Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 3 May 2013

TERIMA KASIH

Company Name


Terima kasih adalah merupakan satu ungkapan yang tinggi nilainya. Ia memberikan satu erti yang besar dalam hati seseorang. Terima kasih juga adalah merupakan satu hadiah besar kepada penerima dan pemberi. Terima kasih adalah merupakan ungkapan yang paling banyak kita lafazkan. Hati akan terasa cukup berharga apabila mendengar seseorang mengucapkan terima kasih. Terima kasih juga mencerminkan keperibadian seseorang. Ia sebuah tanda penghargaan diatas segala jasa dan pertolongan yang kita terima dari insan lain. Terima kasih juga menggambarkan satu hubungan yang mesra terjalin sesama kita.

tq


Terima kasih juga merupakan tanda syukur kita kepada segala keamanan, keharmonian dan kedaulatan yang kita nikmati. Namun apabila manusia sudah hilang rasa terima kasihnya...bermulalah satu detik dimana segala yang kita nikmati sentiasa dipersoalkan. Segala nikmat yang kita nikmati akan menjadi hambar, keihklasan yang terbina selama ini akan mula rapuh dan menanti masa untuk gugur seperti daun-daun kering. Segala yang kita bina dan usahakan selama ini berkat pengorbanan pemimpin dan ibu bapa kita dahulu akan menjadi sebahagian dari sejarah. Disitu, ungkapan terima kasih tidak akan wujud lagi. Hanya air mata sesalan yang akan tinggal merenung jauh nasib dibumi sendiri.

tq
Lambang yang kita bina dahulu kini hanya tinggal simbol sahaja. 
Dan pada masa itu, kita akan belajar semula untuk mengungkapkan kalimah terima kasih. Namun, adakah ianya memadai...ataupun kita sudah terlewat dan hanya mampu memandang kelangit menangisi segala yang pernah kita nikmati.

Lambang yang kita bina dahulu kini hanya tinggal simbol sahaja. 
Dan pada masa itu, kita akan belajar semula untuk mengungkapkan kalimah terima kasih. Namun, adakah ianya memadai...ataupun kita sudah terlewat dan hanya mampu memandang kelangit menangisi segala yang pernah kita nikmati.
Terima Kasih UiTM yang sentiasa mengingatkan kami tentang erti terima kasih. Terima Kasih kepada Malaysia kerana sabar melayani karenah kami. Kami TEKAD akan terus mempertahankan ungkapan terima kasih kerana kami yakin dengan barisan yang kami pilih pasti akan mempertahankan kalimah TERIMA KASIH...



terima kasih dacing






No comments: