KUALA LUMPUR 11 Mei - Datuk Seri Anwar Ibrahim,
Bersih serta Merdeka Center yang merupakan proksi kuasa asing adalah
individu serta entiti yang menipu apabila mendakwa Pilihan Raya Umum
Ke-13 (PRU-13) dicemari dengan pelbagai penyelewengan.
Menurut penyelidik geopolitik, Tony Cartalucci yang berpusat di
Thailand, Anwar serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu sebenarnya
proksi kuasa luar yang berselindung di sebalik tema 'kebebasan', bagi
meluaskan pengaruh Amerika Syarikat (AS) khususnya untuk mengimbangi
kuasa China di rantau ini.
Katanya, Anwar serta NGO terbabit berjaya mempengaruhi rakyat yang
mahukan ketelusan, serupa dengan taktik yang digunakan oleh syarikat
pengeluar rokok.
Katanya, seperti syarikat pengeluar rokok yang akhirnya menyebabkan
jutaan kematian perlahan dan menyakitkan, perkara-perkara yang
diperjuangkan oleh Anwar serta NGO proksi kuasa asing itu akan
menyebabkan bencana kepada Malaysia.
"Ketika Anwar dan pakatan pembangkang menggunakan platform
antirasuah, kempen itu sebenarnya serupa dengan slogan Barat untuk
menggulingkan kerajaan di seluruh dunia melalui politik seperti di
Venezuela dan Rusia pada 2012.
"Di Rusia, pemerhati pilihan raya 'bebas' iaitu pertubuhan Golos
sebenarnya ditaja sepenuhnya oleh Jabatan Negara AS melalui 'National
Endowment for Democracy' (NED), sama seperti Merdeka Center di Malaysia
yang juga ditaja secara terus oleh AS melalui NED.
"Di sebalik semua ini, pertubuhan-pertubuhan media Barat
mempromosikan pakatan pembangkang di Malaysia yang mendapat sokongan
Barat dengan seringkali merujuk Merdeka Center sebagai 'bebas'," katanya
dalam artikel bertajuk 'Malaysia: Kegagalan AS Menjatuhkan Pilihan Raya dan Mendirikan Rejim Proksi.
Artikel itu disiarkan di laman web Global Research kelmarin, milik Pusat Penyelidikan Globalisasi yang berpangkalan di Canada.
Menurut Cartalucci, hasrat sebenar kuasa asing melalui Anwar dan
pembangkang adalah untuk menyaksikan Malaysia tunduk kepada model dasar
luar dan perdagangan bebas AS.
Katanya, perkembangan itu akan menghentikan sifat kebebasan ekonomi
Malaysia yang dicapai sejak merdeka, sementara kesemua sumber bahan
semula jadi negara tidak lagi disalur untuk pembangunan domestik, tetapi
ke arah konfrontasi proksi AS dengan China, seperti dilakukan AS di
Korea, Jepun dan Filipina.
"Kerana kebodohan itu, Malaysia mungkin perlu membayar harga yang
mahal satu hari nanti - tetapi bagi Anwar dan pembangkang, mereka telah
kalah dalam PRU-13 dan 'lapisan mempromosi demokrasi' ala AS 'yang
digunakan pembangkang) kini semakin tertanggal.
"Hubungan antara pakatan pembangkang diketuai Anwar dengan Jabatan
Negara AS tidak terhenti setakat Merdeka Center tetapi turut merangkumi
Bersih yang kononnya memperjuangkan pilihan raya adil dan bebas. Secara
realiti, Bersih digunakan Anwar untuk menggerakkan protes jalanan,"
katanya.
KOMEN : KITA TUNGGU ANWAR SAMAN MR. CARTULUCCI... ADA BERANI
No comments:
Post a Comment