KUALA LUMPUR 20 Mei - Pihak berkuasa sudah
memperoleh semua dokumen dan maklumat terperinci mengenai penglibatan
tiga pemimpin pembangkang yang dipercayai mendalangi pencerobohan
kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah pada Februari lalu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata,
kesemua dokumen dan maklumat tersebut sedang diteliti bagi
memperkukuhkan hujah apabila tiga pemimpin itu didakwa mahkamah nanti.
"Ketika saya menjadi Menteri Pertahanan, saya ada dedahkan terdapat
beberapa individu terlibat membantu kumpulan pengganas menceroboh Lahad
Datu dan mereka pernah mengadakan pertemuan dengan kumpulan pengganas
Kiram.
"Semua dokumen dan maklumat terperinci mengenai perkara itu telah
kita peroleh dan sedang diteliti dari segi undang-undang untuk
memperkuatkan hujah di mahkamah nanti," katanya dalam sidang akhbar
sempena lawatan kerja kali pertama sebagai Menteri Dalam Negeri di Ibu
Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Yang turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi
Tuanku Jaafar, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan
timbalannya, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin serta pegawai-pegawai tinggi
Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau mengulas kenyataan bekas Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee,
semalam mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat
dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, didedahkan.
Sebelum ini, Ahmad Zahid pernah memaklumkan tiga pemimpin pembangkang
terdiri daripada dua orang daripada Semenanjung dan seorang lagi dari
Sabah dijangka diheret ke mahkamah tidak lama lagi kerana dipercayai
mendalangi pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu.
Menurut beliau, pihaknya mempunyai maklumat terkumpul penglibatan
pemimpin-pemimpin itu, namun bukti-bukti kukuh dari segi perundangan
sedang diusahakan bagi membolehkan mereka dibawa ke muka pengadilan
selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, pihak PDRM dan Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) akan mengadakan mesyuarat dengan Peguam Negara untuk
berbincang tindakan lanjut yang akan diambil terhadap ketiga-tiga
pemimpin berkenaan.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan mereka kerana tidak mahu
berlaku prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah.
"Saya serahkan sepenuhnya kepada pihak profesional khususnya Peguam
Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu berkenaan," katanya.
KOMEN : ADA YANG SIAP-SIAP NAK LARI KELUAR NEGARA NI...
1 comment:
BAGUS GAK MENTERI KDN & KP YG BARU NI BROO...MUDAH2AN DIORANG TUNJUKKAN KETEGASAN KAT PUAK PELAMPAU TU..KLU DI BIARKAN PUAK LAHABAU BLEY JD KANSER BROO...SBLUM JD KANSER BAIK BUAT PENCEGAHAN DULU HUHUHUHU
Post a Comment