSUH...

No comments: