Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 21 May 2013

Banteras rasuah kukuhkan kedudukan pemimpin


Raja Dr. Nazrin Shah diiringi Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP), Datuk Heliliah Mohd Yusof berjalan masuk untuk menyampaikan titah dalam Konvensyen SIAP di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 20 Mei - Pemangku Sultan Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, langkah tegas pemimpin untuk mengeluarkan sel rasuah daripada anatomi pentadbiran akan mengukuhkan kedudukannya serta meningkatkan penghormatan rakyat terhadap pemimpin tersebut.

Raja Nazrin bertitah, integriti dapat diperkasakan jika pentadbiran negara diteras atas tiang perundangan dan dikuat kuasa tanpa gentar, pilih kasih, halangan dan campur tangan politik.

Titah baginda, imej kerajaan yang berazam untuk memerangi rasuah menjelang Pilihan Raya 2004 yang diperkukuhkan melalui tindakan pendakwaan terhadap beberapa orang kenamaan telah menyumbang kepada kejayaan besar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya itu.

''Bekas Presiden Majlis Perbandaran Kangar, Baharuddin Ahmad didakwa pada 9 Februari, diikuti Tan Sri Eric Chia (10 Februari) dan seterusnya Tan Sri Kasitah Gadam (12 Februari).

''Senario ini dipercayai ada pengaruh di kalangan pengundi semasa berlangsungnya Pilihan Raya Ke-11 pada 21 Mac 2004. BN mencipta kejayaan gemilang dengan memenangi 198 kerusi Parlimen dan 63.9 peratus undi popular," titah baginda dalam Konvensyen Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Raja Nazrin bertitah, keputusan Pilihan Raya 2004 memanifestasi harapan rakyat yang mahukan pentadbiran negara yang bersih, berintegriti dan sifar rasuah.

''Rakyat dijanjikan, rakyat diberikan harapan, rakyat mempercayainya dan rakyat memberi sokongan (dalam Pilihan Raya 2004)," titah baginda.

Raja Nazrin turut mengibaratkan gejala rasuah sebagai barah yang memerlukan tindakan pengubatan secara pantas dan tegas walaupun pesakit menanggung perit atau terpaksa kehilangan organ yang paling disayangi.

''Antara organ paling berharga kepada wanita adalah payu dara kurniaan Ilahi. Tetapi apabila payu dara diserang barah, ia perlu dipisahkan.

''Menyimpan payu dara yang telah dihinggapi barah akan hanya memusnahkan seluruh tubuh pesakit sehingga membawa maut. Oleh itu tugas doktor jangan diganggu," titah baginda.

Raja Nazrin bertitah, godaan yang mampu menghakis integriti muncul dalam pelbagai rupa termasuk pangkat, gelaran, wang, wanita cantik, intan berlian, percutian, banglo mewah malahan pakej yang bertopengkan ibadah dan agama.

''Dari keraian berbuka puasa di hotel lima bintang sehingga tajaan melakukan umrah dan mengerjakan haji.

''Hari ini, godaan menghakis insan di dunia yang fana ini berbentuk lebih pelbagai dengan daya tarikan yang sukar ditolak. Ia memudahkan dinding pertahanan dirempuh dan iman diruntuh," titah baginda.
 

No comments: